Filem Rockbro Berjaya Raih 1.5 Juta Dalam Masa 5 Hari

DI sebalik kelembapan jualan tiket filem tempatan, filem terbaharu karya pengarah Mamat Khalid berjaya mengutip sebanyak RM1.5 juta dalam tempoh masa lima hari sahaja!

Menurut Mamat, kejayaan itu merupakan satu pencapaian berganda buat seluruh krew produksi yang terlibat dalam pembikinan filem tersebut.

Rock Bro merupakan prequel kepada dua filem terdahulu iaitu Rock (2005) dan Rock Oo! (2013).

Baru 5 Hari Tayang, Rock Bro Berjaya Kutip RM1.5 Juta

“Kejayaan awal Rock Bro dicapai apabila pihak pawagam meminta ia ditayangkan lebih awal dari tarikh asalnya iaitu pada 27 Oktober lalu. Lebih menggembirakan apabila jumlah pawagam untuk tayangan filem ini ditambah, iaitu dari 90 kepada 103 panggung. Sokongan sebegitu sudah cukup untuk membuat kami semua berbesar hati,” katanya dipetik Berita Harian Online.

Rock Bro yang merupakan filem pengakhiran mengenai perjalanan kumpulan rock Rimba Bara menampilkan barisan pelakon handalan seperti Khir Rahman, Pekin Ibrahim Sofi Jikan dan Datuk Hattan

Neelofa Ada Kembar?

Sekarang ni memang ramai yang tergila-gilakan drama yang tengah meletop ‘Suri Hati Mr Pilot’.

Mana taknya, lakonan Fattah Amin dan Neelofa memang cukup mantap. Rasa macam deorang ni bercinta betul-betul pun ada.

Tapi, sebenarnya ada benda lain yang kami ingin kongsikan iaitu tentang kembar Neelofa yang memang seiras sangat.

Ramai yang ingat gambar tersebut adalah Neelofa sebelum berhijrah, rupanya salah sama sekali.

Wajah tersebut adalah Kylie Verzosa, atau nama penuhnya Kylie Fausto Verzosa iaitu Miss International 2016 dari Filipina.

Kalau dah bergelar Ratu Cantik Dunia, tak perlu dipertikaikan lagi kecantikannya.

Kylie Verzosa merupakan wanita keenam dari Filipina yang telah dinobatkan sebagai Miss International. Boleh dikatakan gadis-gadis Filipina ni cantik-cantik belaka.

Sekali pandang wajahnya dengan Neelofa memang seiras dan sama cantik. Korang tengok la sendiri, sama ke tidak.

Michael Ang Buat Paid Review Untuk Produk Qu Puteh? Ini Respon Beliau..

KECOH di laman sosial apabila pengarah, Michael Ang didakwa dibayar bagi mempromosikan produk Pamoga Qu Puteh milik usahawan terkenal, Datuk Seri Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida.

Michael Ang atau lebih dikenali sebagai Mike mempromosikan minuman Pamoga ketika konsert Gegar Vaganza yang diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), semalam.

Ini susulan, pengarah drama Suri Hati Mr. Pilot itu diberikan mikrofon untuk berkongsi pengalaman selepas menggunakan produk tersebut.

Michael menjelaskan keadaan sebenar melalui akaun Instagramnya dan menafikan dirinya dibayar untuk mempromosikan produk itu.

Menurutnya, produk tersebut telah digunakan dalam tempoh yang lama dan ianya sememangnya bagus untuk kesihatan.

“Dari dulu memang minum Pamoga, bila minum, tidur lena dan bangun lebih fresh. Sebenarnya minum Pamoga itu bagus,” katanya yang mengakui akan mudah marah atau bad mood jika tidak mengambil produk itu dalam sehari.

Tegasnya, tiada bayaran yang diberikan kepadanya kerana pendapat yang diberikan mengenai produk itu ketika konsert berlangsung adalah jujur dan ikhlas dari hatinya.

“I tak dibayar untuk spot tu. Feeling korang,” katanya.

Jelasnya, sepatutnya tidak timbul isu dirinya dibayar untuk mempromosikan barangan tersebut seperti yang ‘difitnah’ oleh netizen.

‘Baru Kahwin Berat Saharul Ridzwan Dah Naik 20 Kilogram’

Kehadiran isteri di dalam kehidupan sememangnya mampu merubah segalanya termasuklah berat badan. Mengakui segala keperluannya selain turut bahagia bersama isterinya, Deena Emir, Saharul Ridzwan turut menjelaskan bahawa berat badannya turut naik sehingga 20 kilogram.

“Memang saat ini saya terlalu bahagia selepas berumahtangga. Semuanya terjaga dari segenap segi. Bangun pagi saja, makanan sudah tersedia di atas meja. Isteri pula memang akan bangun pagi dan menyediakan hidangan untuk kami”

“Apabila pulang dari lokasi, beliau yang setia menunggu di rumah sekali lagi menjamu suaminya ini. Hasilnya, lihatlah bentuk badan saya yang mula mengembang ini,” kongsinya bersama BH Plus.

Bagaimanapun, pelakon lelaki ini menyatakan bahawa dia kini sudah kembali ke gimnasium bagi mendapatkan kembali tubuh badan idaman selepas beratnya kini hampir mencecah 90 kilogram.

“Gegar Vaganza Tak Kenakan Saya, Jangan Sensitif Sangat”- Elly Mazlein

“Gegar Vaganza Tak Kenakan Saya, Jangan Sensitif Sangat”
Published on Oct 30, 2016  in Artis/Utama & Sensasi
Tidak habis dengan kontroversi rumah tangga, kehadiran Elly Mazlein didalam Gegar Vaganza turut menjadi perhatian orang ramai. Malah tugasan lagu yang diberikan setiap minggu pula membuatkan ramai yang menganggap program itu seolah mengenakan penyanyi itu yang baru sahaja melalui proses penceraian dengan menyanyikan lagu mengisahkan suka duka hidupnya.

“Tidak. Saya tidak anggap begitu (mengenakan saya). Saya anggap apa yang diberikan kepada saya itu sebagai satu cabaran. Jadi, dalam hidup ini janganlah sensitif sangat. Memang kalau diperhatikan, lagu pertama memang lagu mengisahkan diri saya, lagu kedua pun macam kisah saya, selepas itu lagu minggu ketiga dapat pula Perawan Atau Janda”

“Setiap minggu lagu macam kisah diri saya. Sebelum menyanyi itu memang saya takut tidak boleh tahan emosi. Macam menyanyi depan cermin, ibarat kena ‘bom’ depan muka sendiri. Walaupun cerita dalam lagu itu sangat kisah saya, tapi sokongan peminat membuatkan saya terus kuat sebenarnya. Saya cakap kepada diri jangan menangis,” katanya kepada Kosmo Online.

Pada minggu pertama program tersebut, Elly diminta menyanyikan lagu Berpisah Jua yang turut memberikan kesan kepadanya. Manakala pada minggu kedua pula, Elly diberikan pula lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan. Sekali lagi kontroversi tercetus apabila Nabil Ahmad sebagai pengacara seolah memberi sindiran kepada penyanyi itu yang baru sahaja bercerai.

Bagaimanapun, Nabil yang menyedari tindakannya mengundang kemarahan peminat Elly akan memohon maaf secara terbuka pada konsert minggu ketiga program itu. Dalam pada itu, Elly juga menyatakan beliau tidak kisah dirinya dijadikan bahan gurauan. Untuk pengetahuan, pada minggu ketiga ini Elly telah diberikan lagu dendangan Cita Citata, Perawan Atau Janda.

Kwang Soo Bikin Peminat Teruja Dengan Tayang Six-Pack

FOTO model dan pelakon siri Running Man, Lee Kwang Soo tidak berbaju sehingga menampakkan six packnya yang tersebar di Internet membuatkan ramai peminatnya penasaran dan teruja.

Menerusi foto yang tersebar itu, Kwang Soo yang hanya memakai seluar jeans kelihatan sedang santai berjalan dan membuka bajunya sambil tersenyum viral sejak semalam.

Menurut portal Astro Gempak, difahamkan aksi tidak berbaju Kwang Soo atau lebih dikenali sebagai Zirafah menerusi program Running Man itu merupakan salah satu adegan dalam drama terbaharunya berjudul Entourage yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Tambah portal itu, perubahan bentuk badan yang dialami terutamanya di bahagian perut aktor berusia 30 tahun ini yang kelihatan lebih berotot menarik perhatian peminatnya.

PERBEZAAN OTOT SEKARANG (KIRI) DAN DAHULU

Rata-ratanya tidak menyangka bahawa pelakon ini turut mempunyai otot-otot menawan dan kekar memandangkan tubuhnya yang tinggi lampai itu nampak begitu kurus dan bersahaja.

Perubahan yang dialami pelakon ini diterima baik oleh peminat-peminatnya yang melihat foto tersebut. Malah ada juga yang menyatakan hasrat untuk melihat Kwang Soo kembali aktif dalam arena peragaan.

Tayang Six Pack, Kwang Soo Bikin Peminat Penasaran

Aktor tinggi lampai ini memulakan kerjaya dalam industri seni sekitar 2007 sebagai model, kemudian menceburkan diri dalam arena lakonan pada 2008 menerusi sitkom, Here He Comes.

Popularitinya mula melonjak selepas dia menyertai program Running Man yang menemui penonton pada 2010.

Video Neelofa ‘Terselak’ Tudung Nampak Lurah Dada Jadi Viral

DRAMA bersiri Suri Hati Mr. Pilot (SHMP) lakonan Neelofa dan Fattah Amin kini semakin menjadi bualan peminat yang sukakan keserasian di antara kedua-dua selebriti popular tersebut.
Walaupun baharu pertama kali digandingkan bersama, keserasian yang wujud dalam lakonan Neelofa dan Fattah cukup digemari peminat sehinggakan mereka ingin melihat pasangan ini betul-betul bercinta seperti mana watak Ejaz Fakhri dan Warda Erina dalam SHMP.
Sejak beberapa hari lalu, sebuah video viral menyaksikan sebuah babak di atas katil bila mana Neelofa secara tidak sengaja telah ‘memperlihatkan’ lurah dadanya selepas tudung dipakainya tersingkap seketika.
Netizen tidak melepaskan peluang berkongsi post tersebut di media sosial masing-masing.
Amat nyata sekali Neelofa tidak sengaja dan klip itu hanya satu saat, namun ia tetap menarik perhatian begitu ramai orang.

"Saya tidak pandang kedudukan terima hantaran RM15,000" – Ridzuan Hashim

SHAH ALAM: Anak sulung kepada artis serba boleh, Didie Alias iaitu Nur Dhaniyah Mohd Ridzuan hari ini selamat menamatkan zaman bujangnya. Nur Dhaniyah, 22, sah bergelar isteri kepada Mohd Razishahriman Sabari, 29, seorang pereka grafik, dengan sekali lafaz dan dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, aktor, Ridzuan Hashim. 
Nur Dhaniyah menerima RM300 mas kahwin dan RM15,000 hantaran pada majlis pernikahan yang berlangsung di Dewan N’Dah Mahligai di sini. Majlis pernikahan itu dijalankan di hadapan juru nikah, Ustaz Muhammad Azwan. Didie dan anaknya menitiskan air mata pada majlis yang turut dihadiri oleh keluarga terdekat dan teman rapat kedua-dua belah pihak. 
Didie ketika ditemui melahirkan rasa syukur dan gembira kerana detik penting majlis perkahwinan puteri sulungnya berjalan dengan sempurna. NUR Dhaniyah menerima RM300 mas kahwin dan RM15,000 hantaran pada majlis pernikahan yang berlangsung di Dewan N’Dah Mahligai di sini hari ini. – Foto Syarrizuan Abdul Rashid “Syukur kepada Allah, semuanya selamat dan detik penting ini berjalan dengan sempurna. 
Sebagai ibu saya gembira kini anak saya sudah memasuki fasa baharu hidupnya. “Terima kasih kepada semua yang mendoakan dan saya doakan Dhaniyah dan suami kekal sehingga akhir hayat dan melayari hidup berumahtangga dengan bahagia,” katanya. Majlis resepsi perkahwinan pasangan pengantin berlangsung hari ini di lokasi yang sama.
AKTOR Ridzuan Hashim atau nama sebenar, Mohd Ridzun Hashim, 54, dan bekas isterinya, Didie Alias, 41, terima menantu sulung dalam majlis di Shah Alam, hari ini.
Anak sulung mereka, Nur Dhaniyah, 22, selamat diijabkabulkan dengan Mohd Razi Shahriman Sabari, 29, tepat 10.30 pagi. Mereka juga dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan dengan sekali lafaz.Ridzuan berkata, dia sangat bersyukur anak sulungnya selamat bertemu jodoh dengan lelaki pilihan yang diyakini mampu membimbing anaknya ke akhirat.
“Saya tidak melihat pada kedudukan, harta dan wang ringgit dalam memilih kriteria menantu. Saya menilai pada ilmu agamanya.
“Saya mahu anak perempuan saya bertemu jodoh dengan lelaki yang boleh membimbing mereka di dunia dan akhirat. Itu saja,” katanya. Ridzuan berkata, sebagai bapa dia juga tidak menghalang anak-anaknya berkahwin awal dalam usia muda.
Pada acara akad nikah itu, Nur Dhaniyah menerima wang hantaran RM15,000 dan mas kahwin, RM300 berserta tujuh dulang hantaran daripada pihak pengantin lelaki.

Nora Sedih Kerana Suami Tak Beri Sokongan Sertai GV3

LUAHAN sedih penyanyi Nora di laman Facebook baru-baru ini yang menyatakan suaminya, Johan Nawawi tidak memberi sokongan terhadapnya dalam penyertaan di program realiti Gegar Vagaza 3 (GV3), mendapat perhatian peminat.

Mengulas hal itu, Nora berkata, dia tidak berniat memburukkan suaminya, sebaliknya sekadar luahan hati selepas berdepan pelbagai tekanan.

Menurut Nora, suaminya yang juga komposer  tidak begitu memberikan sokongan terhadapnya kerana merasakan dirinya mampu menempuh pertandingan itu dengan mudah selain tiada masa sibuk bekerja.

Bagaimanapun, bagi Nora, penyertaannya dalam program realiti itu bukanlah semudah yang disangka, tambahan pula ianya membabitkan persaingan antara penyanyi profesional.

“Saya faham, suami terlalu sibuk. Mungkin juga kerana sudah terbiasa melihat saya bekerja keras sepanjang menjadi penyanyi, jadi tiada yang berbeza pada matanya apabila saya menyertai GV3.

“Suami beranggapan setiap persediaan yang dibuat sama seperti persembahan biasa lain. Saya sempat tegur dan beritahu, menyertai program realiti membabitkan penyanyi profesional adalah perjuangan besar.

“Sebagai isteri, saya memerlukan sokongan penuh suami untuk terus bertahan mental dan fizikal mengharungi pertandingan ini.

“Jiwa orang seni agak sensitif, jadi saya perlukan sokongan moral yang sangat tinggi untuk terus kental selagi bertahan,” katanya kepada BH Online.

Pada masa yang sama, Nora meluahkan rasa syukur apabila luahan itu tidak dipandang negatif sebaliknya mendapat kata-kata semangat dari para peminat yang mahu dirinya terus kuat berjuang dalam GV3.

GV3 telah pun mula bersiaran sejak Ahad lalu menyaksikan 12 bintang bertanding.

Mia Ahmad Rancang Berkahwin Dengan Penjaga Gol JDT

Pelakon Mia Ahmad mengakui sedang merancang untuk berkahwin dengan penjaga gol kelab bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Mohd. Izham Tarmizi Roslan, 25.

Bagaimanapun pasangan ini masih belum mempunyai tarikh yang sesuai memandangkan jadual Izham agak padat ketika ini.

“Saya sudah berkenalan selama setahun. Setakat ini hubungan kami sudah direstui keluarga. Jujur kami selesa dengan hubungan ini.

“Jadual Izham hanya akan dikeluarkan pada bulan Disember ini. Jadi memang tidak mungkinlah dalam waktu terdekat,” katanya ketika ditemui pada sidang media Anugerah Skrin 2016, di sini hari ini.

Izham dan Mia atau nama sebenarnya Shamiha Ahmad Baderi, 28, mula berkenalan setahun lalu.

Hubungan mereka mula dihidu media selepas gambar sambutan hari jadi Mia di sebuah kafe di Johor Bahru tersebar. Bagaimanapun sebelum ini Mia kerap berdolak-dalih mengenai hubungan tersebut.