Rakyat Malaysia Pertama Bina Masjid di Kota London

SOLAT JUMAAT PERTAMA
MASJID KOLEJ SOFA LONDON
As sofa terus melakarkan sejarah baru buat Islam terutamanya sebagai bangsa dan komuniti Malayu. Ini kerana Buat pertama kalinya solat Jumaat akan dilangsungkan di Masjid yang ditubuhkan oleh orang melayu pertama di Kota London. Ini merupakan satu perkembangan baik bagi Melayu Islam di Kota tersebut.

Selepas 100 tahun (1338H-1438H) bermulanya kehadiran orang melayu di United Kingdom maka As Sofa melangkah ke hadapan dengan memikul tanggungjawab menyediakan Masjid Kolej Sofa London demi kepentingan dan kemudahan masyarakat melayu United Kingdom bagi memastikan mereka dapat menunaikan ibadah dan menuntut ilmu agama selaras dengan resam adat melayu nusantara.
Salah satu keutamaan dan program yang akan dijalankan adalah solat jumaat, kerana solat jumaat ini akan mengumpulkan komuniti Malayu Nusantara dalam satu kawasan khusus serta khutbahnya didalam bahasa ibunda. Masjid kolej sofa
London yang boleh menampung sebanyak 200 jemaah dalam satu masa ini akan menjadi tempat perkumpulan komuniti melayu terbesar di benua eropah. Sekaligus ianya akan dapat menjadi tempat penyatuan pemikiran, aqidah, mazhab dan lain lain lagi.
Semoga anugerah dan nikmat yang Allah kurniakan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya.
Inilah As sofa … dan inilah perjuangannya, selagi ada umat Islam terutamanya Melayu badan atau organisasi ini akan sentiasa mengambil perhatian dan penuh tanggungjawab bagi memastikan seluruh Melayu Islam mendapat keperluan dalam aspek Ibadah dan aqidah. Kita patut berbangga dengan As sofa atas usaha dan keperihatinan yang diberikan. Semoga Allah memberikan kekuatan dan dipermudahkan misi serta visi As Sofa.
Tahniah Dato’ Hj. Muhammad Fuad bin Kamaludin. Tahniah As Sofa, Tahniah Malaysia.

@kolej islam asssofa
@yayasan assofa 

‘Tolonglah Datang, Makan Percuma Pun Tak Kisah’

BERASA sedih melihat buah-buahan terbiar dan tidak laku dijual, seorang pemilik kebun di Lubok Stol, Rantau Panjang, Kelantan merayu orang ramai untuk datang serta makan buah di kebunnya secara percuma.

Menurut Ramli Che Ngah, 52, buah-buahan itu akan menjadi baja sekiranya terbiar begitu sahaja.

“Tolonglah datang, makan percuma pun tak apa. Saya sedih tengok buah buruk begitu sahaja, nak jual pun tak laku, lambat laun jadi baja,” katanya kepada Sinar Harian.

Jelasnya, dia ada cuba menjual buah-buah tersebut, namun terkejut apabila ada pihak yang mahu membeli dengan harga 10 sen sekilogram.

Sedangkan, upah memanjat sahaja melebihi harga itu menyebabkan dia mengalami kerugian sekiranya berniat mahu menjual hasil pertanian tersebut.

“Kalau nak beli dengan harga 10 sen, tapi saya perlu tanggung upah panjat pokok sebanyak 30 sen, lebih baik saya sedekah buah-buahan ini pada penduduk kampung,” katanya yang mempunyai 100 pokok rambutan, 20 pokok rambai, 150 pokok dokong dan selebihnya pokok petai.

Sementara itu, Ramli yang mengusahakan kebun seluas 1.6 hektar mengharapkan Jabatan Pertanian atau Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) membantu penduduk untuk memasarkan buah-buahan tempatan ke pasaran luar negeri.

Tambahnya, buah-buah tersebut mendapat permintaan tinggi dalam kalangan penduduk luar Kelantan antaranya Johor Bahru.

“Kami rayu pemimpin kerajaan negeri membantu meringankan beban kami dengan mengadakan pelbagai promosi antaranya program makan buah di kebun.

“Bukan saya sahaja, malah lebih 80 peratus penduduk di mukim ini mempunyai kebun buah dan menghadapi masalah sama saban tahun,” katanya.

Zaman Sudah Berubah, Guru Minta Anak Didik Padam Papan Hitam Pun Ditegur Mak Bapak

Ada seorang sahabat saya yang bertugas selaku pensyarah di universiti tempatan, jika sekali berjumpa dengan saya, dia sering kali mengeluh betapa zaman sudah berubah. Bagaimana anak-anak mahasiswa yang diajarnya itu sudah kekurangan adab dan santun dalam menyantuni guru-guru mereka.

Dulu, ada seorang guru menceritakan kepada saya, bagaimana dia dan guru-guru sekolahnya menghimpunkan anak-anak didik mereka di sebuah program kembara di kaki hutan. Sudah pasti mereka bermalam di khemah dan tentulah ada panas dan peluh ketika menjalankan aktiviti seperti itu.

Menjelang petang, sebuah kereta Mercedes yang besar menjalar memasuki kawasan rekreasi dan rehat. Rupa-rupanya seorang ayah datang mahu mengambil anaknya. Anak didik itu mengadu bahawa dia tidak boleh berada lama di hutan, rasa rimas dan lemas lalu menghubungi ayahnya datang menjemputnya pulang segera.

Guru-guru tidak mampu berbuat apa-apa. Khabarnya, guru-guru tersebut mengajar di sekolah anak-anak hartawan serta anak bangsawan yang nama teratas dalam masyarakat tertinggi.

Sebuah lagi kisah, seorang rakan saya yang bertugas di sebuah sekolah (bukan sekolah saya) menceritakan bagaimana dia ditegur ibu bapa kepada anak-anak didiknya kerana menyuruh anak mereka memadam papan hitam.

Dia ditegur agar tidak lagi menyuruh anak didiknya itu melakukan tugasan sedemikian kerana anak mereka bukanlah orang gaji, bukan orang suruhan tetapi anak didik adalah ‘pelanggan’ kita. Semenjak dari peristiwa itu, dia menjadi serik.

Tentu anda semua pernah menonton video yang viral di media sosial bagaimana sebuah sekolah di Jepun yang mendidik anak-anak didiknya menyapu lantai dan membersihkan kelas mereka. Jepun negara maju kot?

Ini sebuah cerita di sekolah jiran, yang pada suatu harinya seorang guru lelaki menegur seorang anak didiknya tentang disiplin. Menegur sahaja, bukan menghukum atau mendenda. Malah bercakap pun dengan nada yang biasa.

Selepas itu? Satu bahagian kereta guru itu dikopak, digores dan dicalar dengan teruk. Lalu guru berkenaan kembali menemui anak didiknya itu.

“Kalau saya tahu awak mahu berbuat sesuatu pada kereta saya, baik saya berikan awak terus duit daripada poket saya. Ambillah duit saya sekarang,” kata guru berkenaan.

Satu sindiran tentang bagaimana guru sudah tidak mampu untuk berbuat apa-apa kerana mengikut undang-undang, guru-guru tidak dibenarkan mengenakan hukuman ataupun denda pada anak didik mereka. Jika guru mengenakan hukuman fizikal pada anak didiknya, guru akan dipertanggungjawabkan. Jika guru menegur, maka semua kereta habis digores satu demi satu.

Apakan daya zaman sudah berubah. Maka, beralihlah mereka ke alam dewasa di IPT dengan keluhan rakan saya yang bertugas sekali pensyarah itu. Rakan saya sangat terkejut menerima WhatsApp yang bertanya,

“Tuan datang tak, ke kelas pagi ini?”

Sedangkan kita dahulu, menunggu 10 hingga 15 minit selepas jam 8 pagi. Ternanti-nanti jika pensyarah itu datang atau kelas dibatalkan sebaliknya tanpa diberitahu. Jika dahulu, tidak hadir berhari-hari ke sekolah, maka datanglah seorang guru yang bertanyakan kisah mengapa tidak hadir ke sekolah.

Namun di zaman sekarang, guru datang bertanya selepas berminggu-minggu tidak hadir. Guru datang menjemput anak didik ke sekolah dengan motosikal yang dibawa guru berkenaan. Esoknya, anak didik itu tidak datang juga dan lusa pun tidak datang lagi. Lalu guru itu sekali lagi pergi ke rumah anak didik berkenaan.

Ayah kepada anak didiknya yang masih tidur keluar menjengah pintu sambil mengesat-ngesat matanya dan menjawab,

“Laa, saya ingatkan cikgu nak ambil anak saya hari-hari selepas ini. Cikgu, kalau nak anak saya datang awal, cikgu buatlah asrama di sekolah itu ya.”
Begitulah antara peristiwa yang hadir menjengah dalam minda saya apabila menceritakan tentang zaman sudah berubah. Klise sungguh apabila mereka menggunakan frasa sebegitu.

Ibu bapa tidak puas hati pelajar lewat didenda duduk atas jalan tar | Foto – Google Images
Zaman tuan-tuan dahulu belajar bagaimana ya? Pernah atau tidak dirotan, dijemur, ketuk ketampi atau apa-apa sahaja yang tidak boleh dilakukan sekarang. Apatah lagi duduk di atas jalan tar?

Saya pun pernah ditampar oleh ayah saya sendiri yang juga merupakan ustaz di sekolah saya ketika saya berada di sekolah rendah dahulu.

Oh ya, satu hari saya pernah menghadiri sebuah bengkel di sekolah berasrama penuh di selatan daerah saya. Ya, sekolah breprestasi tinggi. Sedang saya memarkirkan kereta, saya ternampak sekumpulan anak-anak didik bertuah ini sedang berjalan itik ke padang sambil diperhatikan gurunya. Tangan ke belakang, turut perintah sungguh. Untuk pengetahuan, cikgu itu guru wanita.

Ya, kenangan yang amat dekat di hati. Zaman saya pun didenda sebegitu. Tersenyum saya melihatnya. Mendengar kata sungguh anak-anak didik berkenan dengan hukuman yang dikenakan. Dan begitu berani dan tegarnya guru itu. Tidak takutkah dipersoalkan kredibiliti hukuman sebegitu?

Kalaulah saya gemarkan memviralkan sesuatu dan suka dengkikan orang lain, saya akan ambil video kejadian itu dan sebarkan luas. Saya akan buat kapsyen paling win.

“Guru denda pelajar sehingga pengsan, tidak dibenarkan makan, berjalan itik sehingga lewat petang,”

Sudah tentu ayat itu tidak sekemas ayat saya denngan singkatan perkataan yang disukai orang sekarang. Namun saya tidak melakukannya kerana saya seorang guru. Hanya guru yang memahami dunia jauh berubah sama sekali. Sekalipun yang dilakukan itu sebenarnya untuk kebaikan anak-anak didik..

Seorang doktor menulis di Facebook tentang impiannya mahu bertugas selaku seorang doktor di daerah pendalaman. Yang jauh dari viral dan pelanggan yang suka menghentam dunia doktor dan jururawat, suka memviralkan situasi tidak benar kepada daerah komuniti penduduk pendalaman yang lebih tahu menghargai nilai kemanusiaan.

Hakikatnya, ada ramai lagi guru-guru yang mahu pulang ke daerah pendalaman dan kampung kerana tidak boleh mengajar anak-anak didik orang bangsawan yang menjadikan guru sebagai ‘hamba’ kepada sistem ‘zaman sudah berubah’.

Saya sudah lama tidak merotan anak didik saya. Sudah berbelas-belas tahun lamanya. Zaman sudah berubah tetapi saya masih guru yang sama, masih juga seperti dulu.

Prof Muhaya pernah bercerita sewaktu zaman belajarnya dahulu, arwah ayahnya sering mengajaknya pergi berhari raya di rumah bekas-bekas guru Prof Muhaya. Jauh-jauh pergi beraya. Prof berkata, arwah ayahnya mahu membalas jasa kepada guru-guru yang pernah mengadakan kelas tambahan secara percuma buat dirinya dahulu sebagai tanda berterima kasih. Begitulah hubungan orang zaman dulu dengan guru-gurunya.

Bagaimanakah selepas 15 tahun akan datang ya? Takut pula sekiranya anak didik menumbuk saya yang sudah pun tua dan tiada gigi pada ketika itu berusia 58 tahun kerana sudah tiada apa-apa erti lagi dengan menjadi guru. Sekadar mengajar bukanlah tentang mendidik. Zaman sudah berubah, katanya lah.

" Suami Juga Kena Bergaya Untuk Isteri, Jangan Ingat Isteri Sahaja Perlu Bergaya Untuk Suami"

Jangan ingat isteri je harus bergaya untuk suami, suami pun kena bergaya tau untuk isteri.

Suatu hari, seorang wanita bersama suaminya menemui Khalifah Umar bin al-Khattab. Dengan wajah seribu harapan, wanita tersebut meminta Khalifah Umar mengizinkan dirinya bercerai dengan suaminya.

“Wahai Amirul Mukminin, aku bukan bagi diriku dan bukan pula suamiku ini. Bebaskanlah aku daripadanya.” ucap wanita itu penuh mengharap.

Tetapi Khalifah Umar tidak segera menjawab permohonan itu. Beliau memandang ke arah suami wanita itu. Rambutnya kusut-masai, kukunya panjang, janggutnya tidak terurus, wajahnya pula pucat lesi dan cara berpakaiannya benar-benar tidak sedap mata memandang.

Lalu Khalifah Umar memberi isyarat kepada lelaki itu. Beliau memerintahkan lelaki itu mandi, memotong kuku, memotong rambut dan menyisirnya dengan rapi. Maka lelaki itu pun pergi melaksanakan perkara yang diperintahkan oleh Khalifah Umar.

Tidak berapa lama kemudian, lelaki itu datang kembali. Lalu Khalifah Umar mengisyaratkan supaya lelaki itu memgang tangan isternya yang langsung tidak mengenalinya.

Wanita itu terkejut kerana “lelaki asing” itu memegang tangannya lantas berkata :”Wahai hamba ALLAH, subhanALLAH! Apakah engkau tidak malu melakukan perkara seperti ini di hadapan Amirul Mukminin?

Melihat adegan tersebut, Amirul Mukminin tersenyum lalu menjelaskan kepada wanita tersebut bahawa lelaki yang menggenggam tangannya itu ialah suaminya sendiri.

Dengan tersipu-sipu, wanita itu berkata kepada Khalifah Umar bahawa dia ingin membatalkan permintaannya sebelum ini. Akhirnya pasangan itu pun kembali dengan mesra bergandingan tangan.

“Begitulah seharusnya para suami mempersembahkan diri kepada si isteri. Sesungguhnya isteri lapang hatinya apabila suami berhias untuk mereka, sebagaimana suami berasa tenang dan senang apabila isteri berdandan untuk mereka.” Kata Saidina Umar al-Khattab

"Tiada Lagi Peluang Kedua Untuk Abang..Saya dah Tak Sanggup"

Remuk hati seorang isteri dikala suami yang selama 10 tahun menjadi cinta agung dalam hidupnya akhirnya mengakui akan hubungan terlarang yang kini menjadi alunan hidupnya. Sungguh tidak kuduga… inikah balasan yang kuterima atas setiap bibit cintaku padamu suami? Perlahan-lahan kuusap airmata yang mengalir. Kehangatan air mataku meneyelinap ke dalam diri.
Sayang kasihmu abang sudah tidak sehangat ini. Perlahan suamiku melangkah keluar dari kamar yang menjadi saksi cinta kami selama sepuluh tahun ini. Kurenung langkahnya yang perlahan. Tidak sedikit pun abang menoleh kembali. Seolah-olah di dalam hati cinta kita sudah tidak
bersisa lagi.

Malam yang sunyi ini menjadi saksi akan hancurnya hati seorang wanita yang bergelar isteri. Kadangkala aku sendiri tidak yakin dengan dirimu abang. Hanya kerana asmara yang singkat, abang lupa akan cinta yang sedekad waktu ini. Abang lupa di gerbang perkahwinan, susah senang kita bersama. Di saat adik-adik abang memerlukan wang untuk perbelanjaan sekolah, kita suami isteri menguis saki baki simpanan yang ada untuk membantu adik abang. Di saat-saat abang kemalangan yang nyaris meragut nyawa , siapa yang setia menemanimu siang dan malam? Ingatkah abang akan janjimu ketika abang terselamat dari maut? Ketika Abang mengenggam jari Sayang dan Abang bisikan betapa abang bersyukur kerana diberi peluang kedua untuk bersama sayang.

Betapa abang rasa hidup abang lebih lengkap kini kerana baru ketika ini abang tahu nilai kasih sayang yang abang takut abang sudah tidak mampu kecapi lagi. Selama 2 bulan, abang berulang-alik ke hospital untuk rawatan lanjutan. Selama itu , Sayang rasa bertuah kerana dapat berbakti padamu, Abang. Namun semuanya sudah tidak bermakna lagi buatmu.

Sayang ikhlas membantu mu, Abang. Selama ini sayang ikhlas menjaga makan minummu. Sayang jujur dalam membina jambatan kasih kita. Mungkin ada waktunya, sayang terleka dalam melaksana tanggungjawab isteri. Sayang sedar ada masanya sayang sendiri melukai hatimu. Dan Sayang hargai toleransimu. Sesunguhnya toleransi dan kasih sayang abang adalah 2 perkaran yang sentiasa membuatkan hidup Sayang seunik-unik kehiudpan. Sayang bahagia. Dan kerana itu sayang tak meragui Abang. Tidak dalam secubit waktu pun. Tapi Sayang silap abang. Rupanya kasihmu layu juga.

Sekali lagi air mataku gugur. Kurenung surat permohonan abang untuk menikah lagi. Kutatap perlahan-lahan permohonan yang masih kemas ku gengam. Memang dalam hidup seorang isteri seperti Sayang, poligami adalah seperkara sayang takuti. Sayang takut bila isteri abang dua..kasih abang satu. Dan Sayang takut jika kasih yang satu itu bukan milik Sayang lagi. Abang malam ini abang mengaku akan hubungan yang selama ini tidak sayang ragui. Sayang ikhlas dengan bantuan abang..Sayang bangga kerana punya suami sepertimu abang. Suami yang bukan sahaja penyayang malah seoarng lelaki yang mudah simpati pada orang yang memerlukan. Dan dikala Farah yang waktu itu datang menangis-nangis kerana sudah tidak betah hidup terseksa bersama suaminya, kita bantu Farah dan anak-anaknya.

Selama 3 bulan, kita suami isteri membantu Farah kenalan Sayang di Universiti dulu. Kita sediakan keselesaan untuk Farah anak-beranak di rumah sewa kita. Kita bantu Farah dengan menempatkan Farah di tempat Abang makan gaji. Dan Anak-anak Farah Sayang jaga di waktu siang. Mungkin kerana ketidakhadiaran cahaya mata dalam kamus hidup kita, Sayang menerima anak-anak Farah seperti anak sendiri. Selama 3 bulan itu Sayang bahagia kerana pertama kali dalam hidup sayang, Sayang dapat menjalani kehidupan seorang ibu. Di waktu Farah rasa terancam dengan ugutan suaminya, Sayang bangga abang berani melindungi Farah dan anak-anak. Betapa di kala itu, abang bagaikan wira dahulukala. Di saat Farah merasai hidupnya musnah dirobek suaminya, Sayang beri Farah harapan. Sayang tiupkan semangat. Segala-galanya demi nilai satu persahabatan. Tapi cermin persahabatan itu remuk berderai. Malah hati seorang wanita ini lebih terluka bila wanita yang menjadi dalang cinta kami adalah Farah.

Sampai hatimu Farah, madu yang kami beri tapi racun yang kau balas.. Rupanya kasih sayang yang kucurahkan pada anak-anakmu kau balas dengan belaian manja pada suamiku. Apa dosaku padamu Farah? Kata orang bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi. Mungkin salahnya datang dari suamiku tapi tak bolehkah kau fikirkan akan nilai persahabatan kita? Dan kerana persahabatan itu tak mampukah kau menolak suamiku jauh dari hidupmu? Tidak pernaha dalam sekelumit aku waktu, kupinta darimu untuk melayan suamiku sebegitu rupa. Tidak Farah! Tidak. Tidakkah kau sedar kau masih isteri orang. Proses ceraimu masih belum sampai jauh talak. Kau masih isteri orang Farah.

Perlahan-lahan aku bangkit dari katil. Segera diriku yang kusut itu diperkemaskan. Tiada apa yang mampu kuucapakan lagi. Kukutip permohonan suamiku dari atas katil. Perlahan aku melangkah keluar dari bilikku. Di kala itu kulihat suami sedang leka dibuai perasaan. Di atas Sofa empuk itu, Suamiku cuba memikirkan keserabutan hidup. Kuhampiri suamiku. Di kala itu pandangan kami bertemu. Jika semalam, pasti ada gelora asmara cinta bila pandangan kita bertaut tapi malam ini…….pertama kali sayang rasakan pandangan kita kosong. Keruh sungguh wajahmu abang. Lembut Suamiku menarikku kesisi.

“Abang… Sayang cuma mahu tahu seperkara darimu abang. Berterus-teranglah walaupun ianya paling pahit untuk diterima. Apa yang abang cari pada Farah? Apa yang membuatkan Farah lebih bernilai dalam hidup Abang sekarang?”.

Sakit hati ini bila kata-kata itu meluncur dari bibirku. Tidak dapat ku bayangkan kekecewaan yang melanda. Perlahan kuamati suamiku. Abang walaupun hakikatnya kita belum bermadu, Sayang sudah merasakan peritnya kehilanganmu.

“Abang berdosa padamu, Sayang. Dan Abang tak salahkan Sayang kerana membenci Abang. Cuma Abang rasa Farah perlu dilindungi. Dan Abang simpati pada Farah yang tak memiliki bahagia.” Dalam saat-saat sebegini Farah masih dihatimu.

“Tapi kenapa sampai ada keterlanjuran berlaku?”

“Abang lelaki punya keinginan .. punya kemahuan…” Walaupun payah, Abang masih memenangi dirimu. Abang.. Abang.. Aku mengeleng sendirian. Sayang semakin tidak mengenali dirimu kini. Air mata sudah makin murah untuk mengalir. Tapi Sayang akan kekal kuat. Sayang masih kekal kuat seperti dahulu.

“Bagaimana halal dan haram Abang?” Aku masih cuba berlaku tenang. Aku kalau boleh mahu Suamiku sedar keterlanjuran yang berlaku. Suamiku terdiam. Dia semakin resah.

“Abang dah bertaubat , Sayang. Dan kerana itu Abang mahu bertanggungjawab atas keterlanjuran kami.” Mudah sungguh Abang membina alasan. Indah sungguh takrifan bertanggungjawab dan taubatmu. Aku tersenyum sendirian.

“Abang masih belum jawab soalan Sayang? Apa yang membuatkan Farah lebih bernilai dalam hidup Abang sekarang?” Antara dengar dengan tidak aku cuba mendapatkan kepastian.

“Farah.. Farah..” Suamiku resah. Kata-katanya mati. Ada nada-nada ktidakpastian pada raut wajahnya. Lembut kugenggam tangan suamiku.

“Abang Sayang cuma mahukan kejujuranmu. .” Dengan isyarat mata aku cuba memberi keberanian pada suamiku untuk berlaku jujur denganku.

“Sayang.. Farah mampu menjadiakan Abang…AYAH. .” Dan aku cuma tersenyum mendengar alasan suamiku. Seperti yang telah kuduga. Luruh hatiku mendengar alasannya. Dulu janjimu lain Abang tapi kini…

“Dulu , Sayang izinkan abang menikah lain tapi Abang menolak. Abang kata biar susah senang kita sehidup semati..hanya ajal memisahkan kita. Tak akan ada dua atau tiga dalam diri Abang..”

“Sayang… itu dulu.. Abang juga mahukan anak. Hidup abang sepi Sayang tanpa Anak. Abang tahu sayang tak mampu.. Tapi Abang berkebolehan mendapatkan anak.” Aku semakin sakit mendengarnya. Abang hina kecacatan hidup ini. Abang ungkit kekurangan diri ini.

“Kalau anak yang abang mahu, Nikahlah Farah. Gauli farah setelah Farah Halal buatmu.” Segera aku bangkit dari duduku. Dengan kekuatan yang masih berbaki, ku pandang suamiku sebagai pandangan terakhir. Hati ku sudah terluka abang.

Sayang boleh terima kalau abang pilih Farah sebagi madu Sayang tapi.. yang tak mampu Sayang terima ialah.. layanan haram Farah buat Abang dikala Sayang sedang menjaga anak-anaknya. Hancur hati ini Abang. Biarlah kisah cinta kita terkubur disini. Kuhulur salam terakhir buat suamiku. Kukucup suamiku dan kubisikkan padanya….

“Tapi Abang Sayang tidak mampu membuang hubungan haram abang dari kaca mata Sayang. Bebaskan Sayang…” Tersentak suamiku.

“Nanti Sayang…” Suamiku menarikku hampir padanya.

“Abang perlu bertanggungjawab terhadap Farah. Berikanlah Farah kebahagian yang ingin Abang berikan. Jadilah Abang Ayah sepertimana yang Abang impikan. Cuma.. Sayang tak mampu berkongsi kasih lebih-lebih lagi bila Sayang fikirkan hanya kerana 3 bulan perkenalan.. Abang lupakan Sayang. Hanya kerana 3 bulan pertemuan Abang musnahkan kepercayaan sayang dan Hanya kerana 3 bulan simpati Abang buang halal haram satu hubungan. Dan Sayang tak mahu anak-anak Sayang ada ayah seperti itu.. Maafkan Sayang,Abang. “

Perlahan-lahan aku melangkah pergi jauh dari suamiku. Tiada tolehan kedua buatnya. Tiada lagi simpati buatnya. Yang ada cuma ….janin berusia 2 bulan yang menjadi lambang kasih kita. Itulah kebesaran tuhan Abang.

8 Tips Untuk Kurus & Kekal Ramping Selepas Bersalin

Selepas bersalin tentunya si ibu bimbang akan bentuk tubuh badannya yang banyak berubah ketika hamil. Kalau dulu bentuk badannya kurus cantik, sekarang dah berubah jadi badan berisi. Mana taknya, sembilan bulan berat badan kita bertambah sewaktu hamil. Tapi bila dah bersalin, bentuk badan kita tak mungkin akan jadi kembali kurus sama seperti sebelum kita hamil.

Yang paling ketara, selepas bersalin pasti perut akan jadi menggeleber dan kendur sebab otot kita menjadi lemah di bahagian abdomen. Jadi, bukanlah mudah untuk kita kembali ramping seperti sebelum mengandung kan. Tetapi, jangan putus asa, amalkan tips kurus berikut bagi memastikan impian kita untuk kembali kelihatan kurus dan langsing seperti dahulu menjadi kenyataan. Bila dah kurus, badan pun sihat, dan yang penting suami pun sayang lebih.
Rahsia Cepat Kurus Selepas Bersalin
Rahsia #1: Santai

Untuk kembali kurus dan tampak langsing memang memerlukan waktu. Walaupun nampak mudah, tapi ianya bukanlah sesuatu yang kita boleh dapatkan dalam waktu yang singkat. Tubuh kita telah melalui perubahan besar ketika hamil selama 9 bulan. Jadi, janganlah terlalu memaksa dan berharap untuk kembali langsing dalam tempoh yang singkat.

Rahsia #2: Susukan anak
Ini adalah bonus buat ibu menyusu. Bukan sahaja dapat memberi anak susu yang berkhasiat, malah dalam masa yang sama boleh kurus jugak. Seorang ibu yang menyusukan bayinya dapat menghilangkan lebih banyak berat badan dengan kadar yang cepat berbanding dengan ibu yang tidak menyusukan anaknya. Ini kerana, ibu menyusu akan membakar lebih 500 kalori setiap hari.

Rahsia #3: Banyakkan pengambilan protein
Gantikan daging berlemak dengan ayam atau ikan. Ikan salmon contohnya kaya dengan sumber Omega 3 telah terbukti dapat membantu menurunkan berat badan.

Rahsia #4: Banyakkan bergerak
Pastikan kita banyak bergerak selepas habis berpantang. Contohnya, berjalan-jalan sedikit sambil mandukung anak diluar kawasan rumah. Lakukan selama lebih kurang 30 minit dan amalkan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Ini dapat membakar kalori badan kita dan membuatkan kita berpeluh.

Rahsia #5: Makan sedikit
Hindari makan terlalu banyak dan menjaga metabolisme badan dengan cara mengambil makanan dalam sajian yang kecil tetapi kerap. Contohnya 5-6 kali sajian. Jangan tunggu lapar baru kita nak makan, sebab nanti kita akan lagi cenderung untuk makan lebih banyak.

Rahsia #6: Kudapan yang sihat
Elakkan daripada mengambil kudapan atau makanan sampingan yang tinggi lemak dan rendah serat seperti kerepek, aiskrim dan makanan manis. Boleh gantikan dengan buah-buahan atau salad. Itu lebih berkhasiat.

Rahsia #7: Banyakkan serat
Pengambilan makanan yang kaya dengan serat boleh membuatkan kita kenyang dalam kadar yang lama. Makanlah makanan yang berserat larut seperti bijirin, buah-buahan segar dan sayur-sayuran. Pilih roti gandum dan nasi daripada beras merah.

Rahsia #8: Banyakkan pengambilan air
Air berfungsi sama seperti minyak yang dapat melancarkan fungsi organ badan di dalam tubuh. Pastikan tubuh sentiasa dipenuhi keperluan cairan kerana ia amat penting untuk menurunkan berat badan, membantu pencernaan, dan mengurangkan nafsu makan.

Bukanlah mudah untuk kita kembali kurus dan langsing selepas bersalin dalam masa yang singkat. Tetapi dengan mengamalkan rahsia-rahsia ini, kita boleh kembali kurus semula.

Sebelum tu, cuba tengok video nie. Dalam video nie, Pn Salwa turun 20 kg lepas bersalin selepas melakukan sebahagian rahsia di atas nie. Sebelum nie dia kecik hati sebab orang cakap gambar kahwin dia yang digantung di rumahnya itu adalah gambar adiknya. Tapi, ada lagi satu perkara yang beliau amalkan. Jom kita tengok video ini dan ketahui apa yang beliau amalkan selagi selain rahsia-rahsia di atas nie.

Sebenarnya nak kurus nie kena ada keazaman yang tinggi dan konsisten. Kalau tak konsisten memang susah untuk turun ke berat badan yang diidamkan. Jangan sampai suami kita dah tak suka tengok kita sebab badan berisi, baru kita nak terhegeh-hegeh nak kurus. Bukan kurus yang dapat, tapi makin gemuk sebab asyik stress badan tak kurus-kurus.

Jika anda mengalami perkara yang sama seperti Pn Salwa, ingin kurus sebab tak nak dipandang rendah dan suami sayang lebih, boleh sms/whatsapp Mia 012-9283726 untuk mendapatkan tips-tips lain dan Mia akan bimbing anda dengan cara yang berkesan untuk mencapai berat yang ideal.

Kecoh Murid Didenda, Pelajar di Jepun Santai Sahaja Jadi Kuli!

MASIHKAH anda ingat berapa kali dirotan, disuruh berdiri atas kerusi, dipaksa jalan itik di luar kelas, kutip sampah, berdiri di tengah padang dan bermacam-macam lagi hukuman diberikan guru atas kesalahan dilakukan.
Suatu ketika dahulu, mereka yang mengalami ‘kesakitan’ itu tidak akan memberitahu ibu bapa jika dirotan atau didenda oleh guru kerana bimbang hukuman tersebut akan ‘digandakan’ pula.
Namun, lain pula ceritanya pada zaman serba canggih ini apabila ada sebilangan ibu bapa yang tidak dapat menerima ‘hukuman’ daripada guru terhadap anak-anak mereka.
Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila tersebar gambar sekumpulan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Tun dr Ismail didenda duduk di atas jalan tar gara-gara lewat datang ke sekolah.
Belum reda dengan kisah itu, tersebar pula kisah mengenai seorang guru yang ditegur oleh ibu bapa pelajarnya gara-gara meminta anak didiknya itu memadamkan papan hitam.

Guru tersebut diarahkan untuk tidak lagi menyuruh pelajarnya memadamkan papan hitam kerana pelajar bukanlah orang gaji atau orang suruhan tetapi pelanggan.
Di manakah tahap mentaliti ibu bapa ketika ini yang seakan-akan ‘memanjakan’ anak-anak mereka sehingga tidak boleh ‘diusik’. Tindakan ini boleh ‘memakan diri’ suatu hari nanti.
Memetik kata-kata juara Pencetus Ummah musim kedua, Azman Syah Alias: ‘Zaman sekolah dulu, bila cikgu minta padam papan hitam, bawa buku latihan ke bilik guru, ambil rotan di bilik guru, ya Allah! Berbunganya hati. Terasa sangat diraikan,”.
Itu yang digambarkan penceramah bebas itu apabila diminta untuk membantu guru ketika di sekolah tetapi ianya sangat berbeza pada zaman yang penuh berteknologi kini.
Pelajar sekolah di negara ini nampaknya perlu mencontohi sikap pelajar di negara matahari terbit iaitu Jepun dalam mendidik tingkah laku seiring dengan kemodenan negara ini.

Di Jepun, setiap pelajar akan diberikan tugas mencuci sekolah selepas makan tengah hari bersama guru bagi membentuk generasi yang bersederhana dan menjaga kebersihan.
Kebanyakan sekolah di Jepun tidak mempunyai tukang cuci atau janitor iaitu perkhidmatan pembersihan kawasan sekolah dan aspek kebersihan ini dilakukan sendiri oleh pelajar dan guru.
Membersihkan kawasan sekolah sudah menjadi tradisi di Jepun kepada pelajar dari sekolah rendah hingga menengah akan meluangkan masa sapu kelas, bersihkan debu dan tugasannya berbeza mengikut sekoah.

Tokyo Times melaporkan, amalan membersihkan kawasan sekolah ini bermula seawal usia 6 tahun hingga 17 tahun sebanyak empat kali seminggu.
Yumi Tagawa, 44, yang berpindah ke Amerika Syarikat menceritakan pengalamannya ketika belajar di sebuah sekolah di Osaka, Jepun.
Menurutnya, setiap hari dia bersama rakan-rakannya akan mengangkat meja dan membersihkan kawasan bilik darjah serta apabila meningkat dewasa, pelajar akan diarahkan untuk membersihkan tandas.Mentaliti Sekolah Di Malaysia Jauh Ketinggalan
“Kami melakukan perkara ini kerana kewajipan. Ia bukanlah sesuatu yang asing sehingga saya berpindah ke luar negara,” katanya yang kini bekerja sebagai pengurus di Manhattan, New York.

Idea melibatkan pelajar dalam aktivit membersihkan kawasan sekolah ini dapat memupuk rasa hormat mereka dengan persekitaran selain mewujudkan kerjasama di antara pelajar.
Namun, tiada lagi laporan daripada ibu bapa di Jepun yang tidak berpuas hati apabila anak mereka diarahkan untuk mencuci sekolah sendiri.
Sudah tiba masanya, ibu bapa negara ini buka minda dan ubah mentaliti ke arah lebih baik serta mencontohi budaya Jepun dalam usaha menjadikan anak-anak yang lebih hormat, bersih dan bekerjasama

Aku Miskin… Tuhan je Yang Tahu…

Mula2 biar aku perkenalkan diri aku. Nama Ira. Umur 23 tahun. Lepasan salah satu IPTA dekat pantai timur.
Terdetik nak kongsi dekat sini lepas baca satu post yang viral dekat FB pasal seorang anak security guard yang belajar dekat UTP. Sedih baca cerita dia. Tahniah dekat bro tu. Sebab dia berjaya happykan mak ayah dia.
Cerita yang aku nak cerita ni, sedih la bagi aku sebab aku yang rasa. Family aku, nak kata porak peranda pun tak ada lah sangat. Cuma ayah aku tak ada kerja tetap. Mak aku suri rumah tapi dia ambil tempahan menjahit. Secara tidak langsungnya, mak aku lah yang majoriti tanggung kehidupan kami sekeluarga.
Ingat masa dulu2, mak aku berhutang ratus2 dekat kedai runcit sebab nak beli beras semua. Ayah aku, kalau ada duit, ada lah. Mak aku lah yang tebalkan muka kat cina kedai tu tiap kali nak beli barang dapur.
Masa tingkatan empat, aku masuk sekolah asrama dekat Melaka. Tapi aku homesick. Aku rindu mak aku sangat. Aku duduk bilik kaunselor je. Family kami tak ada kereta, so mak aku akan datang naik motor sendiri yang perjalanannya dekat 2 jam sebab nak jumpa aku. Nak suh aku belajar betul2. Hampir tiap hujung minggu la. Mak aku akan cari duit sebab nak isi minyak motor dengan nak masak sedap2 untuk aku yang dekat asrama tu.
Aku ingat lagi. Masa SPM, tiap pagi aku akan menangis dari bilik sampailah masuk dewan exam. Aku nak mak aku sangat2. Yelah. Sebelum ni UPSR, PMR aku dapat salam cium mak aku pagi2 sebelum exam. Time SPM pulak tak boleh. TPHEA dan Kaunselor yang aku rapat tu lah yang teman aku tiap pagi nak masa exam. Lepas exam pun diorang jugaklah yang tunggu kat luar dewan. Terima kasih cikgu.
Masa matrik, aku okay je. Sebab tiap minggu balik rumah. Matrik dekat dengan rumah. Masa matrik kan dapat elaun. Jadi tak ada lah susahkan family aku.
Masa nak masuk u. Kena fikir nak cari duit dekat mana. Nak pergi u tu macam mana. Kereta tak ada. Ayah aku pinjam kereta kawan dia tak silap. Tiap kali cuti sem, mak aku mesti cari duit lebih. Sebab mak aku sama ada nak hantar atau jemput aku dekat u. Aku mengaku aku manja sangat dengan mak aku. Anak lastkan. Sorang je perempuan pulak tu.
Masa musim nak raya, lagi aku sedih tengok mak aku. Sebab dia tak tidur pun nak siapkan baju raya orang. She tried her best to make sure we have enough money to celebrate raya.
Masa konvo haritu, mak aku ada tanya, ‘adik nak bunga tak?’ Nasib baik aku bukan jenis yang suka bunga2 ni. Aku tau mak aku tak ada duit sangat pun. Nak bayar homestay, duit minyak perjalanan dekat 9 jam. Dengan happynya aku cakap ‘tak payah. membazir je.’ Yelah satu bouquet bunga RM70 hinggit. Mahal. Lepas tu kejap lagi layu. Tak ada faedahnya bagi aku. Baik buat beli makanan.
Pasal ayah aku, tak ada nak cerita banyak pun. Dia macam tu jugak. Kadang2 sebulan tu adalah bagi 20 hinggit untuk belanja dapur. Haha. Zaman sekarang ni apalah yang dapat dengan 20 hinggit tu untuk belanja sebulan.
Jadi, aku dah set azam. Nak kerja. Dapat gaji bagi kat mak aku. Nak belikan apa je yang dia nak. Aku nak dia berhenti cari duit untuk tanggung family.
Aku tak dapat kerja lagi. Doakan aku dapat kerja cepat2 ye.
Kepada yang rasa dia je yang hidup susah, jangan risau. Kita yang miskin ni lagi hebat sebab kita akan lebih appreciate sesuatu sebab kita tahu betapa susahnya nak dapatkan sesuatu. Cuba fikir positive parts yang ada disebalik setiap negative things yang kita lalui.
– Ira

Abang Aku Serigala Jadian

Dah nak masuk 7 tahun “ujian” ni ditimpa pada keluarga Aku.. tapi, aku tak pernah luah kat sapa2 walaupun kawan baik, dan tak ada siapa yang perasan sebab aku seorang yang ceria dan happy go lucky.. 🙂
abang Aku, 7 tahun lalu dia ambik keputusan tuk berhenti dari penjawat awam… dan bermula detik tu, dia berubah 150% menjadi ” serigala jadian”
dia mula malas bekerja, kalau bekerja pon bertahan sebulan aja, tu pon dalam seminggu 3 hari jer dia gi kerja.. lame2, confirm kena buang kerja.. sebab masalah utama dia payah nak bangun pagi-pagi.. bila mak gerak setiap pagi, confirm mak jadi tempat dia maki hamun.. (Mak muka redha)
jadi sejak hari tu ayah yang akan tanggung segala keperluan dia termasuk minyak motor dan rokok .. kalau tak bagi, mulalah mengamuk dan sebagainya.. masuk bilik dia akan supah seranah macam-macam.. (ayah muka redha)
tiap Kali makan, dia memang tak pernah peduli orang lain dah makan ke belum, janji dia kenyang.. bab makan, memang dia hebat.. rakus betul, baru pukul 10 pagi tapi dah masuk Kali ke 3 makan… jadi, setiap hari tugas Aku asingkan siap2 lauk pauk yang ada tuk orang lain .. kalau letak dalam kuali yang sama.. jawabnya, tinggal kuali jerlah.. (Aku muka redha)
Dan, setiap Kali lepas makan.. dia selamba aja tinggalkan meja makan dengan sisa2 makanan dia.. tumpah merata.. bersemut dia tak ambik peduli.. janji perut dia Dah kenyang.. yang paling syokk. pinggang Kotor bekas makan dia selamba aja letak balik bawah tudung saji.. (Aku muka redha lagi.. )
Pernah sekali Aku tegur sikap dia, last-last.. pintu bilik aku rosak diterajang tanpa belas kasihan. sejak tu, Aku makin diam Dan terus diam.. memberontak dari dalam.. dan mampu menangis.. Ego seorang lelaki pantang dijolok.. bila dia mengamuk, kuasa dia berganda-ganda hebat.. acap Kali dia cakap nak sepak.. nak terajang Aku, malah pernah cakap nak bunuh aku.. tapi setakat ni alhamdulillah tak ada apa2 jadi.. sebab dia masih takutkan ayah.. (Aku redha.. Dan terus redha)
setiap hari, tabiat dia.. suka sangat kacau mak Aku.. sampai mak Aku rimas dan jerit2 marah.. tapi, xterkesan pon pada dia.. sebab sikit pom dia tak takut mak Aku.. bila ayah Aku marah dia, mulalah dia mengamuk dan lepaskan geram dia pada Aku.. dimaki Aku macam-macam.. setiap Kali marah, confirm dia seru BABI!! (Aku diam dan redha lagi)
30% cerita diluahkan… bakinya, tak mampu nak taip lagiii. 😦
Aku xtahu.. berapa lama lagi Aku dapat bertahan dengan semua ujian Allah ni, kadang2 Aku putus ASA… tanye diri Aku berkali2. kenapa harus keluarga Aku yang Allah pilih. silap dimana didikkan mak ayah Aku??? besarkan anak.. Dan akhirnya dibaham anak sendiri.. Dan hanya Allah yang memegang jawapannya.. (kami Cuba redha)
– Cik KoKo