Cara-Cara Membuatkan Wajah Anda Gebu!

Cara-Cara Membuatkan Wajah Anda Gebu!

Kulit anjal menjadi idaman setiap wanita, walaubagaimanapun berikutan faktor usia kulit wajah akan berkedut  kerana kehilangan kolagen dan komponen yang selama ini membuat kulit anda menjadi tegang. Ia sememangnya mimpi ngeri buat wanita yang mula meningkat umurnya.

Walaupun kita tidak mampu untuk melawan proses penuaan kulit tetapi ada beberapa cara yang kita boleh lakukan untuk membuat kulit tampak lebih anjal dan sentiasa awet muda.
Putih Telur
Putih telur mengandungi unsur semulajadi bersama hydro lipid yang membantu untuk menegangkan kulit.
  • Pukul 2 biji putih telur sehingga ia menjadi ringan dan gebu.
  • Sapukan pada bahagian muka dan biarkan ia selama 20 minit.
  • Bilas muka menggunakan air sejuk.
Kulit Pisang
Gunakan kulit pisang emas yang sudah masak. Ambil bahagian dalam kulit pisang tersebut dan gosok pada wajah anda secara perlahan-lahan.
Biarkan ia kering dan bilas dengan air bersih. Untuk hasil yang lebih baik amalkan petua ini sekurang-kurangnya dua hingga tiga kali seminggu.
Lemon
Kandungan Vitamin C yang terdapat didalam buah lemon dapat meningkatkan proses penghasilan kolagen yang membantu untuk menegangkan lagi wajah anda dan menghilangkan kedutan.

Gunakan buah lemon segar dan perah untuk mendapatkan jus lemon.

Ambil jus lemon tersebut dan sapukan pada wajah anda.

Biarkan ia serap ke dalam kulit muka dan biarkan selama 10 minit.

Amalkan sehingga dua atau tiga kali seminggu.

Timun
Timun adalah “toner” semulajadi yang menyegarkan kulit dan menganjalkan wajah anda.

Kisarkan setengah biji timun dan ambil jusnya.

Ambil dua sudu bersar jus timun, satu biji putih telur dan 3 titis minyak Vitamin E dan gaul sebati didalam satu mangkuk.

Ambil campuran tadi dan sapu diseluruh wajah ( seakan mask).

Biarkan untuk 15 minit dan bersihkan dengan air sejuk.

    Susu Segar
    Susu segar bukan sahaja untuk diminum. Ia juga boleh digunakan untuk merawat pelbagai masalah kulit wajah.
    Caranya mudah sahaja sapukan seluruh wajah anda dengan susu segar atau susu tepung, biarkan ia kering.  Kemudian bilas bersih dengan air suam. 
    Madu
    Madu cukup terkenal kerana khasiatnya yang mampu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Namun, tahukah anda bahawa madu juga merupakan agen antioksidan dan ati penuaan semulajadi  untuk merawat kulit kedut dan tidak anjal?

    Campurkan 3 sudu besar madu bersama 3 sudu besar jus lemon dan dan 1 sudu the serbuk kunyit ke dalam satu bekas dan  gaul sebati.

    Sapukan campuran tersebut ke muka anda dan biarkan selama 15 minit.

    Bilas dengan air suam dahulu dan kemudian barulah anda basuh muka menggunakan air sejuk.

      Kesimpulan
      Anda harus mendapatkan kulit muka yang anjal agar ia tidak menamppakan peningkatan usia yang ketara. Anda tidak perlu melakukan pembedahan yang mahal untuk tampil awet muda. Apa yang penting anda perlu berusaha sedikit untuk melakukan perubahan.
      Apa Pula Kata Pakar Kami?

      Jika anda tidak mempunyai masa untuk lakukan semua perkara di atas kami ada jalan penyelesaian paling mudah untuk anda terus tampil awet muda.
      • ALORA SKINCARE merupakan satu produk yang sangat bermanfaat daripada segi bahan dan kesannya kerana dirumus dengan herba yang terpilih dan menggabungkan teknologi saintifik untuk menjaga kulit muka anda tanpa memberi kesan sampingan yang sangat dahsyat akibat penggunaan bahan kimia yang melampau.


      ———————————————————————-
      Facebook ALORA SKINCARE HQ DI SINI- Klik Di Sini
      ———————————————————————-


      Faedah Lain:-

      • Menegangkan kulit muka
      • Mengurangkan pigmentasi
      • Mengecutkan jerawat
      • Menyerikan wajah
      • Memperbaiki struktur kulit
      • Memperbaiki keanjalan kulit


                                     Whatsapp  —-> 013-711 2885




      Amalan Pemakanan Sunnah Yang Jarang Masyarakat Amalkan

      Gaya Pemakanan Sihat Yang Jarang Rakyat Amalkan|

      BERCAKAP mengenai amalan pemakanan sihat, setiap individu pasti tahu akan kepentingan dan penjagaannya, malah tidak kurang juga yang mempunyai cara tersendiri untuk makan gaya sihat. Namun demikian, amalan pemakanan sihat haruslah berdasarkan fakta, bukan kepercayaan.

      Sedikit masa lalu pernah diviralkan di alam maya berkenaan gabungan atau padanan makanan yang tidak ideal untuk tubuh sehingga mengakibatkan kematian. Kepercayaan ini bertebaran dari satu penerima ke penerima yang lain sehingga di suatu tahap timbul ketakutan dan persoalan untuk menggabungkan makanan tertentu seperti mana dihebohkan.

      Hakikatnya, sehingga kini tiada satu kenyataan pun yang mengesahkan viral tersebut.

      Begitu pun, kita mempunyai pilihan sama ada untuk mempercayai bulat-bulat atau mengambil pengajaran dari sudut positif atas apa yang diperkatakan.

      Setiap yang berlaku pasti ada sebab dan akibatnya. Tidak salah sekiranya kita mengambil panduan mengenai apa yang disampaikan sekiranya ia mendatangkan kebaikan dan tidak memberi mudarat kepada kita.

      Piramid makanan dan konsep pemakanan sihat

      Tahukah anda mengenai piramid makanan? Piramid makanan dicipta dengan mengelaskan makanan mengikut kandungan zat-zat utama dan fungsinya. Ia terdiri daripada susunan karbohidrat, yang membekalkan tenaga kepada tubuh; protein untuk membina sel-sel dalam tubuh, pembentukan sel darah merah serta tulang dan gigi; vitamin untuk menjauhkan penyakit; mineral dan serat untuk melawaskan serta mencegah penyakit berkaitan usus, sembelit dan buasir.

      Makanan-makanan ini dikelompokkan bagi membantu kita mengimbangi pengambilan pelbagai jenis makanan dalam sajian atau diet kita.

      Kita haruslah memakan semua jenis makanan dalam piramid yang diperlukan tubuh badan kerana tidak ada satu pun makanan yang mampu membekalkan kesemua zat makanan tersebut dalam satu menu. Pilihlah gabungan makanan yang disenaraikan seperti dalam piramid untuk membantu tubuh mencerap keperluan zat.

      Trend pemakanan ke arah obesiti

      Pakar Pemakanan Hospital Beacon, Gurdip Kaur berkata, gaya hidup, trend pemakanan, sikap dan pengaruh persekitaran sekarang mendorong gejala berat badan atau obesiti yang semakin ketara. Obesiti memberi kesan negatif kepada kesihatan tubuh. Ia dikaitkan dengan pakej penyakit kronik iaitu darah tinggi, kencing manis, sakit buah pinggang dan jantung selain menjejaskan sistem reproduksi.

      Jika diperhatikan, kini jumlah penduduk yang mengalami obesiti semakin meningkat. Jika gejala ini tidak dibendung, struktur masyarakat akan semakin lemah kerana sebahagian besar komponen muda mengalami obesiti, sekali gus tidak aktif kerana berpenyakit. Ikuti pendapat pakar pemakanan ini dalam artikel seterusnya berkaitan pemakanan sihat mengelakkan obesiti dan amalan kurus cara cepat.

      Aspek pemakanan Islam

      Dalam aspek pemakanan Islam, umum tahu bahawa diet Rasulullah SAW boleh dijadikan panduan kerana Baginda adalah contoh terbaik yang mementingkan khasiat dan mutu makanan agar mendapat manfaat daripadanya.

      Tiada nas dan dalil yang membuktikan apakah gabungan pemakanan yang dikatakan sebagai amalan pemakanan Rasulullah itu hakikat atau tidak. Namun, mementingkan kesihatan dan mengelakkan kemudaratan itu adalah sunnah untuk diikuti dan kita dituntut meneladani perkara yang baik bagi kesihatan.

      Makan dalam keadaan duduk dan menggunakan tangan kanan adalah amalan agama Islam dan sesungguhnya Islam itu mencakupi semua aspek kehidupan. Islam menjelaskan kaitan makanan dengan perkembangan tubuh dan bagaimana ia mempengaruhi spiritual serta emosi manusia.

      Juga dipaparkan dalam isu minggu ini adalah amalan pemakanan sihat dalam agama yang mudah-mudahan dapat membantu kita dalam pemakanan seimbang. Memastikan aspek kebersihan, status halal dan tanpa was-was semestinya suatu keutamaan.

      Tag kata kunci: Kaki Share, Tips, Petua, Sunnah

      Kesan buruk mengenai sinaran uv yang anda tidak tahu

      Fakta Bahaya Mengenai Sinar UV|

      Kita sering memberikan perlindungan terhadap kulit daripada sinaran ultralembayung (UV – ultraviolet) kerana pendedahan berlebihan boleh merosakkan kulit. Namun, kita tidak menyedari pendedahan berlebihan sinar berkenaan terhadap mata juga boleh merosakkan organ penting itu.

      Seperti mana sinar UV boleh menyebabkan kulit terbakar, berkedut, mengalami penuaan dan menyebabkan kanser kulit, kesan sama juga boleh menjejaskan mata. Kerosakan mata berlaku kerana kira-kira 99 peratus sinar UV diserap oleh bahagian depan mata. Kesan kronik kerosakan mata akibat pendedahan berlebihan kepada sinar UV juga boleh menyebabkan kebutaan.

      Kesan buruk sinar UV pada kelopak mata boleh menyebabkan ia mengalami ‘actinic keratosis’ iaitu tompokan kulit bersisik dan berkerak. Masalah ini jika dibiarkan berlarutan tanpa rawatan, sedikit demi sedikit membentuk kanser kulit pada mata.

      Kornea mata juga mengalami selaran matahari dikenali ‘photokeratitis’ yang menyebabkan mata merah, berair, sakit dan sensitif pada cahaya, manakala pembentukan lemak pada kornea dikenali ‘actinic keratophaty’ mengakibatkan keradangan.

      Konjuktiva iaitu selaput mukus jernih yang menyelaputi mata putih dan melapisi bahagian dalam kelopak mata juga terjejas dengan pembentukan tisu hingga menutup pupil mata (pterygium) dan pembentukan benjolan kuning (pinguecula) hingga mengganggu penglihatan.

      Retina mata juga boleh tercedera akibat terdedah kepada cahaya terang (solar retinopathy), lapisan halus tisu yang melapisi bahagian belakang dalam mata rosak sekali gus menjejaskan keupayaan untuk menghantar isyarat cahaya ke otak (retinal degeneration). Pendedahan sinar UV berlebihan juga meningkatkan risiko katarak iaitu pengeruhan kanta mata hingga mencacat penglihatan.

      Pakar Perunding Oftalmologi Kanak-kanak di International Specialist Eye Centre (ISEC), Dr Choong Yee Fong berkata, kanak-kanak juga orang dewasa mudah terkesan jika terdedah kepada sinar UV yang merosakkan mata.

      Kesan sinar UV didapati kian terkumpul apabila kajian mendapati seseorang terdedah kepada cahaya matahari kira-kira 80 peratus daripada keseluruhan hidupnya sebaik berusia 18 tahun. Kanak-kanak pula mudah berisiko mengalami kerosakan mata akibat sinar UV kerana kanta mata mereka tidak terdaya menghalang kemasukan sinar UV ke dalam mata seperi kanta mata orang dewasa.

      Sejurus dilahirkan, sinar UV tersebar hampir sepenuhnya menerusi kanta mata ke retina kerana kanta mata bayi belum cukup matang untuk menyekat sinar UV. Penyebaran itu berkurangan seiring kanta mata kian matang dan pada usia 25 tahun, kanta mata menyerap semua sinaran UV.
      “Disebabkan kerosakan mata bersifat kumulatif, oleh itu adalah penting untuk kita melindungi mata setiap hari daripada terus-menerus terdedah kepada sinar UV berlebihan atau cahaya terang.

      “Ibu bapa mempunyai tanggungjawab penting dalam penjagaan mata anak mereka kerana kanak-kanak menghabiskan banyak masa mereka dengan bermain bawah cahaya matahari.

      “Malah, dengan menekankan kesihatan mata sejak kecil, ia dapat memupuk tabiat penjagaan mata kanak-kanak berikutan segelintir kerosakan mata tidak dapat dipulihkan dan seseorang boleh hilang deria penglihatannya,” katanya.

      Dr Choong berkata, melindungi mata daripada kesan buruk sinar UV sebenarnya mudah iaitu dengan memakai cermin mata gelap yang ada perintang sinar UV.

      “Kanak-kanak juga perlu dipakaikan cermin mata gelap ketika mereka berada di luar rumah terutama pada hari panas terik kerana setiap selaran yang terkena akan memberi kesan apabila usia meningkat.
      “Malah, sebelum usia mencapai 18 tahun lagi mereka perlu lebih kerap memakai cermin mata gelap berbanding orang dewasa bagi mengurangkan sebanyak mungkin kesan kerosakan pada mata mereka akibat sinar UV,” katanya.

      Menurut Dr Choong, pemakaian cermin mata gelap untuk kanak-kanak juga tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya dan memerlukan nasihat pakar mata kerana dikhuatiri bersandarkan maklumat kurang tepat, tidak merasai manfaat penuh cermin mata gelap dengan perintang sinar UV.

      “Nasihat daripada pakar mata adalah penting kerana bimbang cermin mata yang diguna tidak sesuai dengan mata. Sebelum memilih cermin mata gelap, kanak-kanak digalakkan menjalani pemeriksaan mata kerana alatan yang tidak sesuai boleh menyebabkan kerosakan mata.

      “Apapun, setiap orang patut mengelak melihat matahari secara terus sebaliknya sentiasa melindungi mata dengan pemakaian cermin mata gelap bagi memastikan penglihatan kekal baik bagi tempoh jangka panjang selain mengelak timbul masalah seperti katarak kemudian hari,” katanya.

      7 Cara Mudah Tarik Hati Akak Ipar

      Gambar Sekadar Hiasan

      7 Nasihat Berjaya Tarik Hati Akak Ipar|

      Terikat kerana perkahwinan, hakikatnya anda adalah “orang luar” dalam keluarga. Bukan mudah bagi mereka untuk menerima orang baru lebih-lebih jika anda menantu sulung.

      Seboleh mungkin elak membiarkan gap antara ipar berterusan kerana mereka kini adalah kakak/adik/abang baru anda.

      Yang paling susah sekali ialah mengambil hati kakak ipar. Silap sedikit dia akan report pada mak mentua. Betul tak?

      Jadi, apa yang boleh dilakukan untuk menarik dan mengambil hati ipar duai anda?

      1. Kenalpasti hobi atau minat ipar

      Dengan mengetahui hobi ipar, setiap kali anda berjumpa mereka, anda dapat berkongsi topik tentang hobi tersebut dengan mereka. Lagi-lagi kalau kebetulan punya minat yang sama, memang leka berbual.

      2. Cuba luangkan masa bersama

      Sesekali dating dengan ipar. Bawa ke tempat yang disukainya atau dan luangkan masa melakukan aktiviti kegemarannya bersama-sama.

      3. Alu-alukan kehadirannya

      Setiap kali bila ada perjumpaan keluarga di rumah anda, alu-alukan kehadiran ipar-duai agar mereka tidak rasa kekok malah selesa bertandang ke rumah. Layan dan ajak mereka berbual. Jangan pula anda duduk terperap dalam bilik!

      4. Anggap seperti adik-beradik sendiri

      Bagaimana anda melayan adik-beradik anda dengan mesra, begitu jugalah anda perlu melayan ipar-duai.

      5. Jadi teman

      Jika ipar lebih muda dari anda, bersedialah untuk jadi tempat mereka mengadu.

      6. Ambil berat

      Setiap kali tiba hari lahir dan ulang tahun perkahwinan atau perayaan, jangan buat acuh tak acuh. Anda boleh wish sebagai tanda ingatan dan memberi hadiah.

      7. Sering berkomunikasi

      Kadang-kadang penampilan ipar yang lebih ‘senior’ nampak garang dan tegas. Tapi jangan jadikan ia sebagai penghalang untuk anda terus berbual-bual dan mengenali ipar dengan lebih rapat.