Wahai Isteri, Nasihatilah Suami untuk Shalat Berjamaah

Sebagai seorang istri, kita harus mematuhi apa-apa yang diperintahkan oleh suami selagi apa yang diperintah itu sesuai dengan syariat Islam. Namun kadangkala, di saat kita mengerti ketentuan yang ada dalam Islam, malah suami yang belum mengerti akan hal itu. Misalnya mengenai anjuran seorang laki-laki yang seharusnya mengerjakan shalat berjamaah di masjid.
Jika hal itu terjadi pada suami Anda, tentunya Anda tidak boleh tinggal diam. Sebagai istri, Anda memiliki kewajiban untuk mengingatkan atau menasihati suami Anda. Selagi apa yang dinasihatkannya itu bukanlah perbuatan yang diharamkan oleh Allah SWT.
Suami yang tidak suka shalat berjamaah di masjid, sama hal nya dengan meremehkan shalat berjamaah, yang pada dasarnya merupakan perintah dari Allah SWT. Dan apa yang diperintahkan oleh Allah itu merupakan sesuatu yang mengandung nilai manfaat untuk orang yang melakukannya. Maka, ketika suami enggan shalat berjamaah, ia telah kehilangan kesempatan emas untuk memperoleh ganjaran dari Allah SWT.
Untuk itu, sebagai istri nasihatilah suami Anda, tentunya dengan langkah-langkah yang sesuai dengan syariat. Yakni, hendaknya nasihat disampaikan dengan penuh kelembutan dan cara-cara yang baik. Karena, hal itu lebih dapat diterima dan lebih dapat bermanfaat. Dan bagi Anda yang menasihati suaminya, insya Allah, Allah akan memberikan ganjaran berupa pahala kepada Anda. 
Wallahu ‘alam.

Tahukah Anda Apa Maksud Sebenar Garis Putih Di Kuku?

Semua manusia ada kuku. Kuku sebenarnya terjadi dari struktur protein keras yang disebut keratin.
Namun begitu kuku juga boleh dijangkiti penyakit tanpa kita sedar. Pasti banyak di antara anda pernah mengalami sendiri atau melihat tanda garisan putih di kuku.
Kehadiran garisan putih itu sering dikaitkan dengan beberapa mitos.

Ini Antara Mitosnya

Kuku Kiri
-Akan mengalami kerugian
-Akan terkena musibah
-Ada yang mahu berhutang
-Ada yang berdendam kepada anda
-Jodoh akan diambil orang
-Banyak pengkhianat

Kuku Kanan
-Akan mendapat wang
-Kesenangan akan menghampirimu
-Ada yang mahu bayar hutang
-Ada seseorang yang simpati kepada anda
-Akan bertemu Jodoh

Senarai di atas hanyalah mitos semata-mata. Jangan risau.

Perkara Sebenar
Sebenarnya garisan putih di kukuini dipanggil ‘leukonikia’. Menurut kajian yang dilakukan tanda putih pada kuku adalah disebabkan oleh beberapa faktor.
Fakta Garis Putih Pada Kuku

-Reaksi alergi terhadap ubat, pewarna kuku atau pun pengeras kuku.
-Kekurangan nutrisi seperti kalsium, protein, zinc, vitamin A, B, C, D dan zat besi, kalsium dan sulfur.
-Indikasi mempunyai penyakit serius seperti Hepatitis, Sirosis, Ginjal, Diabetes, Malaria, Anemia dan banyak lagi.
-Akibat kulit terlalu kering
-Dehidrasi (kurang air)
-Jangkitan bakteria atau kuman pada kuku
-Cedera ringan yang membuat kuku terluka

Jika anda mempunyai tanda seperti itu, jangan khuatir kerana perkara ini memang ‘common’ dan sering terjadi. Jika anda risau, boleh berjumpa dan mendapatkan pendapat dari doktor.
Selain berjumpa doktor, anda juga disaran mengambil buah yang mengandung vit C, pengambilan protein daging tanpa lemak,dan makan sayuran yang mempunyai serat tinggi.

8 Petua Untuk Halau Tikus Dari Rumah

Kadangkala apabila rumah sudah lama dan penuh dengan barang-barang terpakai, haiwan perosak tikus mula menyerang.
Jika ada masalah tikus, kenalah cepat-cepat hapuskan! Bahaya dari segi kesihatan dan juga merosakkan rumah.
Kalau dari segi kesihatan, penyakit kencing tikus semenangnya boleh membunuh.

Di sini ada 8 petua untuk menghapus haiwan perosak ini.

Jom Baca:
1)Lada Hitam
Ambil lada hitam serbuk dan taburkan di kawasan tikus.
2)Perangkap tikus
Perangkap memang terbukti berhasil. Boleh  beli di kedai atau buat sendiri. Sila google perangkap tikus DIY. Mudah je buatnya. Letak perangkap dan umpan di tempat yang disyaki ada tikus.
3) Jering
Sediakan jering bersama tangkai hingga kering di dapur.
4)Kulit durian
bau durian yang tajam membuatkan tikus tidak suka. Boleh cuba letak sehari dua di kawasan tikus. Tapi siap sedia dengan bau semerbak seluruh rumah dengan durian. Hehe
5)Serai wangi
Serai wangi sememangnya berfungsi untuk menghalau haiwan perosak. Ini termasuk tikus.
6)Bela kucing
Bela kucing, dan selalunya sikap semula jadi kucing, ia boleh membunuh tikus
7)Daun pandan
Keharuman bau pandan menyebabkan tikus tak suka untuk mendekati kawasan itu.
8) Kapur barus atau racun tikus
Tabur kapur barus yang telah dihancurkan menjadi serbuk di lubuk tikus.
Ini adalah antara tipsnya. Bolehlah cuba

Takut Gemuk? Berus Gigi Di Waktu Malam Boleh Buatkan Anda Kurus!

Ada macam-macam cara yang anda boleh lakukan untuk kuruskan badan seperti bersenam dan menjaga pemakanan dengan megambil makanan yang sihat.
Tapi bukan senang nak kuruskan badan. Kena disiplin dan bersungguh-sungguh, kalau tidak impian anda nak badan langsing hanya hangat-hangat tahi ayam je.
Sebenarnya ada cara mudah untuk kuruskan badan. Memang sangat mudah iaitu dengan memberus gigi di waktu malam. Biar betul boleh kurus?
Memang betul! Memberus gigi di waktu malam adalah cara terbaik untuk elakkan anda makan lewat malam.
Bila waktu malam je kita akan rasa lapar dan akan ke dapur untuk mencari makanan sebelum tidur. Jadi untuk elakkannya, berus gigi anda sebelum tidur.
Ubat gigi membuatkan mulut anda terasa segar dan buatkan anda hilang rasa lapar. Sisa-sisa makanan yang melekat akan menimbulkan aroma di dalam mulut yang membuatkan otak memberi isyarat lapar.
Yela, bila dah berus gigi mesti tak nak makan dah sebab malas nak berus gigi lagi. Jadi, kalau anda nak kurus dengan cepat, rajin-rajin berus gigi setiap malam.
P/S: Tapi rasanya, ramai je yang tak berus gigi sebelum tidur..

‘Kalau Jumpa Perempuan Macam Ni, Tolong Hargai’ – Redzuan

Oleh Redzuan Abd Manaf
Guys, kalau kau jumpa perempuan macam ini, tolong hargai. Zaman sekarang ini, susah nak jumpa gadis (expecially Melayu) yang suka masuk dapur sendiri. Ramai gadis lebih suka duduk terperuk dalam bilik. Kalau tak selfie, mereka duduk berangan di depan cermin. 
Jangan kisah jika gadis itu nampak macam selekeh. Pakai kain batik, baju t-shirt lusuh (ingatkan kain pengelap kaki), muka pula pucat lesi dah rupa zombie dan kepala pula tertutup dengan tuala mandi macam hantu baru keluar dari perigi. Sebab perempuan macam ini, sekali dia make up, perghh! Keluar korang punya air liur basi. 
Perempuan, kalau dia sudah biasa buat kerja rumah sendiri, inshaAllah kau sebagai lelaki akan terurus selepas berumah tangga nanti. Trust me. 
Mungkin tak semua gadis/perempuan reti masak sesedap mak kau. Tetapi sekurang-kurangnya dia masak dan bukan main beli. Mungkin mereka gosok pakaian tak seelok kau hantar dobi/kedai. Adakalanya mereka membebel mengalahkan mak kau, macam samurai. 
Tetapi percayalah gadis seperti ini kalau kau dapat, kau takkan menyesal. Percayalah kata abang ini. Yang penting kau sebagai lelaki tahu memainkan peranan. Kalau isteri tak cantik, cantikkanlah. Kalau isteri garang, jinakkanlah. Kalau isteri itu solehah, bersyukurlah. Kalau isteri itu dah cukup baik, hargailah. 
Dulu memang abang nak gadis yang cantik, lawa, ada style saja. Sekarang pun taste abang tetap sama (bajet sangatlah). Cuma niat abang totally berubah 360%. Bukan nak mencari gadis/perempuan/isteri cantik untuk bermegah tetapi abang cari yang sama-sama menuju ke jalan Allah dan sama-sama ada, tak kira abang senang ataupun susah. – Redzuan Abd Manaf

Perkahwinan Punca Pintu Rezeki Lebih Luas

Apakah kelebihan bagi orang yang ingin berkahwin? Apabila seorang muslim baik lelaki atau wanita akan berkahwin, biasanya akan timbul pelbagai perasaan akan timbul.
Ada rasa gundah, resah, risau, bimbang, termasuk juga tidak sabar menunggu datangnya si pendamping. Bahkan ketika dalam proses taaruf sekalipun masih ada juga perasaan keraguan.
Inilah khabar gembira berupa janji Allah bagi orang yang akan berkahwin. Bergembiralah wahai saudaraku…

1. “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)
Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.

2. “Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)
Sebahagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang untuk berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan.
Dan yang telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu nilai  gajinya. Dalam fikiran mereka, “apakah gaji ini cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”.
Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang ragu untuk melangkah ke jinjang pernikahan kerana alasan ekonomi.
Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi keperluan keluarga.
Allah akan menolong mereka yang menikah. Allah Maha Adil, apabila tanggungjawab para pemuda bertambah – dengan kewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya, maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih.
Tidakkah kita lihat kenyataannya di masyarakat, banyak mereka yang semula miskin tidak mempunyai apa-apa ketika berkahwin, kemudian Allah memberinya rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya?

3. “Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)
Bagi siapa sahaja yang berkahwin dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah  dalam hadits ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.

4. “Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. (Ar Ruum : 21)

5. “Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina’ “. (Al Mu’min : 60)
Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan pendamping hidup yang agamanya baik, cantik, taat, dan sebagainya.
Dalam berdoa, perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Diantaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, menghadap kiblat, mengangkat kedua tangan, dan lain – lain.
Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Diantaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir dimana Allah ‘Azza wa Jalla turun ke langit dunia, dan pada waktu antara azan dan iqamah,
Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Diantaranya adalah makan dan minum dari sumber yang haram, dan berpakaian dari usaha yang haram serta melakukan apa yang diharamkan Allah,
Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini keberadaan Allah, mengakui bahawa Allah itu tempat meminta, mengakui bahawa Allah Maha Kaya, dan mengakui bahawa Allah Maha Mendengar.
Sebahagian orangapabila jodohnya tidak kunjung datang maka mereka pergi ke dukun-dukun berharap agar jodohnya lancar. Cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam.
Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:
“Barang siapa yang mendatangi peramal / dukun, lalu dia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam”. (Hadis sahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad).
Telah bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Maka janganlah kamu mendatangi dukun-dukun itu.” (Sahih riwayat Muslim juz 7 hal. 35).
Telah bersabda Nabi SAW, “Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan  guna-guna itu adalah (hukumnya) syirik.” (Hadis sahih riwayat Abu Dawud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530), Ahmad dan Hakim).

6. “Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat“. (Al Baqarah : 153)
Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan solat. Agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi dan terbebas dari bid’ah-bid’ah.

7. “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6)
Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung datang. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahawa sesudah kesulitan itu ada kemudahan.
Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surat Alam Nasyrah.

8. “Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad : 7)
Agar Allah  menolong kita, maka kita tolong agama Allah. Baik dengan berinfak di jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan pengajian, dan sebagainya. Dengan itu semoga Allah menolong kita.

9. “Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj : 40)

10. “Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”. (Al Baqarah : 214)
Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim.

Kisah Rawat Bayi Yang Tekena Gangguan Mahluk Halus Menggunakan Air Lebihan Jenazah

Gambar Sekadar Hiasan

Terbaca kisah Ura, teringat saya pada tragedi yang menimpa bayi perempuan saya, ketika itu masih berusia 7 bulan….

Memang tidak bermaya, tidak tidur, tidak menangis, tidak ketawa, tidak makan dan tidak pula menyusu. Hati ibu mana yang mampu menahan bila keadaan anak begitu. Saya bersama suami sering lakukan solat hajat untuk meminta Allah lindungi dan pelihara kesihatan dan kesejahteraan kami sekeluarga….

Masa berlalu sehinggalah rumah ibu di datangi seorang lelaki yang agak berusia lewat 50an dan memperkenalkan dirinya sebagai Cik Man, seingat saya waktu itu hari raya Aidil Adha. Sesungguhnya kami sekeluarga memang tidak mengenali dan tidak pernah pula berkenalan dengan lelaki tersebut. Cik Man tu kata selepas beliau selesai solat Asar tak tahu pulak gerakan hati untuk kerumah itu (rumah ibu)….

Beliau terus saja menjengah ke buaian anak saya sambil mengucap panjang. Beliau terduduk sambil memadang wajah seorang demi seorang…

Beliau kata di dalam buaian itu bukannya anak saya tetapi wajah perempuan tua yang hampir kecut. Ya Allah! Waktu itu rasanya kaki saya tidak mencecah ke bumi, terasa terlerai segala sendi yang ada. Cik Man tu menawarkan diri untuk mengubat bayi saya selama tiga hari(itu pun dengan izin dari Allah…katanya) . Dia meminta saya mendapatkan air lebihan mandian jenazah (air yang masih ada di dalam getah) dengan syarat yang meninggal mestilah seorang lelaki (sebab yang menumpang pada bayi saya adalah mayat perempuan tua bukannya seorang tetapi tujuh orang, benda tu menghuni di setiap sendi bayi perempuan saya) jika saya terlewat bayi saya mungkin turut meninggal….

Sampai ketahap saya berdoa agar adalah makhluk Allah yang meninggal pd hari itu. Hampir tiga jam saya bersama suami bertanya ke sana-sini, mencari rumah orang yang ada kematian. Dgn izin Allah saya terjumpa petang itu, alhamdulilah….

Petang itu Cik Man ke masjid dan dia hanya berpesan agar bayi saya yang sekecil itu dimandikan menghadap ke kiblat berserta sepotong doa yang diberikan. Suami saya terus memandikan bayi perempuan saya seperti yang disarankan oleh Cik Man tadi. Selepas dimandikan separuh badan bayi saya (dari pinggang kebawah) bertukar menjadi lebam. Rupa-rupanya kami
tersilap kerana mana ada jenazah perempuan orang lelaki yang mandikan. Sekali lagi hati saya tidak keruan, mencari hingga ke malam….

Keesokkannya pagi-pagi lagi saya telah ke rumah mayat HSA menanti kalau-kalau ada orang yang meninggal ketika itu. Allah maha penyayang dan akhirnya saya bertemu dengan kawan lama yang kebetulan kematian datuk. Saya meminta izin dari neneknya untuk meminta sedikit air lebihan mandian untuk membuat ubat anak saya. Saya menceritakan dengan linangan air mata, tersentuh hati saya bila nama bayi perempuan saya di sebut. Bila air itu sudah diperolehi terus saja saya serahkan kepada Cik Man (tak mahu ada sebarang kesilapan lagi). Cik Man meminta saya memandikan bayi saya tu tapi saya tidak boleh kerana kedatangan haid, terpaksa ibu yang mengambil alih tempat saya. Cik Man berpesan apa jua yang berlaku pada malam itu beliau meminta kami semua bersabar dan ingatkan Allah banyak-banyak….

Pintu dan tingkap diminta dibuka seluas-luasnya. Cik Man meminta ibu tanakkan sepiring pulut kuning. Benar seperti apa yang Cik Man katakan. Malam itu adalah malam pertama saya mendengar tangisan bayi saya, tangisan yang saya rindu selama beberapa bulan yang lalu. Bayi saya meronta-ronta dan dengan sepontan terasa seperti ada imbasan angin yang keluar terus menuju ke pintu dapur rumah ibu. Dalam masa yang sama terdengar suara ibu memekik dari dapur (seperti suara orang terperanjatkan sesuatu) tutup pengukus pulut itu dipenuhi cecacing dan ulat yang berwarna hitam. Adik lelaki saya mengucap dan terus membuang ulat-ulat itu ke longkang….

Bila kesemuanya telah selesai, Cik Man memberitahu tahu kepada saya,suami dan keluarga yang ada. Ada seorang daripada ahli keluarga yang menziarah orang meninggal dalam kemalangan, kemudian balik dari ziarah terus menegur bayi saya tu. Cik Man cakap itu badi mayat. Kebetulan waktu itu bapa saudara saya pula sampai ke rumah untuk bertanyakan khabar bayi saya. Rupa-rupanya orang yang Cik Man maksudkan itu adalah bapa saudara saya, dia pun akui dan tak sangka perkara itu terjadi kpd bayi saya….

Cik Man menawarkan diri sekali lagi untuk merawat bayi saya sehingga berusia setahun. Saya pernah sekali ke rumahnya dan membawa serba sedikit keperluan dapur untuk dia dan isterinya. Gembira dan bersyukur kerana bayi saya sudah pandai bertatih….

Setelah segala kesulitan terurai saya bercadang untuk menziarah Cik Man sambil membawa sedikit sedekah dan tanda terima kasih. Saya dan mencari alamat rumah spt yang diberikan oleh Cik Man. Apabila saya sampai ke alamat itu saya lihat disitu cuma ada sebuah rumah tinggal yang papannya sudah pun berlumut. Saya bertanya dengan kedai mamak yang berhampiran, tempat saya membeli keperluan dapur waktu pertama kali saya bertandang kerumah Cik Man. Mamak tu kata rumah tu dah bertahun-tahun kosong, tuan rumah tu tak ada waris….

‘Isteri Bersalin Bagai Nak Mati,Suami Di Luar Sibuk Memuaskan Nafsu’

Tadi saya terjumpa seorang kakak melintas jalan besar dengan membawa enam orang anak kecilnya. 
“Nak ke mana mereka ni?” 
Saya nampak mereka menyeberangi jalan besar itu untuk ke klinik. Ada anaknya yang tidak memakai selipar dan nampak sangat selekeh. 
Ya Allah, bahayanya. Sebak bila melihat ada orang yang hidup mereka dalam keadaan susah sebegitu. Ya Allah, selamatkanlah dan mudahkan rezeki buat wanita itu dan anak-anaknya. 
Terus teringat masalah dalam inbox Facebook saya yang begitu banyak. Ketika isteri sedang mendukung anak dengan kedua tangannya, dengan linangan air mata dan peluk, bengkak, terseliuh, luka berdarah dalam menguruskan anak-anak. Isteri usung perut ke sana sini dan bila bersalin bagai separuh mati bertarung nyawa. 
Suami pula mengkhianati kepercayaan dan kebaikan isteri. Suami di luar sibuk memenuhkan nafsu yang tidak pernah puas. Kemudian menyalahkan isteri tak masak, tak kemas rumah, tak cantik dan menyebabkan mereka tidak mahu melayan wanita yang mereka kahwini itu. 
Lebih sedih lagi bila orang lelaki bercerita tentang wanita lain yang dikatanya cantik. Lebih malang lagi bila tengok sukan wanita yang tidak berpakaian sempurna seperti acara renang. Mana sifat malu? Sedangkan malu itu adalah cabang dari iman. Lebih malang bila ada yang mengadu suami menonton video yang memalukan untuk keseronokan, sedangkan ada isteri yang halal dan sempurna. 
Setiap hari mereka saja-saja mahu menyakat isteri, kata nak perempuan sana sini, puji wanita lain secara berlebihan berbanding isteri sendiri. Hari-hari buat gurauan yang memedihkan hati isteri. Like gambar wanita seksi di media sosial, yang bukan saudara kita. Muat naik gambar wanita cantik dalam group WhatsApp dengan kapsyen yang tak baik. 
Mereka juga adalah manusia, yang mana hati mereka juga perlu dijaga seperti mana hati kita yang lelaki perlu dijaga. 
Sekiranya isteri kita boleh berusaha separuh mati, bahkan mati berkali-kali demi kesetiaan suami dan kerana Allah, takkan kita tak boleh berusaha menjaga hati mereka dan berjanji memimpin tangan mereka sehingga melangkah masuk ke syurga? – Ebit Lew

Tips Legakan Batuk & Selsema Anak Guna 2 Bahan Je!

Dengan faktor cuaca dan kebersihan sekarang ini, anak-anak mudah terdedah dengan jangkitan demam, batuk, selsema dan sebagainya. Walaupun dah ambil ubat yang dibeli di klinik masih lagi tak baik-baik.
Apa kata ibu-ibu cuba guna cara yang dikongsi wanita ini pula, hanya sapukan minyak bawang putih di badan anak untuk melegakan batuk dan selsema mereka. Cara nak buat pun memang sangat mudah. Dua bahan je! Lepas ni memang kena buat stok standby okay?
#justforsharing

Lebih kurang 4 hari lepas tergerak jugak hati nak buat ?minyak bawang putih? ni memandangkan batuk anak-anak makin kuat. Nak nak si kakak Ayra. Selang seli ubat & madu, makin banyak pulak bunyi kahak.

Bukan tak pernah ada orang share pasal khasiat minyak nih tapi biasalah sikap tangguh-tangguh bermaharajela. So risaukan kakak dan adik yang malam-malam je batuk kuat sampai muntah-muntah, ibu pun terus buat minyak nih.

Rupanya sangat berkesan!!!!

Malam pertama sapu dekat dada, belakang badan, pangkal hidung, betis dan tapak kaki, malam tuh jugak dedua tidur lena!! Ajaib tak ajaib. Sambil sapu tuh jangan lupa selawat berterusan!! Siang lepas mandi pun sapu jugak. Ni dah 3 malam buat alhamdulillah batuk adik memang hilang. Kahak kakak pun dah tak dengar dah. Kenapalah tak cuba dari awal. CUBA DULU!

Bahan-bahan pun sangatlah senang je
1. baby oil
2. bawang puteh
3. kerajinan ibu masing-masing

Bakar bawang putih dengan kulitnya sekali

Kopek kulit, ketuk sikit biar pecah dan campur dengan baby oil. Kalau botol baby oil tuh kecik, sumbat je bawang tu terus dalam botol. Macam hakak baby oil botol besar, so asing 3 suku masukkan dalam botol lain.

Ini lah hasilnya. Goncang-goncang sikit & terus sapu kat anak. InshaaAllah sangat membantu kurangkan batuk & selsema.


Ikhlas,

-ibu yang lega

Sumber: Ria Suria Sallehin

‘Saya Selalu Minta Maaf Pada Isteri Sebab Tidak Mampu Belikan Dia Apa-Apa’

Saya nak kongsi kisah saya dengan isteri. Kami sudah 7 tahun berkahwin dan dikurniakan 6 orang anak. Isteri saya ini cantik, comel, manja, pandai memasak dan pandai menjaga hati saya serta menghormati saya sebagai suami.
Dulu saya susah, pernah diberhentikan kerja. Saya hanya mampu memberi isteri makan telur dengan kicap sahaja. Pernah sekali di mana selama sebulan kami makan ikan kering, telur kicap sahaja. Tetapi isteri tidak pernah mengeluh. 
Jiran-jiran beli barang kemas baru, isteri tak pernah bersuara apa-apa pun. Jiran dapat shopping baju baru, isteri relax saja dan tak pernah merungut apa-apa tentang kesusahan yang dia alami. 
Kami sama-sama mencari kangkung di parit pun, dia masih mampu ketawa terbahak-bahak sebab dia cari kangkung sampai tergolek-golek dalam parit. Hahaha! Lawaklah si comel saya ini. Sayang betul pada dia, satu-satunya perempuan yang sanggup susah senang bersama saya. 
Saya selalu minta maaf pada isteri sebab tidak mampu belikan dia apa-apa. Tetapi dia sentiasa bisikkan ke telinga saya. 
“Selagi saya hidup, saya akan menjadi pendamping abang walau sesulit mana,” katanya. 
Kami dikurniakan anak kembar dua. Alhamdulillah, semakin lama rezeki kami semakin bertambah. Kini hidup saya dan keluarga lebih senang, ada perniagaan sendiri. Tidak lupa juga saya sentiasa membawa si comel iaitu isteri saya yang sentiasa ada dalam susah dan senang. 
Sekarang saya mampu membelikan apa sahaja yang dia teringin miliki dari dulu. Saya selalu berikan dia hadiah, kerana dia banyak berjasa kepada saya. Paling saya nak beri kepada dia adalah seutas gelang emas yang saya tahu dia sangat mengidamkannya. 
Tidak lupa juga saya berikan seutas gelang emas yang sama kepada wanita yang hebat juga dalam hidup saya iaitu ibu saya.
Saya bawa mereka pergi bercuti bersama anak-anak. Saya peluk mereka dengan erat kerana merekalah pendamping terhebat dalam hidup saya. Saya sayang si comel saya. 
Kepada para suami di luar sana, hargailah isteri dan anak yang banyak berkorban dalam hidup anda. Besar pengorbanan mereka, hormatilah ibu dan isteri kerana isteri juga seorang ibu. Jangan lupa juga pada ibu yang melahirkan kita. – Suami Si Comel (KRT)