Beza Gaji Fresh Grad Pointer 3.5 Dan 2.5

Salam semua. Admin, terima kasih. Memandangkan ramai yang cakap pasal pointer, meh aku nak explain sikit serba sedikit lama lama jadi bukit.
Ramai yang berbangga dengan pointer dorang yang rendah tapi still dapat kerja dan “alhamdulillah” , boleh survive bla bla bla…
Untuk pengetahuan korang, golongan-golongan yang grad dengan pointer rendah ni la yang beri kesan jangka masa panjang kepada industri.
Mengapa aku cakap macam tu?
Senang je. Lets say, ada dua orang graduate dengan jurusan yang sama. “A” dapat CGPA 3.5 dan “B” dapat CGPA 2.5
A dan B apply kerja tempat sama. A dapat interview manakala B xdapat sebab pointer rendah. Kemudian A dapat kerja. Gaji RM3,500. Which is good salary for fresh graduate right?
Kemudian, semua yang pointer above 3.0 dapat job. Remaining companies yang belum hired graduates terpaksa hired graduates yang below 3.0
Here is the deal. Bila company cuba untuk hired graduates yang below 3.0, dorang akan jatuhkan salary. So B apply, then dapat interview. Company X menawarkan gaji sebanyak RM 2,500 kepada B. Sedangkan position tu sebenarnya menawarkan gaji RM 3,500. Tapi kerana Pointer B rendah, maka gaji akan bertukar. Oleh kerana B dah jemu cari kerja xdapat2. Dia terima job tu. So position tu telah pun di downratedkan. Gaji RM 2,500. Mana2 graduan yg ada kelulusan berkaitan harus menerima kenyataan yang gaji utk lulusan dorang telah pun di jatuhkan.
Okay sekarang kita lihat. Setiap tahun akan keluar ramai graduates. Ditambah dengan ipts yang bercambah bagaikan cendawan. Ipta yang menawarkan course dengan kelayakan serendah 2.0 (matriks/asasi/stpm/diploma). Maka jumlah student makin banyak. Dan jumlah graduates yang grad dengan pointer below 3.0 juga ramai.
Selepas kejadian B menerima gaji RM 2,500 instead of “RM 3,500” pada asalnya, companies swasta sudah berani utk meletakkan gaji yang rendah kepada graduates.
Jumlah graduates yang ramai setiap tahun akan menjejaskan ruang pekerjaan. Sehingga lah hari ini. Graduates yang grad dengan pointer 3.5 sekalipun susah utk dapat kerja. Kerana lubang kerja xde.
Lebih teruk lagi, graduates yang grad dgn pointer above 3.0 ni kena berhadapan dengan tawaran rendah yang telah di set up oleh senior dorang, B.
Maka secara tidak langsung, rate gaji utk graduan sekarang telah pun turun. Dan rata2 graduates harus berperang resume dan kabel untuk mendapatkan pekerjaan.
Kitaran sama akan berulang. Yg grad dengan pointer rendah akan menerima lagi gaji yg lebih rendah yg ditawarkan oleh companies.
Kita dah lihat gaji asal RM 3,500 telah pun diturunkan kepada RM 2,500. Oleh kerana graduates yg pointer above 3.0 dapat position RM 2,500 , companies akan menawarkan gaji yg lebih rendah kepada graduates yg grad dgn pointer below 3.0. Lets say, RM 1800. Situasi B tadi akan berulang.
Kitaran ni akan berulang ulang. Dan company swasta akan untung. Sebab tu la orang cakap, “dlu kerja swasta gaji besar”. Sekarang dah terbalik. ” baik kerja government”
So korang yang grad dengan pointer rendah berbangga dengan luck korang yg “pointer rendah tapi still dapat kerja”. Tapi korang tak sedar. Korang dah rosakkan rate salary utk bakal graduates.
Aku percaya yang takde orang yang bodoh kalau study rajin-rajin, dia still tak pandai. Takde! Kau rajin study, kau dapat result bagus. Korang dapat result rendah kerana korang malas. Tu je. Tak yah bagi alasan. Aku dulu bodoh juga. Tapi aku study hard. And yes. Aku dapat kerja yg bagi salary sesuai dengan kelayakan aku. Tapi aku sedih dengan graduan sekarang yang bagai di lelong. Yang struggle habis habisan masa stdy tapi still ditawarkan dengan gaji yang xsepatutnya. So, nasihat aku. Study rajin2. Jangan menyusahkan orang.
– Senior prihatin

Leave a comment