Kisah Pengantin Tersilap Suami

Seorang pengantin perempuan di bandar ini yang ingin menyambut perkahwinannya dengan mengadakan seks pada awal pagi selepas majlis itu berlangsung terkejut apabila menyedari lelaki di atas katil bukan suaminya, tetapi pengapit pengantin lelaki.
Bagaimanapun, tak ada gunanya dia menyesal kerana benda sudah terjadi, lapor akhbar Xinhua.
Pengantin perempuan itu yang dikenali sebagai Huang saja, dikatakan pergi ke bilik mandi pada awal pagi selepas malam majlis perkah.
Dia dengan seronok kembali ke bilik yang disangka biliknya dan mula meraba lelaki berkenaan yang disangka suaminya.
Sebenarnya lelaki itu ialah pengapit suaminya ketika majlis perkahwinan mereka dan dia tidak menyedari bahawa dia sudah mengadakan seks hinggalah sejurus selepas hari mula cerah.
“Tolong! Tolong, saya dirogol,” jerit wanita itu sebaik menyedari kesilapannya.
Semua penghuni rumah berkenaan mengelilinginya. Dan selepas perbahasan hangat, mereka memutuskan cadar kotor keluarga itu tidak boleh dibasuh secara terbuka dan pengapit terbabit perlu membayar pampasan kepada pengantin baru itu sebanyak 20,000 yuan.
Keputusan itu bagaimanapun dibantah pengapit terbabit yang mendakwa dia tidak melakukan sebarang kesalahan dan tidak mempunyai wang untuk diberikan kepada pasangan pengantin itu.
Pasangan berkenaan kemudian mengheretnya ke balai. Tetapi polis enggan menyiasat kes itu kerana berpendapat apa yang berlaku tidak mencapai tahap merogol.
Kerana kecewa, mereka kemudian memfailkan tuduhan rogol terhadap lelaki itu di Mahkamah Rakyat Bandar Napo. Bagaimanapun, mahkamah juga menolak kes itu dengan berkata, tidak ada keganasan atau paksaan digunakan oleh pengapit berkenaan.

Jom senyum-senyum tengok video ni 🙂

“Memang patut Elly Mazlein keluar, kita nak tengok persembahan hebat bukan drama” – Ogy Ahmad Daud

Masih lagi hangat dengan kontroversi Elly Mazlein tersingkir dari Gegar Vaganza 3 minggu ke-4. Bukan tersingkir tapi beliau sendiri yang tarik diri sebenarnya. Puncanya adalah, terasa hati dengan komen ‘belas ihsan’ dari Ramli MS ataupun Tok Ram…
Bagai menambah bara yang tersimpan, Ogy Ahmad Daud menerusi Instagramnya mengeluarkan komen pedas mengenai Elly Mazlein. 
“Memang patut Elly Mazlein keluar, kita nak tengok persembahan hebat bukan drama” – Ogy Ahmad Daud..
Bagi kami, yang mencipta drama itu Astro dan Elly Mazlein hanya jadi mangsa keadaan. Hehe kami bukanlah team kak lina sangat pun, cuma rasa tak adil dia diperlakukan begitu biarpun sebenarnya Elly memang antara dalam list ramalan kami yang keluar awal. Sekali lagi, namun ianya seperti tak adil. Elly berhak dapat komen yang lebih positif…..
Apa lagi, IG Kak Ogy pun dikecam netizen….

Lelaki Ni Pakwe Baru Selena Gomez Ke?

SIAPA lelaki Melayu yang berpeluang naik satu kereta dengan penyanyi antarabangsa Selena Gomez ni? Teman lelaki baru Selena ke?

Lepas dibuat pemerhatian baru perasan gambar-gambar ini semua diedit oleh lelaki ini, Aqil Eizzat bagi menunjukkan gambaran seolah-olah Selena berada di sebelahnya dalam kebanyakan foto yang dimuat naiknya.

Sebelum ini pernahan gambar peminat setia Remy Ishak yang gigih mengedit fotonya bersama pelakon kacak itu.

Yelah, kalau dah minat setengah mati tu, semua pun jadi gigih kan.

Samalah macam ‘die hard fans’ Selena Gomez ni.

Lepas ni agak-agaknya peminat artis mana yang rajin nak edit gambar, acah-acah artis tu ada di sebelah dorang eh?

"Saya tidak pandang kedudukan terima hantaran RM15,000" – Ridzuan Hashim

SHAH ALAM: Anak sulung kepada artis serba boleh, Didie Alias iaitu Nur Dhaniyah Mohd Ridzuan hari ini selamat menamatkan zaman bujangnya. Nur Dhaniyah, 22, sah bergelar isteri kepada Mohd Razishahriman Sabari, 29, seorang pereka grafik, dengan sekali lafaz dan dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, aktor, Ridzuan Hashim. 
Nur Dhaniyah menerima RM300 mas kahwin dan RM15,000 hantaran pada majlis pernikahan yang berlangsung di Dewan N’Dah Mahligai di sini. Majlis pernikahan itu dijalankan di hadapan juru nikah, Ustaz Muhammad Azwan. Didie dan anaknya menitiskan air mata pada majlis yang turut dihadiri oleh keluarga terdekat dan teman rapat kedua-dua belah pihak. 
Didie ketika ditemui melahirkan rasa syukur dan gembira kerana detik penting majlis perkahwinan puteri sulungnya berjalan dengan sempurna. NUR Dhaniyah menerima RM300 mas kahwin dan RM15,000 hantaran pada majlis pernikahan yang berlangsung di Dewan N’Dah Mahligai di sini hari ini. – Foto Syarrizuan Abdul Rashid “Syukur kepada Allah, semuanya selamat dan detik penting ini berjalan dengan sempurna. 
Sebagai ibu saya gembira kini anak saya sudah memasuki fasa baharu hidupnya. “Terima kasih kepada semua yang mendoakan dan saya doakan Dhaniyah dan suami kekal sehingga akhir hayat dan melayari hidup berumahtangga dengan bahagia,” katanya. Majlis resepsi perkahwinan pasangan pengantin berlangsung hari ini di lokasi yang sama.
AKTOR Ridzuan Hashim atau nama sebenar, Mohd Ridzun Hashim, 54, dan bekas isterinya, Didie Alias, 41, terima menantu sulung dalam majlis di Shah Alam, hari ini.
Anak sulung mereka, Nur Dhaniyah, 22, selamat diijabkabulkan dengan Mohd Razi Shahriman Sabari, 29, tepat 10.30 pagi. Mereka juga dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan dengan sekali lafaz.Ridzuan berkata, dia sangat bersyukur anak sulungnya selamat bertemu jodoh dengan lelaki pilihan yang diyakini mampu membimbing anaknya ke akhirat.
“Saya tidak melihat pada kedudukan, harta dan wang ringgit dalam memilih kriteria menantu. Saya menilai pada ilmu agamanya.
“Saya mahu anak perempuan saya bertemu jodoh dengan lelaki yang boleh membimbing mereka di dunia dan akhirat. Itu saja,” katanya. Ridzuan berkata, sebagai bapa dia juga tidak menghalang anak-anaknya berkahwin awal dalam usia muda.
Pada acara akad nikah itu, Nur Dhaniyah menerima wang hantaran RM15,000 dan mas kahwin, RM300 berserta tujuh dulang hantaran daripada pihak pengantin lelaki.

‘Derma Mata Kepada Kekasih yang Buta, Tetapi Lepas Celik Dia Ditinggalkan’

Ada seorang gadis yang buta akibat kemalangan jalanraya. Dia sangat membenci dirinya kerana tidak dapat melihat seperti dulu. Dia hanya menyayangi teman lelakinya yang mencintainya tanpa syarat. Selalu berada di sisinya di saat susah dan senangnya.

Dia memberitahu teman lelakinya bahawa dia akan sedia berkahwin dgn teman lelakinya jika dia dpt melihat semula.

Suatu hari ada orang yang sanggup menderma anak matanya untuk gadis ini.

Selepas pembedahan dan balutan dibuka, dia gembira kerana dapat melihat semula, termasuk teman lelakinya.

Dia sangat terperanjat melihat keadaan diri teman lelakinya yg juga buta.

Teman lelakinya berkata “Sekarang awak sudah dapat melihat. Sudikah awak berkahwin dengan saya?”

Sekarang hatinya berubah kerana memikirkan masa hadapannya bila berkahwin dengan si buta.

Akhirnya dia menolak lamaran teman lelakinya yang menagih janji gadis ini.

Akhirnya teman lelakinya berkata “Baiklah. Saya akan pergi meninggalkan awak selama-lamanya”

Tetapi dia berkata lagi “Cuma tolong jagakan penglihatan yg awak miliki sekarang sebab pada suatu masa dulu penglihatan mata itu kepunyaan saya”.

Begitulah kehidupan.

Hari ini sebelum kita marah makanan yang tidak sedap dimasak oleh isteri atau ibu kita, fikir dulu, kenangkan ada yang kelaparan tidak ada makanan untuk dimakan.

Sebelum kita memarahi isteri kita, kenangi orang yang terpaksa hidup sendirian.

Sebelum kita mengeluh dengan kerenah anak kita, kenangi orang yang tiada mempunyai zuriat langsung.

Sebelum kita mengeluh berjalan jauh, kenangilah ada orang yang tak mampu berjalan.

Muka Iras Johan, Penjual Jus Ini Jadi Viral

SATU rakaman video yang dikongsi menerusi laman Facebook Metafora Anafora memaparkan seorang lelaki yang dikatakan memiliki raut wajah iras pelakon dan pelawak tanah air iaitu Johan Raja Lawak.

Individu berkenaan merupakan seorang penjual jus buah-buahan dikenali sebagai Awie berdasarkan nama yang tertera pada banner yang terdapat di belakangnya.

Jika dilihat sekali imbas, memang wajah Awie saling tidak tumpah macam Johan. Malah senyumannya juga seakan-akan sama.

Video yang tersebar itu dirakam oleh seorang wanita yang kebetulan berhenti untuk singgah di gerai milik Awie untuk membeli jus buah-buahannya.

Menerusi video itu, pelanggan wanita tersebut sempat mengajukan beberapa pertanyaan kepada Awie sama ada dia mempunyai pertalian persaudaraan dengan pelawak tersebut.

Namun Awie menjawab bahawa mereka tiada sebarang pertalian persaudaraan tetapi mengiyakan dia adalah salah seorang daripada peminat Johan.

“Abang memang tak ada saudara dengan Johan ke?,” tanya wanita tersebut.

“Oi takde. Kalau peminat Johan aku cakap yer… Ai yer pulak,” balas Awie sambil ketawa.

Menurut seorang pengguna Facebook iaitu Rahimah Mohd Yusof, kelibat Awie sering dilihatnya menjual air di sekitar tapak pasar malam Taman Sri Manja dan Taman Medan.

Manakala Ziana Ana pula berkata,”Apa tak kenalnya jual jus buah-buahan kat pasar malam.”

Video itu telah ditonton lebih 8.5 ribu pengguna Facebook sejak dimuat naik semalam.

"Kalau tak laku juga, tak payahlah jual langsung lepas ni,” – Mia Sara

Pelakon kanak-kanak popular, Mia Sara Nasuha kini merupakan usahawan berjaya sebagai penjual tudung kanak-kanak.
Mia yang kini berumur 11 tahun telah mengalirkan air mata ketika menceritakan pengalaman sedihnya ketika mula berniaga dulu.
Pelakon cilik ini menceritakan kisah lamanya itu kepada hadirin di majlis pelancaran jenamanya itu bertempat di Hotel Royal, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Walaupun Mia masih lagi kecil, tetapi itu tidak menghalangnya untuk menceburi bidang perniagaan tudung dan busana menerusi jenamanya sendiri, Mia Sara (MS) Couture.
Pengalaman saat mula-mula mahu berjinak-jinak dalam bidang perniagaan memang memeritkan.
Mia berkata dia bersama ayah dan rakan kongsi Mohad Azman Bermula dengan hanya menjual tudung secara kecil-kecilan di bawah khemah di Kampung Batu.
Pernah satu ketika tidak ada seorang pun pelanggan yang datang dan membeli tudungnya.
Ini komen Mia:
“MS Couture ni pada mulanya sangat kecil. Masa tu kami jual tudung bawah khemah jer, di Kampung Batu. Pernah ada ketika, tiada seorang pelanggan pun yang datang membeli tudung Mia.

“Sampaikan pernah Mia rasa macam putus asa dan cadangkan pada papa agar buat saja jualan secara online tapi kalau tak laku juga, tak payahlah jual langsung lepas ni,”

“Tapi hari ini Mia bersyukur dan tak sangka MS Couture ni semakin besar dan Mia sekarang sudah ada jenama tudung sendiri. Segala penat lelah dan usaha keras saya, papa dan rakan kongsi kami abang Azman berbaloi.

“Tambahan selepas Mia diundang oleh TV Al-Hijrah dan berpeluang mempromosikan koleksi tudung saya, jualan tudung saya semakin mendapat sambutan,”

Mia Sara menahan dari mengalirkan lebih banyak air mata ketika mencerita perkembangan perniagaannya itu.
Mia Sara Nasuha sebelum ini membuat keputusan untuk berhijab dan berniaga menjual tudung.
Tahniah buat Mia Sara.

Senarai 10 Artis Ini Telah Berstatus Janda Hot Namun Kelibat Mereka Di Nanti Penonton

Ini list yang paling terbaru untuk tahun 2014. Semua artis ini memang meletop habis, tapi dah rezeki jodoh tu tak panjang maka mereka pun dapat status janda walaupun bukan mereka yang mahukan semua ini terjadi.
Liza Abdullah
Walaupun sudah berusia 32 tahun beliau masih lagi menjaga imej dan personaliti yang pastinya membuatkan ramai yang akan tertarik melihat dia yang tidak dimakan usia.
Raja Azura
Pelakon, pengacara, juri rancangan realiti tv dan juga penyampai radio ini merupakan seorang yang menjaga susuk badan dan penampilannya. Pernah mendirikan rumah tangga dan mempunyai 3 orang anak bersama bekas suaminya, Azmin Tan Sri Osman.
Jasmin Hamid
Pelakon dengan imej seksi, mempunyai seorang anak selepas bercerai pada tahun 2007 dengan Ian Rashid Macquistan.
Noniswara
Pada tahun lalu dia bercerai dengan seorang ahli koprat, Datuk Rozman Rizwan dan sehingga hari ini dia kekal solo. Bermata seksi pastinya mampu memikat sesiapa sahaja.
Norish Karman
Sepi dari dunia hiburan setelah berkawin dengan ADUN Negeri Sembilan. Namun, selepas bercerai dia membuat kemunculan semula dengan imej yang lebih mantap dan lebih memikat.
Rita Rudaini
Bekas isteri kepada pemain bola sepak negara, Aidil Zafuan. Dilihat bersunguh mempertahankan rumah tangga yang dibina namun kehendak Allah mengatasi segalanya. Akur terpaksa berpisah dengan Aidil. Tampak jelita dan bahagia dengan adanya dua cahaya mata bersamanya. 
Maya Karin
Pelakon berdarah Jerman ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Steven David Shorthose. Namun setelah dua tahun berkawin mereka berpisah juga. 
Nabila Huda
Mempunyai seorang anak bersama Zaidi Zailani. Namun, berpisah pada tahun 2008. Perpisahan tidak menjadikan dia lemah, malah dia yang dikenali dengan imej yang lasak terus berusaha untuk meneruskan hidup bersama anaknya.
Nora Danish 
Pada tahun 2008 penceraian Nora Danish begitu mendapat tumpuan orang ramai. Diceraikan semasa mengandung anak pertama, Putera Rayqal Rizal Ashram. Sekarang ini sudah pun mempunyai kekasih namun belum mengumumkan bila akan membina rumah tangga sekali lagi. 
Sari Yanti
Nama penuh: Sari Yanti Mohamad Nazari
Nama Komersial: Sari Yanti
Asal: Kuala Lumpur
Tarikh lahir:  9 November 1984.
Adik-beradik: Anak kedua daripada tiga beradik. Pendidikan:  Pemegang Diploma Pengajian Perniagaan daripada Universiti Tenaga Nasional (UNITEN). Drama: Annisa, Kisah Kaisara, Suria Di Cordoba, Geng Kampung Pisang, Anugarah Terindah
Filem : Impak Maksima, Misteri Jalan Lama
Erra Fazira
Bekas ratu cantik Malaysia pada tahun 1992, Erra menjadi pilihan no 1 admin kerana dia merupakan janda kuasa dua. Pernah berkawin sebanyak 2 kali. Namun, kedua-dua perkahwinan itu tidak dapat diteruskan. Wajahnya yang kekal cantik sehingga hari ini pastinya memukau setiap mata yang memandang.

Jom Lihat Foto Janna Nick Ketika Berumur 12 Tahun

Secara tiba-tiba nama gadis cantik yang senang dipanggil dengan nama panggilan Janna Nick ini semakin menjadi sebutan di bibir peminat slot Akasia Drama TV3, apabila gadis muda yang baru menceburi dunia lakonan sekaligus menjadi pelakon utama bagi drama terbaru slot Akasia TV3 yang bertajuk Syurga Nur.
Walaubagaimanapun jikalau disingkap semula Biodata Janna Nick atau Nurul Jannah sebenarnya ini bukan pertama kali sebenarnya melakonkan drama. Kerana sebelum ini Janna Nick pernah tampil dalam beberapa drama termasuklah Jodoh, Jodoh 2 dan juga Pada Syurga Di Wajah Mu.
Nama Penuh : Nurul Jannah binti Muner
Nama Komersial : Janna Nick
Keturunan : Cina, Pakistan & Thai
Tarikh Lahir : Tahun 1995
Tempat Lahir : Sungai Petani, Kedah
Umur : 20 Tahun (2015)
Adik Beradik : Anak ke 2 daripada 4 beradik
Biodata Adik Perempuan Nurul Jannah : Nurul Balqish binti Muner (11 Tahun) diangkat menjadi School Cheerleaders