Baru Sehari Bersalin,Elly Mazlin Umum Dah Bercerai?

Baru sehari kita mendengar berita gembira daripada pelakon Elly Mazlein bahawa dia sudah selamat bersalin anak perempuannya, kini Elly mengumumkan berita yang lebih mengejutkan apabila mengesahkan bahawa dia sudah bercerai talak satu dengan suaminya Azmi Hatta sejak tahun lalu.

“Sudah tiba masanya saya memaklumkan perkara ini memandangkan saya sudah selamat bersalin. Jadi, tidak perlu lagi timbul sebarang spekulasi berkenaan hubungan kami selama ini,” kata Elly seperti yang dilaporkan Harian Metro.

Walaubagaimanapun, Elly memilih untuk tidak berkongsi punca perceraian itu kerana seboleh-bolehnya dia mahu menjaga aib bekas suaminya.
“Saya perlu kuat berdepan semua ini. Saya tidak mahu menjadikan perkara itu sebagai penghalang untuk saya meneruskan hidup.

“Saya tetap tidak akan bercerita punca perceraian kerana masih menghormatinya sebagai bekas suami. Apatah lagi, dia pernah menjadi insan tersayang dalam hidup saya.

“Kalau saya menjaga aibnya, saya percaya Allah SWT juga menjaga aib saya. Jadi, saya tidak mahu timbul sebarang masalah selepas ini,” katanya.

Elly selamat melahirkan anak perempuan seberat 2.5 kilogram di pusat perubatan di Kuala Lumpur pada petang kelmarin. Elly dan Azmi mendirikan rumah tangga pada 9 November 2014

Sumber:ohmedia.my

Lana Nodin Mengamuk Pasal Status Anak

Kadang kadang kami pelik juga dengan segelintir manusia lebih lebih mereka yang banyak luangkan masa di internet untuk memetik kesalahan orang walau sebesar hama. Lana Nodin bukan nama asing dalam menjadi perhatian golongan sebegini.

Pelakon itu baru baru ini mendedahkan yang beliau telah selamat melahirkan anak pertamanya pada Januari 2016 yang lalu dan pendedahan ini menjadi bahan untuk segelintir peminat untuk mempersoal usia kandungan sebenar Lana Nodin.

Malah ada yang turut mempersoalkan status anak pertama pasangan itu selepas membandingkan tarikh pernikahan mereka dengan tarikh kelahiran bayi itu. Banyak betul masa mereka mencongak dan berteka teki tentang hal peribadi orang lain.

Dalam kenyataan terbaru menerusi Instagram, Lana Nodin melahirkan rasa kurang senang beliau dengan tindakan golongan tersebut dan menegaskan tidak akan memaafkan mereka yang memfitnah status anaknya.

“Pada sesiapa yang komen buruk pasal anak I bukan saje di sini malah di blog blog, di sosial media yg lain saya dan suami takkan maafkan anda sehingga hujung nafas kami selagi anda tak minta maaf pada kami terang terang seperti mana anda buat keputusan nak jadi keyboard warrior sangat walaupun sebesar zarah terdetik pasal buruk anak atau maruah keluarga saya,” sebahagian tulisan Lana Nodin di Instagram.

Gambar Che Ta Dan Keluarga Sekitar Di Tanah Suci

Selamat menjejakkan kaki di Tanah Suci bersama keluarganya, Che Ta berkongsikan beberapa keping gambarnya ketika berada di sana. Perkongsiannya itu juga mendapat reaksi positif daripada peminat yang turut sama-sama dapat pergi ke sana suatu hari nanti.
Selain pujian dan doa, masih ada lagi pengikutnya di laman Instagram yang masih mempertikaikan gaya fesyen Che Ta. Sebelum ini, Che Ta sendiri pernah menyatakan bahawa dia tidak menghiraukan perkara negatif kerana lebih banyak perkara lebih penting untuk difikirkan.
Kali ini, Che Ta menjalankan ibadah umrah bersama dua anak lelakinya dan juga Aaisyah Dhia Rana serta ahli keluarganya sendiri tanpa ditemani suaminya, Zain Saidin. Semoga dipermudahkan segalanya di sana. Kami kongsikan beberapa keping gambar sepanjang mereka berada di Tanah Suci. Enjoice!

KANTOI!! Skandal baru Zizan Razak Di Dedah Kepada Umum

BERITA-HARIAN.NET – Panas!!! Gambar Zizan Dengan Dato Shareen Al Mashoor, Siapa Sebenar Beliau? ada apa-apa ke? foto dato last sekali amat mengejutkan kami… 
BIAR BETUL NI????
opss.. tunggu dulu. sila baca sampai habis..  Tapi benarkah Ini Kekasih Zizan razak terbaru? menjadi tanda tanya dan persoalan….  dan di beritakan Netizen beberapa kali teserempak dengan mereka berdua dan sangat mesra sekali…. mohon Zizan Tampil menjawab!
Sebelum itu jom kita layan beberapa keping foto Dato Shareen Al Mashoor yang sangat cantik dan manis orangnya.

Difahamkan beliau juga seorang yang dermawan dan sopan santun. Kalau nak tahu lebih lagi, korang layanlah foto2 dibawah ni…