Suami, Isteri Anda Menanti 5 Pujian Ini..

Dulu waktu masih bercinta, lelaki cenderung untuk manis sekali. Mereka murah memberi pujian, romantis, bahkan kadang berlebihan dalam memberi perhatian. Tapi itu semua berubah ketika masuk dalam dunia pernikahan. Lelaki jadi “datar” dan cenderung lebih senyap. Padahal tidak sadarkah mereka, Anda para isteri perlukan lima ucapan ini:,
1. “Wah, (sebutkan bagian tubuh) awak cantik sekali”

Cubalah spesifik ketika memuji isteri. Contoh mudahnya,”Wah, baju itu sesuai dengan kulit putih awak, bagus sekali.” Di mata wanita, ucapan macam ini memberi pecutan semangat. Artinya Anda menyetujui sesuatu mengenai pilihannya. Selain itu, pujian seperti ini menandakan betapa Anda memberi perhatian pada dirinya.
2. “Awak ibu yang baik”
Hai kaum Ayah, menjaga dan membesarkan anak itu susah setengah mati. Maka itu sedikit penghargaan atas usaha para ibu untuk melakukannya sangatlah berarti. Memberi pujian macam ini akan melambungkan perasaan isteri Anda dan membuatnya makin sayang pada Anda.
3. “Awak baik sangat untuk saya..”
Isteri adalah satu-satunya yang peduli dengan kerapian baju yang Anda kenakan pagi ini, apa yang Anda makan, dan bagaimana kesihatan Anda. Maka itu tidak ada salahnya menghargai kebaikan yang dia tebarkan pada Anda setiap harinya. Ucapan sederhananya boleh dimulai dengan kata hanya “Terima kasih.” Itu sudah cukup bagi wanita bernama isteri.
4.”Awak kurus”
Semua wanita akan melayang dengan pujian sederhana macam ini. Kenapa? Kerana tubuh ramping semampai menjadi simbol wanita yang menarik, terutama menarik di mata Anda sebagai suaminya. Selain itu, ucapan ini akan jadi pelecut agar ia boleh hidup sihat dengan mengurangi makanan berlemak dan mulai berolah raga.
5. “Saya suka sangat masakan awak yang tadi”
Lelaki, tahukah Anda bahawa tidak semua wanita suka memasak? Kalaupun suka, belum tentu mereka mau melakukannya. Kerana itulah pujian bernada klise ini diperlukan. Wanita boleh mendengar ucapan ini karena itu artinya segala usahanya bersusah payah di dapur akhirnya membuahkan hasil.

Muka Cantik Sangat Dah. Tapi Alamak Kaki Pulak Macam Hmmm…

gambar hiasan
Muka Dah Lawa Kaki Berkulat
Assalamualaikum.
cerita ni pasal diri aku sendiri, bukan nak mengumpat pasal orang lain ke ape..aku nih asal dari keluarga biasa kat kampung, so memang dari kecik aku sibuk dok terkejar-kejar main kat parit ape la..balik main, mandi ala kadar je..so memang kerap kaki gatal-gatal, so aku garu sampai puas ati..berdarah berair sume la..mane nak kisah, takde maknanya nak pikir nanti tinggal parut ke ape sebab kecik lagi..so sebab mandi pun gaya kerbau, daki tu tak betul-betul sental tau..macam ko tengok jamban,kalau tak sental, lama-lama daki kat dinding jamban tu memang hitam cenggitu la..takkan putih dah even ko guna ajax ke ape..camtu jugak la kaki aku..sebab kecik dulu tak penah pikir pasal ni, so parut and daki tu da lama sangat mastautin kat kaki aku, lama-lama die dapat taraf PR la..tapi jangan ingat parents aku pengotor pulak, tak tegur ke ape..ye, dorang tegur gila-gila..tapi adik beradik aku ramai, so takdenya die nk spotcheck…asalkn aku mandi cukup la..
so sekarang umur aku da dekat tengah 20-an..masalah die sekarang ni, aku takut sangat ngan kaki aku nih..parut banyak, daki mati pun banyak..cane aku nak kawen?mesti terkejut beruk bakal laki aku..berbalik pada tajuk, kalu aku ni memang muka pun berkerak, hitam kusam, macam predictable la kulit aku kat kawasan aurat ni camtu jugak kn (bukan maksud aku yang muka banyak masalah tu combo sekali bermasalah seluruh tubuh tau..kawan aku yang muka penuh jerawat nanah 1 muka yang teruk amat pun,kalau tengok kaki die, mesti terkejut..kaki putih melepak gaya model-model kat tv tu..so, maksud aku, setengah orang ada yang pikir, kulit muka da tak cantik, probably kulit badan yang terlindung tu tak cantik jugak..arap paham explanation murni aku ni)..
aku ni memang pakai sarung kaki tau..nak keluar rumah memang aku sentiasa pakai, maybe sebab biasa dok hostel time study dulu, wajib pakai kan..tapi dalam start degree baru aku instikhomah pakai..
so, kisahnye, orang selalu puji dari belajar lagi, pakai ape kulit cantik..aik, xmakan sayur pun kulit cantik? untungnye..tu persepsi orang bila tengok aku sebab dorang sume nilai dari muka ngan tangan aku aje..tapi dorang tak tau, tiap kali orang cakap camtu, aku sedih giler sebab aku tau disebalik sarung kaki aku,memang kaki aku teruk gila..daki mati banyak, parut banyak..
abes tu korang pikir,nape tak try sabun tu, produk tu, cara tu..entahlah..since aku aware pasal nak jaga kecantikan ni, dah banyak cara aku try..sampai aku penah dengar orang cakap tonyoh ngan batu bukit kat tempat daki tu..lama-lama hilang la..aku punyalah tekun tonyoh hari-hari sampai kulit aku melecet berdarah kot..tapi daki dok kat situ jugak..asalkan ada produk untuk daki degil, mesti aku beli..tapi macam tak berkesan je..parut ni, ubat parut mahal pun aku dah beli..tapi takda pun ura-ura die nak pudar..sebab dengarnya parut yang 2tahun kebawah je senang nak hilang..after tu, memang susah giler la..so logik kot sebab ni parut aku garu kecik-kecik dulu lagi..
tahap insecure aku nih, sampaikan aku stress sangat pagi-pagi raya ke nak g raya rumah pak sedare sebelah rumah (aku tak pakai stoking sebab jarak 2 meter je sebelah rumah and tu rumah pak sdare aku).kan kalau orang tua dok bersila ramai-ramai kat lantai,ko nak masuk dalam rumah, ko kena lalu depan dorang untuk salam sorang-sorang sambil tunduk hormat lebih kurang tu..serius memang aku takut dorang pandang kat kaki, nanti nampak kaki aku yang hodoh ni..pstu, dulu time aku kapel kat matrik dulu, masa tu jahil sikit la..tak pakai sarung kaki, so tiap kali dating,bila pakwe aku tunduk ke bawah ke, mesti aku terus buat-buat tanya something..sebab nak distract die dari tengok lama-lama kat bawah,nanti terpandang kaki aku..
tiap kali singgah masjid nak solat pun, aku jeles sangat tengok kaki depa nih..kan kat tempat wuduk, mesti kene selak kain/seluar..so boleh nampak betapa flawless, putih sihatnye kaki dorang ni..aku rasa memang tak pelik orang yang ada kaki cantik ni sebab majoriti sume orang yang aku tengok, sume takde masalah kaki pun..either biasa tak bermasalag, or memang lawa sangat..
tambah stress bila tengok cerita ke, kawan yang cari calon ke, dorang cakap nak pilih calon nih, selain tengok muka,kene tengok kaki jugak..kalau muka cantik, kaki buruk, reject!
yes, instead of orang lain yang ada masalah jauh lagi besar, ape lah sangat masalah aku nih kan..aku dah syukur, tapi kalu ada sape- sape yang ada solution terbaik untuk dapatkan kaki cantik, please share..please please..produk pape ke yang ok sebab aku memang takut sangat nanti kawen esok-esok, suami aku jijik tengok kaki aku..luaran tu tak penting, hati tu no 1 kan..tapi kalu memang yang nak datang dekat pun sebab luaran, tak ke masalah nanti bila tengok kaki aku..
ok, tu je..tq in advance kalau ada yang suggest solution untuk masalah aku..
– kaki cantik please

MENGAPA SAYA TAK PERNAH MARAH PADA ISTERI SAYA LAGI! PENGAKUAN SUAMI.

MENGAPA SAYA TAK PERNAH MARAH PADA ISTERI SAYA LAGI!
(Pengakuan jujur Seorang Suami)
Ini rahsianya…
Sewaktu berbulan madu di negara orang, isteri saya melihat seekor kucing yang nakal. Dia pun mengajak kucing yang nakal itu bermain. Tapi, tak diduga kucing nakal itu menggigit tangannya. Isteri saya tersenyum dan memberi amaran pada kucing itu sambil berkata
“SATU…”
Kemudian isteri saya kembali mengajak kucing nakal itu bermain. Sekali lagi kucing nakal itu menggigit tangan isteri saya sampai berdarah. Isteri saya kembali tersenyum dan berkata: 
“DUA…”
Saya mulai was-was. Tapi isteri saya dengan tenangnya mengajak kucing nakal itu kembali bermain. Sayangnya, kucing itu kembali menggigit tangan isteri saya. Isteri saya berkata pada kucing itu sambil tersenyum: “TIGA…” dan isteri saya mengambil pistol dari begnya dan menembak kucing itu sampai mati.
Saya marah kepada isteri saya: “Mar, kamu sudah gila ka?” Isteri saya memandang saya sambil tersenyum dan berkata: “SATU…” 
Sejak itu saya tidak pernah marah lagi kepada isteri saya.
-SEKIAN-
Nota kaki: Ala, petang-petang macam ni jangan serius sangat kan…😊😊😊
.
Sumber : Rozie Baiduri

Perempuan ini Lemah Bila di Puji – Dato Red

Dato Red, tidak semena-mena nama suami Adira ini menjadi hangat sejak beberapa bulan ini apabila foto beliau merangkul pinggang pelakon Ruhainies viral di media sosial.
Sejak daripada gosip berkenaan, ramai netizen yang melabelkan Dato Red sebagai seorang buaya darat yang menggunakan kemewahannya untuk memikat gadis-gadis.
Namun, Dato Red menyangkal dakwaan berkenaan dan mengakui dirinya seorang “playboy” sejak dahulu lagi.
Buat Dato Red, kecaman yang beliau terima dari orang ramai pasti akan ada hikmah untuk dirinya nanti. Dalam erti kata lain, beliau tidak kisah dikritik.
” Mungkin orang kata, saya bila kaya, (jadi) playboy. Tidak, saya bawa lori sayur pun saya sudah playboy.

Perempuan bukan semua yang pandang harta. Pandai bercakap, pandai melayan saja. Perempuan ini lemah (apabila) dipuji. Tidak semestinya (lelaki) ada harta.

Saya suka orang kecam saya. Macam hero Hindustan, kalah dahulu tetapi penghujungnya menang. Saya akan ingat siapa kecam saya.Tetapi penghujung nanti mereka sukakan saya. Saya hendak begitu. “

Walaupun sudah mempunyai dua orang isteri, Dato Red akui beliau ingin menggenapkan kuota empat isteri dalam tempoh dua tahun lagi. Pada waktu itu beliau akan berusia 40 tahun.
Menurut Dato Red, seorang lelaki itu tidak akan pernah puas dengan apa yang mereka miliki.
” Lelaki memang tidak pernah puas. Macam perniagaan, saya tidak puas. Impian saya, saya hendak kahwin empat sebelum umur 40. Saya hendak buat versi baru (pelawak) Salih Yaacob. “

Pada masa yang sama Dato Red mendedahkan beliau memang berniat untuk memikat dan memperisterikan Ruhainies, tetapi sejak video mereka berdua tersebar, niatnya itu menjadi terbantut.
Malah, kenyataan beliau tentang ingin mencari wanita muslimah untuk dijadikan isteri hanyalah alasan semata-mata kerana kesian melihat Ruhainies dikecam.
” Kenyataan di Berita Harian itu kenyataan yang betul. Kenyataan di Utusan, saya kasihan dengan nasib Ruhainies, orang semua akan kecam dia. Dia baru hendak naik.

Jadi, saya yang bukan dalam bidang itu, biarlah orang kecam saya. Sebab itu, saya alihkan kepada (ciri) muslimah. Jadi saya cuba alihkan isu itu.  “

Pernah Diuji Dengan Tumor Di Kepala, Nasihat Nazim Othman Buat Pesakit Yang Senasib

Siapa tak kenal pelakon kacak Nazim Othman yang kini sedang femes dengan drama terbarunya Lara Aishah. Baru baru ini, beliau sudah menamatkan zaman bujang nya bersama cinta hatinya Bella Dally. Memang wedding of the year betul kan? Sama cantik, sama padan.
Namun, di sebalik kegemilangan kehidupan Nazim Othman yang sekarang. Beliau sebenarnya pernah diduga dengan cabaran yang sangat besar. Beliau di sah kan mempunyai tumor di dalam kepala. Memang berat dugaan tu. Semalam, di laman Instagram nya beliau memuat turun satu gambar di mana mendapat perhatian ramai netizen.

Sumber : IG Nazim Othman

Lelaki Ditahan Imegresen Hanya Kerana Muka Sudah Berubah Lepas Kurus

CEMAS… Demikian yang dirasai seorang lelaki Malaysia apabila ditahan pihak imigresen Hong Kong ketika pergi melancong di negara itu, pada bulan Ogos.

Semuanya gara-gara pihak berkuasa negara itu meragui pasport miliknya, kerana wajah dirinya kini tidak sama dengan gambar dalam buku itu.

Dek kerana itu, Syahir ditahan selama 30 minit dan terpaksa berdepan dengan pelbagai soalan bertalu-talu termasuk adakah passport itu miliknya.

Jom kita baca pengalaman Syahir ditahan di luar negara dan mengapa wajahnya berubah? Ini kisahnya…

Aku pun ada cerita jugak. Last bulan 8 aku pergi Hong Kong, tersangkut kat imigresen Hong Kong sebab apa?

Sebab aku punya rupa lain, dulu masa aku renew pasport tahun lepas Oktober memang gemuk, so bulan January dulu aku start diet and etc. So kurus lah.

Kena tahan dalam 30 minit jugaklah depan immigration kena jawab soalan ni;

Can I have your name please? What is your dob?
The purpose come here? It is you? (referring pasport aku)

Then muka ketat lepastu nak dekat selesai tu diorang siap tanya aku lagi,

You so thin now, exercise a lot? (Dia buat jogging punya sign)

Aku nak tergelak pun ada and cuak pun ada. Member dah lepas dah. Aku sorang je hahahaha.

Setelah hampir 30 minit disoal siasat, barulah pihak berkuasa negara percaya lalu melepaskannya.

Sementara itu, netizen yang membaca pengalaman Syahir terkekeh-kekeh ketawa membayangkan nasib lelaki itu.

Memang benar, dapat kuruskan badan merupakan idaman semua orang tapi kalau sampai berubah wajah dan berbeza daripada dokumen pengenalan memang sukar orang lain mahu percaya. Haha…

Apa pun, sentiasalah kemas kini dokumen agar tidak mengelirukan orang lain. Nanti tak pasal-pasal timbul pula masalah lain.

Pengantin Rela Diraba Demi Kumpul Duit Untuk Berbulan Madu

JELIK dan memalukan. Seorang pengantin perempuan sanggup membenarkan tetamunya meraba payu daranya pada majlis perkahwinannya semata-mata bagi mengumpul wang untuk berbulan madu. Video mengenainya telah tersebar dan dikatakan berlaku di utara China.

Dalam klip tersebut, tetamu lelaki tidak melepaskan peluang untuk meraba payu daranya dan mereka terpaksa berbaris untuk berbuat demikian.

Selepas itu mereka menghulurkan wang kepadanya. Bukan sahaja lelaki, kaum wanita juga tidak melepaskan peluang untuk memegang payu dara pengantin wanita terbabit.

Bagaimanapun identiti wanita itu tidak diketahui dan mereka yang menonton video terbabit menyatakan video tersebut sebenarnya dirakamkan di Thailand.

Ia merupakan sebuah kelam malam kabaret dengan pengunjungnya adalah pelancong China. Apapun perbuatan perempuan itu memang memalukan dan menjijikkan.

Jika betul dia mahu mengumpul wang untuk berbulan madu, bukan itu caranya. Dan persoalan yang timbul, di manakah suaminya dan kenapa dia boleh membiarkan isterinya diperlakukan demikian?

(6 Foto Sweet) Neelofa Dengan Fattah Amin Mabuk Bercinta Dalam Diam?

Rasanya baru sahaja bukan berita Fattah Amin putus cinta bersama Sherry Ibrahim mendapat perhatian ramai.

Terbaru, timbul pula khabar angin mengatakan Fattah sudah pun bertemu pengganti. Eh, biar betul? Apa yang memeranjatkan kami ialah Fattah dikatakan sedang hangat bercinta dengan pelakon terkenal Neelofa.
Menurut sumber portal Astro Gempak, bibit-bibit percintaan antara Fattah dan Neelofa timbul ketika kedua-duanya digandingkan didalam drama berepisode Suri Hati Mr. Pilot.
Tambah sumber Astro Gempak, sejak daripada terlibat didalam drama berkenaan, mereka sering menghabiskan masa berdua sahaja.
Malah, jika anda perhatikan Fattah dan Neelofa juga sering memuat naik foto mesra berdua di laman Instagram masing-masing yang mesra dan rapat.

Sejauh mana kebenaran khabar angin ini tidaklah kami ketahui, tetapi jika benar mereka sedang bercinta  apa salahnya? Fattah Amin dan Neelofa pun masih lagi solo kan?.  Contohnya Amar Baharin dan Amyra Rosli, sejak digandingkan bersama dalam beberapa drama, timbul rasa cinta dalam hati dan akhirnya bakal disatukan tidak lama lagi. Apa pendapat anda? Sesuai tak Fattah dan Neelofa cer bagi pandagan sikit? 

Sumber Berita : Astro Gempak


(6 FOTO) Disebalik Tabir Foto Pra Perkahwinan Amar Baharin Dan Amyra Rosli Yang Sweet

Mereke Bakal bernikah pada 11 November depan, pasangan sejoli ini Amar Baharin dan Amyra Rosli telah menggunakan kesempatan ketika menjalani penggambaran drama di Cardiff untuk merakamkan foto pra perkahwinan mereka yang bakal berlangsung tidak lama lagi…

Khas buat para peminat tegar Amar dan Amyra, berikut kami bagi special dan sertakan beberapa lagi foto disebalik foto pra perkahwinan mereka dengan membaca entri ini sepenuhnya saksikan.

Jaga Dia Tau – Faye Kusairi Mengaku Bercinta Dengan Azmi Hatta, Ini Sindiran Elly Mazlein?

Image result for Faye Kusairi Mengaku Bercinta Dengan Azmi Hatta, Ini Sindiran Elly Mazlein?
Pagi ini nama pelakon Faye Kusairi menjadi bualan hangat netizen apabila beliau mengaku sedang menjalinkan hubungan percintaan bersama bekas suami penyanyi Elly Mazlein iaitu Azmi Hatta. Namun, Faye memberitahu beliau bukanlah punca rumah tangga Elly dan Azmi retak.

Susulan pengakuan Faye itu, Elly menerusi akaun Instagramnya telah memberikan responnya dengan memuat naik turun gambar anaknya beserta satu ‘caption’ yang seolah menyindir. Hmmm
Berkawan rapat selepas 2 bulan penceraian

Image result for Faye Kusairi Mengaku Bercinta Dengan Azmi Hatta, Ini Sindiran Elly Mazlein?
Saya mengakui berkawan rapat dengan Azmi tetapi ia berlaku sejak Disember tahun lalu iaitu kira-kira dua bulan selepas mereka bercerai. Saya menafikan menjadi punca perceraian mereka.
Ketika perceraian mereka saya sedang bercinta dengan orang lain dan selepas saya putus cinta barulah saya kenal Azmi. Itu pun selepas saya meminta Azmi menunjukkan bukti perceraiannya.
Saya tidak akan rapat dengan dia jika saya tahu dia masih suami orang.
Menurut Faye Kusairi dia mula rapat dengan Azmi selepas 2 bulan penceraian. Dia juga meminta Azmi menunjukkan bukti penceraiannya bersama Elly Mazlein
‘Terima kasih kakak Faye Kusairi’

faye
Elly memuat naik turun gambar sejurus mendapat tahu perkhabaran berita bahawa mereka berdua ‘sah’ bercinta.
igelly1
Beberapa hari lepas,  ada satu foto yang dimuat naik Elly berkaitan bahaya fitnah nampaknya mempunyai persamaan dengan foto yang dimuat naik Faye beberapa hari sebelum itu. Walaubagaimanapun, Elly menafikan khabar angin yang beliau seakan menyindir Faye.
igelly1
Saya tak pernah membuka mahupun mengikuti perkembangannya di Instagram. Jadi, tak mungkin saya meniru atau menyindirnya.
Salah faham Elly Mazlein dan Faye Kusairi masih berterusan tanpa noktah. Masing-masing  mempunyai isu tersendiri. Apa-apa pun, kita tidak boleh menunding jari kepada mana-mana pihak kerana hanya mereka sahaja yang tahu kebenarannya.