Fattah Amin Akui Rapat & Keluar Bersama Neelofa

MELIHAT keserasian pelakon Fattah Amin dan Neelofa dalam drama Suri Hati Mr. Pilot, kami pasti ramai peminat hiburan mendambakan pasangan ini menjalinkan hubungan cinta.
Ini mungkin berita baik kerana Fattah mengakui masih lagi berhubung rapat dengan Neelofa, meskipun penggambaran dan tayangan Suri Hati Mr. Pilot telah tamat.
Tidak sekadar itu, Fattah memberitahu, mereka juga ada keluar bersama-sama.
Fattah Amin Akui Rapat, Keluar Bersama Neelofa
“Saya masih lagi berhubungan dengan Lofa dan kami rapat. Saya akui, kami juga keluar bersama-sama,” katanya kepada BH Online.
Dalam pada itu, Fattah menjelaskan hubungan itu diteruskan berikutan ada permintaan untuk mereka menghadiri majlis bersama-sama untuk drama popular itu.
Selain itu, mereka juga masih lagi perlu memenuhi beberapa undangan dan acara bertemu peminat drama Suri Hati Mr. Pilot termasuk di Brunei.
Ditanya mengenai kemesraan yang terjalin antara dirinya dengan Neelofa, pelakon kacak ini memberitahu, dia hanya menyerahkan soal jodohnya kepada Tuhan.
“Terima kasih kerana menyukai lakonan kami. Saya amat menghargainya. Kalau ditanya mengenai perkara lebih daripada itu, saya sendiri sukar untuk mengatakannya. Soal jodoh saya serahkan kepada Allah,” katanya.
Sebelum ini, pengarah drama tersebut Michael Ang mendedahkan Fattah dan Neelofa sememangnya menjalinkan hubungan cinta di lokasi. Namun, dia tidak mengetahui sekiranya hubungan itu berlanjutan di luar set.

‘Dia Pernah Berlakon Dalam Drama Arahan Saya, Saya Kenal Siapa Dia. Apa Yang Dia Lakukan Semuanya Drama Semata-Mata’ – Ogy Ahmad Daud

Walaupun dikecam hebat oleh netizen gara-gara mengkritik persembahan Elly Mazlein dalam rancangan Gegar Vaganza, Ogy Ahmad Daud tetap dengan pendiriannya.
Menerusi laporan Harian Metro, Ogy mengakui sudah ‘lali’ dengan kecaman sindirian dan kecaman yang dilemparkan netizen.

Memang drama semata-mata

Dia pernah berlakon dalam drama arahan saya dan saya kenal siapa dia. Apa yang dilakukannya di atas pentas GV3 adalah ‘dramanya’ semata-mata.
Tambah Ogy lagi, Elly bukan lah sesiapa dalam industri musik yang perlu diberikan perhatian. Berikutan dikecam hebat oleh peminat Elly Mazlein, Ogy berkata dia langsung tidak terjejas dengan komen negatif yang dilemparkan, sebaliknya simpati melihat ketaksuban mereka mempertahan penyanyi itu.
Mereka menghina dan melemparkan komen-komen negatif terhadap saya. Sepanjang empat dekad berada dalam industri hiburan, saya sudah berdepan pelbagai ancaman. Bagi saya, apa yang berlaku ini ibarat hembusan angin yang tidak memberi apa-apa kesan kepada diri saya.
Saya memang tidak suka melayan komen-komen pengikut yang mindanya tidak merdeka. Saya hanya akan bercakap dengan individu yang mempunyai akal fikiran.

‘Dalam Drama Semuanya Indah Belaka’ – Ini 10 Hakikat Dan Realiti Sebenar Kehidupan Seorang Pilot

Sejak mula ditayangkan pada 10 Oktober lalu, drama ini mendapat sambutan luar biasa oleh penonton. Gandingan kedua-dua seteru utama ini nampaknya begitu memikat apabila berjaya menonjolkan chemistry yang cukup romantis di dalam drama. Masing-masing suka melihat mereka berdua disatukan.

Namun begitu, terdapat juga orang yang mengatakan drama ini tidak memaparkan realiti kehidupan sebenar seorang juruterbang. Ejaz Fakhri lakonan Fattah Amin dilihat terlalu kerap menarik beg ke sana ke mari di airport dan terlalu sibuk bercinta dengan Warda lakonan Neelofa, tanpa ada babak menerbangkan kapal terbang langsung.
 says.com

Kritikan sebegini memang kita selalu dapat lihat pada setiap drama yang ditayangkan. Jadi, bagaimana sebenarnya realiti kehidupan seorang pilot di alam nyata?
Sementara isu masih hangat, laman The Pilot mengambil keputusan untuk menceritakan tentang bagaimana sebenarnya menjadi seorang juruterbang bertauliah. Adakah semuanya indah seperti yang dipaparkan dalam drama? Jom baca di bawah:

Pilot Realiti dan Pilot TV

“Bila kamu tak tahan penatnya belajar, maka kamu akan menanggung perihnya kebodohan.. “
~Imam Syafie~

1. Nampak memang seronok dan indah. Dalam drama, mereka tunjuk Pilot tarik beg, berlegar legar di airport, jumpa jodoh, borak borak cinta, cewah! Hakikat yang tidak diketahui ialah kehidupan seorang pilot sebenarnya proses pembelajaran yang berterusan, sejak dari flying school, belajar, ujian, belajar, ujian tak habis-habis. Pendek kata memang tak boleh dipisahkan sampailah dia pencen nanti.

2. Semasa di flying school dia perlu belajar dalam kelas ground school untuk melalui exam PPL, CPL dan ATPL. Setiap ujian ini mengandungi 5 ke 8 subjek yang perlu dijawab dengan lulus. Markah lulus pula ialah 80%! (Lulus 80%?? Ya betul, itulah jangan tak tahu ya. Asyiklah sangat tengok tv tu.) Selain itu, dia perlu mempelajari type tech yang menjurus kepada mempelajari sistem pesawat dan limitation. Dia juga perlu mempelajari SOP mengendalikan pesawat single engine dan multi engine serta ujian menerbangkan pesawat.

3. Setelah dia melaporkan diri pada airline tertentu, dia kena mempelajari sistem pesawat yang lebih besar seperti Boeing 737. Manual untuk mengendalikan pesawat ini pula ada sebanyak 7-10 manual setebal 4 inci. Latihan demi latihan dalam simulator dia jalani sehinggalah dia boleh mengendalikan simulator dengan baik. Latihan ini termasuk latihan kecemasan seperti membuat takeoff dan landing bagi pesawat yang mengalami kerosakan enjin, ‘decompression’ dan sebagainya.

4. Ujian SEP (safety emergency procedure) bagi proses meninggalkan pesawat selepas melakukan pendaratan cemas, berenang, berkumpul, mengendalikan penumpang yang bermasalah, mengendalikan ancaman bom, mengendalikan penumpang sakit, keupayaan survivor di hutan, laut dan banyak lagi, ini pula dijalani setahun sekali.

5. Paling lumrah dalam kehidupan seorang pilot ialah dia kena menghadapi ‘base check’ dua kali dalam setahun ataupun lebih tepat lagi ialah pada setiap 6 bulan. Macam peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun lah kiranya base check ini. Ujian seperti normal procedure dan abnormal procedure diuji dalam simulator (model pesawat yang boleh bergerak 3 paksi di dalam sebuah dewan tertutup). Biasanya dijalankan dalam 3 hari termasuk ulangkaji CBT(computer base training).

6. Satu lagi ujian yang perlu dilalui oleh pilot ialah English Proficiency. Ujian ini baharu sahaja diperkenalkan pada 2010. Bagi yang mencapai Level 4, perlu menduduki ujian setiap 3 tahun, Level 5 setiap 6 tahun dan Level 6 pula tidak perlu lagi seumur hidup! 🙂

7. Kelas CRM (crew resource management) dijalankan dari semasa ke semasa bergantung kepada keperluan Airline tersebut. Ia juga adalah satu cara bagi memberi latihan kepada pilot dan krew kabin terutamanya bagi mengendalikan SOP normal dan abnormal. Isu-isu terkini akan disentuh bagi mencegah ‘incident’ dan ‘accident’ dan menambah kecekapan penerbangan.

8. Setiap tahun, pilot perlu melalui ujian kesihatan. Kita maklum bahawa ia penting bagi memastikan keupayaan kesihatan juruterbang yang baik bagi mengendalikan beratus-ratus penumpang. Saya pasti anda mahu pesawat yang dikendalikan oleh pilot yang sihat bukan?

9. Oh ya, ada satu lagi ujian yang perlu dijalani setiap tahun oleh pilot. Ia dipanggil ‘line check’. Ujian ini dijalankan pada pesawat sebenar, bagi memastikan pilot mengikut SOP ataupun standard operation procedure yang terkini. Seorang instructor yang juga seorang captain, akan duduk di dalam kokpit dan memerhatikan bagaimana pilot mengendalikan pesawat.

10. Nah, jika anda berjaya membaca sampai ke poin yang ke 10 ini, saya pasti anda adalah seorang yang cekal dan boleh mengikuti latihan sebagai seorang pilot. Saya doakan anda berjaya. Jumpa anda nanti setelah anda menyarungkan jersi eh, maaf, uniform seorang juruterbang 🙂 ehem ehem.

Sekarang anda telah pun ketahui serba sedikit walaupun bukan semua, bagaimana kehidupan Pilot Realiti vs Pilot Fiksyen. Ingat akan kata-kata imam Syafie pada awal artikel ini…

Sekian,

‘Saya Tak Pernah Minta Pelepasan Cukai, Malah Saya Kata Semua Harus Bayar Cukai’ – Nora Danish

KUALA LUMPUR – Susulan viral laporan media yang mendakwa Nora Danish meminta pelepasan cukai bagi menampung kos penampilan diri, Nora Danish tampil menafikan dakwaan itu melalui laman Instagramnya. 
“Ini mesti ada salah penulisan mana-mana. Saya tidak pernah meminta pelepasan cukai, malah saya kata semua harus bayar cukai,” katanya dalam ruangan komen di Instagramnya yang kini menerima banyak serangan dari netizen yang tidak berpuasa hati. 
Kenyataan Nora Danish itu, turut dipertahankan oleh Rozy Danish. 
“Nora never did gave a statement for a tax exemption. Irresponsible journalist/blogger need to correct their writings before we take a further action. 
“Nora cuma suggested untuk increase the claims under cost makeup/makeup artiste payment dan lain-lain untuk penampilan diri. 
“Mereka twisted Nora’s statement to sell stories. Damages has been done. Soal tax dibuat main-main. Sekali lagi saya menegaskan Nora tidak pernah mengeluarkan statement itu,” kata Rozy. 
Menurut Sally Talib pula, Nora sendiri membayar cukai beratus ribu namun tidak pernah berkata demikian. 
“Kita nak saman siapa keluarkan yang tak betul itu, jadi fitnah namanya. Masa interview itu ada 5-6 orang di situ,” tegasnya.

“Memang patut Elly Mazlein keluar, kita nak tengok persembahan hebat bukan drama” – Ogy Ahmad Daud

Masih lagi hangat dengan kontroversi Elly Mazlein tersingkir dari Gegar Vaganza 3 minggu ke-4. Bukan tersingkir tapi beliau sendiri yang tarik diri sebenarnya. Puncanya adalah, terasa hati dengan komen ‘belas ihsan’ dari Ramli MS ataupun Tok Ram…
Bagai menambah bara yang tersimpan, Ogy Ahmad Daud menerusi Instagramnya mengeluarkan komen pedas mengenai Elly Mazlein. 
“Memang patut Elly Mazlein keluar, kita nak tengok persembahan hebat bukan drama” – Ogy Ahmad Daud..
Bagi kami, yang mencipta drama itu Astro dan Elly Mazlein hanya jadi mangsa keadaan. Hehe kami bukanlah team kak lina sangat pun, cuma rasa tak adil dia diperlakukan begitu biarpun sebenarnya Elly memang antara dalam list ramalan kami yang keluar awal. Sekali lagi, namun ianya seperti tak adil. Elly berhak dapat komen yang lebih positif…..
Apa lagi, IG Kak Ogy pun dikecam netizen….

‘Elly Mazlein Tidak Tersingkir Pada GV Semalam, Tetapi Beliau Tarik Diri Kerana Krtikan Tok Ram’

Musim ketiga program realiti, Gegar Vaganza terus mencetuskan kontroversi apabila peserta yang diumumkan tidak mendapat lagu untuk konsert minggu kelima, Elly Mazlein bertindak menarik diri daripada pertandingan itu sebelum dia diisytiharkan tersingkir, malam tadi.
Menjelaskan tindakannya berundur daripada GV3, Elly memberitahu, dia kecil hati dengan juri tetap, Datuk Ramli MS yang mengaitkan sentimen simpati dan belas kasihan ketika mengulas persembahannya.
“Komen Ramli yang menyatakan terpulang dengan belas ihsan Astro sama ada saya mampu bertahan atau tidak, sangat mengecewakan sehingga membuat saya nekad untuk menarik diri.
“Kenyataan itu seolah-olah mengiyakan pendapat netizen yang mendakwa saya bertahan dalam program ini berdasarkan simpati semata-mata. Itu yang membuatkan saya hilang kekuatan dan tiada semangat untuk terus berjuang,”katanya pada sidang media.
Terdahulu, ketika Elly diumumkan tidak mendapat lagu bagi konsert kelima sekaligus tersingkir daripada GV3, ramai peminat dan pengikut program realiti itu bagai tidak percaya dan mempersoalkan keputusan dibuat.
Elly dikatakan memaklumkan pihak produksi mengenai keputusannya berundur daripada GV3 di belakang pentas sebaik saja Ramli memberi ulasan terhadap persembahannya bersama Achong ketika mendendangkan lagu Jangan Menangis Sayang.
Gagal mengawal emosi ketika diasak wartawan berhubung keputusannya itu, Elly memberitahu, dia bagaimanapun tidak mahu menuding jari terhadap Astro termasuk Ramli malah menyifatkan insiden berkenaan sebagai dugaan buatnya.
“Saya berterima kasih kepada Astro kerana memberi peluang ini. Lagipun markah saya pada minggu ini memang rendah. Sesuailah dengan keadaan yang berlaku,” katanya.

(VIDEO) Apa yang Aeril Zafril Lakukan Bila Wawa Zainal Merajuk, So Sweet..

Siapa dekat sini follow pasangan romantis Aeril Zafrel dengan Wawa Zainal ini di Instagram? Boleh dikatakan mereka berdua ini antara pasangan selebriti yang disukai peminat. Sama cantik sama padan! Sekarang dah pun memiliki 2 cahaya mata.

Tengok apa yang dilakukan Aeril Zafril bila isteri merajuk. Alahai sweet sungguh tahap potong kaki ini!

Berang Dituduh Tak Bayar Cukai, Che Ta Mengamuk Balas Komen Netizen

Nampaknya hasrat artis terkenal tanah air, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta untuk menyambut hari jadi anaknya di London tidak kesampaian.

Semuanya gara-gara baki cukai yang masih belum diselesaikan dan disekat untuk keluar negara. Dakwa Che Ta sebelum ini memang dia bayar cukai cuma kali ini nilainya besar dan mungkin belum berkesempatan.

Tapi yang tak sedapnya ramai mula hentam Che Ta. Macam-macam tuduhan dilemparkan kepada Che Ta. Siapa je yang tak panas kan? Kalau kami jadi Che Ta pun kami bengang!

Bukan tak bayar langsung

Apa lah korang yang hentam Che Ta ini. Che Ta katanya dah berjumpa dengan pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berhubung perkara ini. Nanti-nanti selesai lah tu.

Hajat Che Ta Sambut Hari Jadi Anak Diluar Negara Terbantut Kerana Masalah Tunggakan Cukai

KUALA LUMPUR – Hajat pelakon dan ahli perniagaan, Rozita Che WAn atau Che Ta untuk meraikan ulang tahun kedua hari lahir anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana, di London tidak kesampaian kerana berdepan dengan masalah tunggakan cukai.

Lapor Berita Harian, Che Ta telah membuat tempahan lokasi dan persiapan bagi meraikan hari istimewa itu tetapi hasratnya itu tersekat buat sementara waktu oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Bercakap pada wartawan Berita Harian di majlis hari lahir anaknya itu di sebuah hotel terkemuka di ibu kota petang semalam, Che Ta menjelaskan bahawa beliau perlu melunaskan sejumlah tunggakan yang besar sekiranya ingin ke luar negara.

“Jumlah tunggakan cukai yang perlu dibayar itu besar nilainya. Saya pula belum mampu untuk menjelaskan bayarannya sekali gus.
“Saya telah mengadakan pertemuan bersama pihak LHDN berhubung perkara ini. Mahu atau tidak, saya memang perlu menyelesaikan tunggakan berkenaan.

“Buat masa ini, nak bayar separuh dari jumlah itu pun saya belum mampu lakukan lagi,” katanya yang sepatutnya terbang ke London, Ahad lalu.

Walau bagaimanapun, Che Ta bersyukur anaknya itu masih kecil dan belum memahami masalah yang dihadapinya itu.

“Mujur Aaisyah masih kecil dan tidak faham masalah yang saya lalui. Kalau sudah besar, barangkali dia akan berkecil hati.

“Cuma moodnya memang kurang baik hari ini. Saya jarang membawanya ke acara yang membabitkan ramai orang. Jadi, memang dia tidak biasa dengan situasi seperti ini,” katanya yang merujuk kepada majlis tertutup yang hanya dihadiri oleh keluarga dan kenalan terdekatnya.

Sebagai ibu, beliau berusaha untuk membahagiakan anak-anaknya.

“Sebelum ini, majlis hari lahir abangnya, Ammar, umpamanya diadakan di Santorini, Greece. Cuma nasib Aaisyah kurang baik apabila saya berdepan dengan masalah ini,” katanya.