Bahaya, Jangan Amalkan Letak Hirisan Lemon Di Minuman

Hirisan lemon dalam minuman dan makanan semestinya menaikan lagi rasa sekaligus menyegarkan. Lebih – lebih lagi tambahan tersebut mengandungi banyak khasiat untuk kesihatan. Tapi tahukah hirisan lemon tersebut sebenarnya merbahaya?
Menurut sumber, dalam satu hirisan lemon terdapat banyak bakteria yang berpotensi menyebabkan penyakit merebak, malah ada yang mengatakan dan menganggap hirisan lemon sama kotor seperti tandas.

Sebuah kajian yang diterbitkan dalam Journal of Enviromental Health pada 2007 menunjukkan bahawa hampir 70 peratus hirisan lemon yang digunakan di 21 restoran yang berbeza mngandungi 25 mikroba yang berbeza.
Perkara ini berkemungkinan disebabkan lemon tersebut dipegang, dibelek, dipotong dan kemudian dimasukkan ke dalam gelas. Dan jelas sekali kuman merebak dengan mudah melalui aktiviti tersebut.
Oleh itu, elakkan memasukkan hirisan lemon ke dalam minuman anda. Ambil langkah berjaga – jaga dengan hanya mengambil jusnya sahaja bukan hirisan lemon.

Pahala Yang Paling Besar Untuk Suami Adalah Nafkah Yang Diberikan Kepada Isteri Mereka.

 “Satu dinar yang engkau belanjakan untuk perang di jalan Allah SWT dan satu dinar yang engkau belanjakan untuk istrimu, yang paling besar pahalanya ialah apa yang engkau berikan kepada istrimu.” (HR. Bukhari Muslim)

Dari hadis diatas dijelaskan bahwa harta yang diberikan (nafkahkan) kepada keluarganya, lebih utama daripada didermakan harta bendanya untuk perjuangan Islam. Jadi bagaimana sekiranya terdapat isteri yang sering ditinggalkan suaminya dengan alasan dakwah, sedangkan kebajikan anak-anak dan isterinya tidak dijaga dengan baik? Rasulullah SAW memang seorang tokoh pendakwah yang teragung sepanjang zaman, akan tetapi baginda sering memberikan perhatian kepada keperluan dan kebajikan isteri-isteri baginda.
Dari segi nafkah suami kepada isteri, suami perlu sediakan 5 nafkah ini :-
1. Makan minum isteri
a) duit belanja diri (menurut Lembaga Zakat, potongan ke atas isteri adalah RM3,000 setahun. Bila dibahagi 12 bulan…jadi RM250 sebulan. Pun begitu, ia bergantung pada pendapatan/ehsan suami)
b) duit belanja dapur
2. Peralatan mandian  
3. Ubat ubatan / medical
4. Pakaian baru 2 persalinan setahun. Ini termasuk pakaian dalam, telekung, tudung, kasut dll.
5. Rumah yang selesa untuk isteri tinggal dengan aman dan mudah membuka auratnya (tiada yang bukan mahram). Termasuk segala bil berkaitan rumah.
– petikan kuliah Ustaz Fawwaz
Nasihat saya… kepada isteri, bila dah tahu bab nafkah ni, jangan pula demand lebih-lebih hingga di luar kemampuan suami ye. Apa2 pun ikut kemampuan suami. Jadilah penyejuk hati suami dalam segala keadaan. Kalau suami tak mampu, sedikit yang suami bagi tu kita bersyukurlah. Bila bersyukur, moga Allah tambah nikmat dan hidup pun lebih bahagia.
Satu lagi, tolonglah para isteri untuk amanah dengan duit yang suami beri. Misalnya untuk duit belanja dapur, bila memasak tu jangan terlalu berlebihan. Makan berempat saja, tapi masak macam untuk 10 orang. Bila tak habis, simpan peti ais…terlupa pulak nak makan..akhirnya dibuang. Kata ustaz, isteri yang selalu macam ni…isteri yang khianat. Dia tidak amanah. Mungkin dia tak sedar yang perbuatannya itu boleh mendatangkan dosa.
Bagi suami yang isterinya bekerja pula, jangan sedap sangat guna duit isteri tanpa izinnya. Dah lah duit rumah guna potongan gaji isteri, duit dapur pun under isteri….duit makan isteri kat ofis tak pernah hulur…konon cakap, “duit gaji saya, saya simpan untuk emergency..untuk kegunaan kita jugak”….Awak, kalau isteri awak tu tak halalkan, tak lepas nanti awak kat akhirat.
Ada sahabat saya beritahu, suaminya setiap malam sebelum tidur akan selalu minta maaf dan minta dihalalkan jika dia ada teralpa tentang tanggungjawabnya atau ada termakan duit isterinya. Bila suami cakap macam tu…takkanlah kita tegar untuk tidak memaafkan. Betul tak?
Isteri jika bekerja, walaupun memang bukan tanggungjawab kita untuk cover belanja rumah, tapi jika suami memang tak mampu, kita belajarlah untuk sabar dengan ujian ni, belajar untuk redha dan seterusnya bersyukur. Kenapa perlu syukur? Bersyukurlah kerana di sebalik ketidakmampuan suami itu, ada hikmah tersembunyi. Allah rupa-rupanya nak bagi kita pahala besar. Mulai sekarang, segala yang kita belanja untuk keluarga tu niatkanlah sebagai sedekah. Sedekah pada keluarga terdekat, pahalanya sangat WOW melebihi pahala sedekah fisabilillah kata ustaz. Sentiasa ingat, hidup kita di dunia ni untuk kumpul pahala sebanyak-banyaknya. Syurga tu kan mahal.
Sesungguhnya sedekah itu menggugurkan dosa seperti air memadamkan api…juga membentengkan kita daripada api neraka.
Beruntung sekali bagi seorang isteri yang memiliki suami yang pemurah dan tidak berkira kepada diri mereka. Rasulullah SAW merupakan seorang suami yang paling pemurah kepada isteri-isteri baginda, juga kepada sahabat dan kaum keluarganya. Sikap pemurah Rasulullah SAW menjadikan isteri-isteri baginda semakin mencintai dan menyayangi baginda.

‘Walaupun Gaji Besar, Gadis Cantik Ini Amalkan Hidup Orang Bergaji RM 1600’

Mula bekerja dengan gaji kasar RM1,600, ikat perut. Apa wanita ini perolehi sebelum umur 24 tahun? Jangan tak percaya.

Seperti yang selalu orang katakan, tiada kejayaan yang datang bergolek. Semuanya memerlukan usaha, kecekalan dan ketabahan. Ikat perut tidak semestinya tidak makan. Maksud ikat perut adalah menahan diri dari pelbagai keinginan atau kehendak.

Salahkan kalau kita mengorbankan sementara kehendak, korbankan segala keinginan buat sementara waktu untuk memiliki sesuatu yang lebih baik di masa akan datang dengan lebih selesa?

Ramai orang bergaji ‘basic’ hari ini, RM1,600. Ramai yang rasa gaji sebanyak itu tidak mencukupi. Bila gaji naik sampai ke RM3,000 pun masih rasa tidak mencukupi. Naik RM5,000 pun masih tidak cukup sehinggalah gaji mencecah RM10,000 pun tak pernah rasa cukup.

Gaji bukan menentukan kecukupan, yang penting berapakah simpanan kita untuk setiap bulan.

Apa yang beliau berjaya lakukan ialah mengekalkan gaya hidup orang yang bergaji RM1,600 walaupun gaji sudah naik dan mendapat komisen dari sales yang diperolehi serta kerja-kerja part time seperti menulis, event crew dan online admin management.

Simpan dahulu sehingga mencapai satu angka yang akan membuatkan anda selesa dan ‘create character’. Selepas itu barulah memiliki kehendak yang anda mahukan selama ini. Pada waktu itu anda akan memilikinya dengan selesa, bukan lagi sebagai satu bebanan.

Dulu, dia juga merasa mustahil bila saya kata boleh bila saya mula buat review. Hari ini, beliau merasai sendiri kesannya yang sangat positif. Tiada apa yang mustahil bila kita berusaha dan cekal. Biarlah kita yang mengatur kewangan, bukannya kewangan yang menguasai dan mengawal hidup kita. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya.

Saya nak kongsikan sikit beberapa perkara yang telah berjaya dicapai oleh beliau di usia 24 tahun agar dapat menjadi inspirasi kepada orang ramai terutamanya golongan belia.
Beli kereta Perodua Myvi (Disewakan)
Pembiayaan ASB RM200K, Teknik Compounding (tak usik dividen).
Rumah Teresa Superlink baru 5 bilik dan 5 bilik air.
Simpanan yang besar setiap bulan. (Semua komisen, OT, income part time job yang disimpan. Beliau hanya menggunakan gaji basic untuk survive).
Beli kereta Subaru XV (Personal car).
Pembiayaan pengajian telah dilangsaikan.
Tidak mempunyai pinjaman peribadi.
Tidak pernah memiliki kad kredit.

Anda tidak mahu menjadi seperti beliau? Ubahlah diri anda sekarang. Tiada istilah terlambat jika kita nekad dan mahu memulakan perubahan.

Ini Syafieqah A’lya, masih bujang dan belum berpunya. Siapa yang nak buat menantu, bolehlah isi borang. Duit hantaran saya ambil 25%

‘Hidup Mati Itu Atas Kehendak Allah, Bukannya Kanser’ – Bekas Penghidap Kanser Tahap 4

Home Hangat Santai ‘Boleh Tak Mama Jangan Asyik Marah & Tengking Kitorang Lagi?’
Hidup Mati Itu Atas Kehendak Allah, Bukannya Kanser
Aku adalah salah seorang bekas pesakit kanser tahap 4 yang masih sihat hingga ke hari ni. Tujuan cerita ni aku nak bagi semangat kepada pesakit-pesakit kanser di luar sane terutamanya dari golongan mahasiswa dan mahasiswi.

Aku menghidap kanser seawal usia aku 17 tahun , aku tahu semua ni bila aku medical checkup di kem PLKN .Untuk pertama kali aku dapat tahu tentang penyakit ni , seluruh badan aku mengeleter ketakutan , hati aku berkata ” Ya Allah beratnya ujian yang kau beri ini ” . Aku terkejut dengan apa yang doktor kata ” Adik , adik tahu tak yang sekarang adik positif kanser ” .
Aku terdiam bisu masa tu di sepanjang perjalanan aku pulang ke kem bersama2 jurulatih. Fikiran aku celaru ” Macam mana aku nak bagitahu keluarga tentang penyakit ni ? ” , ” Apa perasan Mak aku bila dapat tahu aku hidap kanser ” , ” Bagaimana kehidupan aku lepas ni ” ,” Adakah hayat hidup aku dah tak lama lagi” ?.

Segala persoalan bermain di minda aku . Keesokan harinya keluarga aku datang untuk jemput aku pulang . Dari mak, nenek dan pakcik aku (ayah aku dah tak ada ) datang dengan wajah yang kerisauan . Aku mintak mereka datang , aku kata doktor nak jumpa mak .
Masa itu lah pertama kali aku lihat tangisan mak aku . Tangisan yang buat aku tak pernah lupa hingga ke hari ini . Tangisan seorang ibu untuk anaknya yang menghidap penyakit kritikal . Aku sebak bila ingat balik saat tu . Mase tu aku tak dapat keluarkan setitis pun air mata . kerana mungkin aku teramat terkejut dan tak percaya apa yang aku ini menghidap kanser .di fikiran mak aku ” Kanser adalah penyakit mati “.Mak aku menangis sepanjang perjalanan,untuk anaknya yang sudah tak lama lagi yang akan meninggal alam fana ini .

2 minggu selepas itu aku dimasukkan ke wad , keadaan aku semakin hari semakin teruk , darah mula mengalir dari hidung dan mulut , nafas aku makin hari makin pendek . Aku di kejutkan lagi dengan keputusan doktor yang kanser aku hidap ini bukan berada disatu tempat , tapi kanser ni dah merabak ke beberapa tempat yang lain . Kanser aku bermula dari testis lalu merebak ke paru-paru dan limpa .
Aku bernafas ketika tu mengunakan alat penafasan , setiap pagi doktor akan ambik darah , penglihatan aku semakin pudar , saiz tubuh aku mula mengecil ,aku mula mengunakan kerusi roda untuk berjalan, rambut aku mula gugur satu persatu , lidah aku mula hilang rasa ,badan aku teramat panas kerana kesan daripada kimoterapi, Barulah saat itu air mata aku menitis , dengan derita tu . ” Allahu Akbar , aku redha ya Allah , aku redha jika ajal aku sudah hampir , Kalau ajal aku masih panjang, teguhkan aku menempuh ujian-Mu ini “.

Aku ingat lagi pada satu hari , aku di kunjungi oleh beberapa orang (dari jemaah tabligh) yang kebetulan lalu sebelah katil aku . Aku dinasihatkan untuk tabah dengan ujian Allah ini , aku disarankan supaya berzikir dan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW , jangan meninggalkan solat !!! . Ingat Allah ! , ingat Allah !, ingat Allah !. Yakin lah dengan kuasa Allah. Allah sahaja tempat kita bergantung .

Alhamdulillah , selama aku disitu aku menjaga solat ku , aku menjaga zikir dan selawat ku . Berzikir lah setiap hari sekurang2 100x Subhanallah , Perbanyakkan baca al-quran . jika tak mampu solat berdiri maka duduk la , jika tak mampu lagi lakukanlah sambil baring . Ingat lah peringatan ni . laksanakan solat dan doa kepada-Nya

Kekuatan dalaman yang kita dapat ketika solat sangat luar biasa .Kerana ketika kita solat kita merendahkan diri kita kepada Al- Khaliq yakni Pencipta kita . Kita merendahkan diri kita di hadapannya dan kita bergantung kepada-Nya . tetapkan hati kita hanya mahukan Keredhaan-Nya .
Alhamdulillah , aku sekarang sihat dan sudah kembali sedia kala , aku dapat rezeki untuk menyambung pelajaran aku di sebuah ipta tempatan semenjak 2 tahun aku bertarung dengan penyakit ni . Kebanyakkan orang semua ragu-ragu dengan cerita aku ni , sebab kalau tengok diri aku , memang seperti orang yang sihat dan tidak pernah dapat apa-apa penyakit sekali pun . Alhamdulillah . Rawatan aku sekarang hanya follow up di hospital 6 bulan sekali .

Buat pesakit diluar sana , jangan cepat berputus asa , yakinlah ujian yang Allah beri ini kepada orang-orang yang mampu laluinya . Anda mampu . Percaya lah ! ,Orang seperti anda adalah orang yang terpilih . Usaha lah untuk buat rawatan , ikhtiarlah rawatan kampung sekali pun . kalau saya cerita rawatan yang saya pernah buat , lagi panjang lah cerita ni . jadi saya tamat di sini . Jangan tinggalkan solat , banyakkan berdoa , Redha dan terus mara kehadapan melalui liku2 ujian yang Allah berikan ini dengan penuh SABAR.

Bagaimana Buat Permohonan Visa Ke Afghanistan

Mengenal Afghanistan merupakan pengalaman yang cukup indah sekali, negara unik dengan permandangan cantik yang sungguh mempersonakan. Bagi rakyat Malaysia, anda memerlukan visa untuk masuk ke Afghanistan.
Anda mungkin tidak tahu visa Afghanistan sebenarnya boleh dimohon dari Malaysia sahaja. Kepada yang berhasrat untuk berkelana ke bumi Afghanistan di sini kami kongsikan cara mudah bagaimana memohon visa ke Afghanistan.
1. Siapkan Dokumen Penting
Sediakan dokumen perjalanan anda seperti passport, gambar passport, nama lokasi yang ingin dilawati. Ini penting sebagai persediaan awal sebelum di interview. Kalau boleh rancang perjalanan sebaiknya, boleh bertanya dengan komuniti Malaysia yang pernah ke Afghanistan. Jangan risau mereka semuanya baik-baik belaka
2. Isi Borang
Seperti permohonan visa ke negara lain, sila isikan borang permohonan visa anda terlebih dahulu. Boleh download di sini. Untuk laman web kedutaan Afghanistan di Malaysia boleh rujuk di sini.
3. Kedutaan Afghanistan Malaysia
Seterusnya hantarkan borang permohonan visa anda di kedutaan Afghanistan bertempat di Kuala Lumpur.
Alamat kedutaan:
Wisma Sin Heap Lee, 13th Floor,, 346, Jalan Tun Razak, Kampung Datok Keramat, 50400 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
Dekat sahaja dengan Ampang Park. Cari bangunan Wisma Sin Heap Lee.
4. Tempoh Siap
Untuk penghantaran visa sila buat bermula dari 10 am – 2.00 pm, dan untuk ambil visa bermula pada pukul 2.00 pm – 5.00 pm. Jika tiada sebarang halangan, visa anda siap dalam masa 2 hari sahaja.
5. Bayaran
Secara peribadi, bagi saya visa ke Afghanistan paling mahal setakat ini. Bayaran RM336 untuk single entry dan RM500 untuk visa pekerja.
6. Surat Jemputan (Invitation Letter)
Permohonan visa saya tidak memerlukan sebarang invitation letter, ini mungkin disebabkan saya di kira sebagai kakitangan media. Mereka sangat mengalu-alukan kami ke negara mereka.
Tapi jika anda pergi di atas urusan peribadi atau sebagai pelancong, surat jemputan dari warga Afghanistan mungkin diperlukan. Jangan risau, ini tidaklah begitu rumit atau anda boleh cuba tips di sini.
7. Tips
Ketika permohonan visa saya sangat mudah, tidak memerlukan sebarang interview. Tetapi berdasarkan pengalaman pengembara lain yang pernah ke Afghanistan, biasanya anda akan berhadapan dengan sesi interview.
Sangat penting untuk nampak yakin! Dan berbuallah tentang perkara-perkara menarik tentang Afghanistan.

9 Tip Travel Di New York Buat Anda Yang Ingin Ke Sana

Kota Impian, Kota Kebebasan, Kota Epal Besar, Kota yang Tak Pernah Tidur. Pelbagai nama jolokan yang diberikan kepada New York City.
Kota New York (NY) merupakan sebuah kota yang seringkali muncul di kaca TV. Secara tak langsung Kota NY kerapkali sudah kita kunjungi di kaca TV.
Tips 1: Visa ke US
Bagi perjalanan ke New York City (NYC), pengunjung memerlukan Paspot, Visa dan tentunya tiket penerbangan pergi-balik. Pengunjung perlu membuat permohonan visa lebih awal bagi memastikan dapat memperolehi visa sebelum tiba hari perjalanan.
Paling lewat tarikh permohonan adalah dua bulan sebelum perjalanan. Ini adalah kerana permohonan perlu dilakukan secara online, dan pemohon akan dipanggil untuk proses temuduga.
Sekiranya semuanya berjalan lancar, pemohon akan diberikan visa di antara 1-10 tahun. Permohonan lebih awal perlu dilakukan bagi memastikan pemohon tidak putih mata sebab tidak diberikan visa.
Terdapat pelbagai sebab visa tidak dikeluarkan. Antaranya adalah faktor nama. Kerajaan US kadangkala adalah sedikit dramatik dan sarkastik terhadap nama-nama tertentu.
Setibanya di US, pengunjung akan diperiksa sekali lagi bagi memastikan Visa adalah sah dan sebagainya sepertimana di negara lain juga. Sekiranya terdapat keraguan dan sebagainya, anda perlu pergi ke pejabat pemeriksaan lanjut bagi proses pemeriksaan selanjutnya.
Kebiasaannya, anda hanya perlu menunggu lebih lama bagi proses pengesahan.
Tips 2: Lapangan Terbang ke New York
Terdapat dua lapangan terbang utama untuk pengunjung ke NYC, satu di JFK dan satu lagi di New Jersey. Lapangan Terbang JFK mempunyai beberapa terminal bergantung kepada jenis syarikat penerbangan. Sekiranya pengunjung menaiki British Airways, akan tiba di Terminal 5.
Begitu juga untuk perjalanan pulang, pengunjung perlu mengetahui penerbangan apa yang akan dinaiki dan harus mengetahui terminal yang betul untuk pelepasan.
Rancang perjalanan dengan lebih awal dan tiba di lapangan terbang sekurangnya 2 jam lebih awal bagi mengelakkan terlepas penerbangan pulang atau ke destinasi seterusnya.
Pengunjung boleh terus check in di kaunter penerbangan atau melalui porter yang terdapat di pintu masuk. Sekiranya menggunakan perkhidmatan porter, anda perlu memberikan tips yang berpatutan bergantung bilangan beg dan servis yang diberikan. US merupakan kota tips.
Tips 3: Jalan-jalan di Kota New York
Setibanya di NYC, sistem jalanraya di sana adalah berlainan daripada sistem yang digunakan di Malaysia. Sistem jalanraya adalah berbentuk grid.
Untuk ke sesuatu tempat, pengunjung perlu menghafal Street dan Avenue. Biasa di Malaysia tahu nama jalan sahaja, tetapi itu pun belum pasti lagi jalan tersebut berada di mana.
Sekiranya di NYC, anda dah boleh agak berapa blok akan sampai ke lokasi berdasarkan bilangan Street dan Avenue.
Tempat yang wajib dilawati seberadanya di NYC adalah Times Square, Central Park, Brooklyn Bridge, Fifth Avenue, Statue Of Liberty, Rockefeller Square, Empire State Building dan juga WTC Memorial Park.
Pengunjung juga boleh menaiki teksi dan juga subway yang boleh didapati di mana-mana sahaja sekitar New York. Sekiranya pengunjung memilih untuk menaiki teksi, sila sediakan wang tambang beserta tips untuk pemandu teksi. Kota New York adalah kota tips.
Untuk ke destinasi yang lebih jauh, anda boleh menaiki subway.
Tips 5: Cuaca di NYC
Sebelum memulakan perjalanan di Malaysia lagi, pengunjung perlu membuat sedikit kajian berkenaan cuaca di NYC. Ini adalah NYC merupakan negara empat musim.
Jangan hanya memakai t-shirt dan jeans sekiranya cuaca sejuk. Kasut juga perlu bersesuaian bagi keselamatan pengunjung.
Kebiasaannya sekiranya cuaca sejuk dan bersalji, pengunjung perlu memakai kasut dengan tapak yang grip agar tidak terjatuh dan menyebabkan kecedaraan.
Muat turun aplikasi Weather Forecast, bagi mengetahui cuaca harian apabila berada di NYC. Ini membantu pengunjung membuat keputusan yang tepat berkenaan pemakaian dan juga menyediakan patung atau baju hujan sekiranya didapati hujan pada hari tersebut.
Kebanyakan penduduk di NYC bergerak secara berjalan kaki atau menaiki subway. Oleh itu, weather apps sangatlah penting dalam merancang perjalanan seharian di Kota NYC.

Tips 6: Tips Ke Central Park

Central Park merupakan Taman di dalam Kota. Central Park merupakan taman yang agak luas. Sekiranya hendak berjalan kaki diseluruh taman boleh memenatkan.

Sayang sekiranya tidak dapat tengok semua lokasi menarik di dalam Central Park. Belanjakan sedikit wang menaiki beca atau kereta kuda mengelilingi Central Park.

Jika menaiki beca, anda boleh berhenti di lokasi menarik untuk mengambil gambar kenangan. Harga untuk menaiki beca atau kereta kuda boleh dirunding dan harga adalah sekitar USD35-70. Jangan lupa untuk tambah tips.

Central Park merupakan sebuah taman yang agak besar, sekiranya pengunjung memilih untuk berjalan kaki, masa yang perlu diperuntukkan adalah lebih kurang separuh hari.

Sebelum memulakan perjalanan pastikan telah memeriksa cuaca melalui weather apps dan juga memakai pakaian dan kasut yang bersesuaian.

Jangan lepaskan peluang bergambar kenangan di lokasi penggambaran Home Alone dan banyak lagi lokasi penggambaran yang pernah dilakukan di Central Park.

Tips 7: Tips ke Statue Of Liberty

Adalah dinasihatkan pengunjung untuk membeli tiket secara online, bagi menjimatkan masa beratur di kaunter tiket. Sekiranya musim cuti, line untuk membeli tiket, menaiki feri adalah sangat panjang.

Untuk ke Staue of Liberty anda akan menaiki feri. Dalam perjalanan pulang akan singgah di Pulau Ellis, di mana terletaknya imigresen yang mendaftarkan semua imigran yang migrasi ke NY.

Terdapat beberapa jenis tiket Statue Of Liberty, sekiranya hendak naik ke Crown Statue, tiket adalah pada harga berlainan dan limited. Pengunjung perlu membeli tiket lebih awal.

Tips 8: Tips menonton Broadway

Broadway adalah salah satu persembahan yang wajib tonton seberadanya di NYC. Persembahan teater yang mantap di NY.

Tiket boleh dibeli melalui aplikasi di telefon atau terus di kaunter. Buat sedikit kajian teater yang menarik minat anda, kerana setiap teater menayangkan teater yang berlainan.

Phantom of The Opera, Madagascar, Something Rotten merupakan antara Broadway yang menerima kunjungan paling tinggi.

Sekiranya anda ingin mendapatkan tiket pada harga yang lebih murah, anda boleh beratur seawal jam 9 pagi sebelum kaunter tiket dibuka untuk mendapatkan tiket pada harga yang sangat menarik.

Tips 9: Makan-makan di NYC

Alhamdulillah, populasi muslims dan juga makanan halal adalah agak menakjubkan di Kota NY. Terdapat banyak Halal Cart, yang menjual makanan halal di sepanjang jalan.

Sekiranya mahukan makanan Thai. Anda boleh kunjungi Restoran Amina Thai di Queens. Makanannya sedap, tetapi lokasi adalah di luar NYC.

Anda memerlukan kenderaan untuk ke restoran Amina Thai. Tetapi berbaloi sekiranya dah hampir seminggu tak menjamah makanan Asia.

Di NYC juga anda boleh membuat penempahan hotel yang mempunyai kitchenette, untuk memasak dan sebagainya ketika berada di sana. Boleh menjimatkan belanja dan juga menepati selera masing-masing.

Kos/Budget & Tips Jimat Travel di Paris,London,Holland,Istanbul

ok jom tengok huraian kos utk satu2 perkara ni..kali ni i tak share brp kitorang habis utk shopping, kang org kata riak pulak..wakakaka..tp kalau dh sampai paris tu, bawak 30k pon tak cukup uols! kalau jenis tak minat dgn branded item, bawak 1k belanja beli fridge magnet je pon dh cukup sgt
FLIGHT TICKET
hubby book flight tix ni 2 bulan sebelum fly..memandangkan laki cuti 6 bulan takde kerja, maka iols gedik pujuk dia pegi europe..RM 11,600 jumlah harga tiket utk kitorang 4 beranak dari kuala lumpur-paris CDG-amsterdam-istanbul ataturk..faiq infant kena dalam RM 260 je rasanya…farish 70%…kitorang kena dlm RM 3.9k/person…i rasa murah sgt2 dah ni sbb kitorang amik multiple destinations..nak jadikan rezeki, date kitorang ni je dpt harga 11.6k, bila cek date sebelum & selepas tu, semua total 20k ke atas…hubby guna skyscanner, nampak KLM offer murah yg tak perlukan transit…kitorang travel dgn anak2 kecik, memang nak direct flight..
*Tips Jimat Tiket Penerbangan: 
-jgn guna multiple destinations utk 1 flight..cuba naik domestic flight/guna train utk pegi ke satu-satu negara tu..kitorang tak cukup masa nk survey & malas serabut, tu amik je KLM semua senang..lagipon luggage banyak & berat, harapan la nak naik domestic flight…KLM selesa utk anak2
-book awal2, jgn last minute mcm kitorang..tengok musim yg tak ramai org pegi
-cari flight yg ada transit…tapi perlu diingatkan, transit ni walaupon murah tp korang akan letih & rugi masa!
ACCOMODATION
utk penginapan, korang boleh compare kat trivago kalau nk tengok hotel mana murah..atau book melalaui airbnb..kitorang dh lewat sgt book, maka kat airbnb tu byk yg tak available & semua jarak tu jauh dari tempat yg nak lawat
1. PARIS
kat paris kitorang stay apartment 3 malam..total 3 malam RM 1,600..alhamdulillah kitorang dpt apartment yg cantik, bersih & lengkap semuanya..perabot & interior pon mcm baru ganti…syok masak2 kat sini semua ada…mula2 berdebar giler nk pegi apartment ni sbb dah lepas book baru baca byk sangat bad review…rezeki kitorang dpt yg sangat2 elok! jarak dengan metro station/train pon dekat, kitorg mmg jalan kaki je…supermarket pn banyak area ni & tempat ni selamat bila malam…cuma yg tak bestnya apartment ni tentang pengurusan dia…kitorg kena amik kunci kat office dia, jarak jauh sgt dgn apartment ni mmg kena naik teksi…pulak tu check in pukul 5pm, kitorg sampai awal pagi drop luggage dulu kat bilik khas…mmg leceh la tang ni…huhu…nama apartment tu apartment paris 10eme canal saint martin.
2. HOLLAND/NETHERLANDS
holland pon kitorang stay 3 malam…kat holland kitorang pilih hotel westertoren…total utk 3 malam RM 1,939.00…hotel ni kecik tapi best sebab 1 min je jalan kaki dgn Dam Square & lebih kurang 7 min dgn Amsterdam Central…hotel ni dekat dgn canal so memang cantik la pemandangan bila jalan kaki lalu kat canal tu! yg tak bestnya pasal hotel ni sbb takde lif! tangga pulak curam spiral, memang pengsan la nk angkat luggage…rupanya kat amsterdam mmg kebanyakan hotel/rumah tangga mcm tu…hotel ni sediakan breakfast hantar kat bilik kita.
3. ISTANBUL
istanbul stay 4 malam..istanbul ni murah kalau nk compare dgn paris, london & holland…hotel hanya RM 991.28 utk 4 malam..kalau ikutkan hotel yg kitorang stay ni tak terima budak2 tau, tapi i email owner, dia kata ok..sampai2 je diorang terus upgrade bilik i bagi yg besar sikit (but still kecik kot)…stanpoli hotel ni terletak kat jalan fatih, area sulatanahmet..2min je kot jln kaki nak sampai sultanahmet mosque & hagia sophea…15min nak ke topkapi palace..dekat sgt2! dh la dekat dgn arasta bazaar, blh shopping last minute kat situ..betul2 depan hotel tu kedai runcit…duk sini mmg hari2 la lalu blue mosque & hagia sophea tu…hari2 duk bergambar dpn tu haha
*Tips Jimat Penginapan:
-kalau dah lama beli tiket kapal terbang, boleh tengok2 rumah/apartment org lain kat airbnb
-kalau pegi ramai2, untung sebab boleh tong2 sewa apartment. boleh masak2
-nak lagi jimat, cari kawasan yg jauh drp centre..tapi leceh la nk bergerak

TRANSPORTATION
ok yg ni banyak cerita sikit sbb setiap tempat, lain2 cara yg kitorang guna..sebenarnya cara kitorang ni bukan cara yg jimat..tapi dengan anak2 kecil, rasanya memang betul dah pilihan kitorang ni…takpe, i akan kongsikan macam mana nak jimat tang pengangakutan ni..

1. PARIS
Taxi: utk airport transfer, kitorang guna perkhidmatan taxi je…senang kerja sbb luggage org angkat siap2 sampai la ke hotel…selesa pon selesa! masa kat paris ni kitorang book melalui viator, kebetulan nampak dia tgh buat promo…dapat la RM 360 return utk kitorang berempat…dia kira per head tau taxi ni..kalau korang sorang je, murah la kot..
HOHO Bus: memandangkan metro/train/RER station kat paris tak mesra stroller, kitorang decide utk naik hop on hop off bus je…kat paris kitorang book 2 hari HOHO bus ni…tak sia2 naik HOHO bus! i selalu dengar pasal pick pocket kat paris, tapi bila naik HOHO bus ni selamat sgt2 sbb bukan sembarangan org boleh naik..takyah susah2 nak turun naik tangga angkut stroller kat metro station..naik HOHO bus ni, xyah lipat2 stroller, boleh letak je kat depan, area wheelchair tu…i tengok mak2 yg bawak stroller ni mmg ramai naik HOHO bus…i dpt harga lebih kurang RM260 utk 2 hari, 2 org…budak2 ni free…HOHO bus kat paris ni i pilih Big Bus Tour..
Cruise: kalau ikutkan, HOHO bus yg kitorang beli tu termasuk tix cruise kat seine river..tp kitorang tak guna sbb ramai ckp takyah naik…xde mende sgt pon cruise tu, buang masa je…haha so kitorg pon tak naik la…baik gunakan masa tu shopping..kahkah
Metro/RER: ada jugak kitorang guna tapi tak banyak…i rasa total lebih kurang RM100 kot utk 4 hari…i tak ingt brp, so rm100 tu anggaran i je sbb sekali pegi kena bayar dlm euro 2-4 = RM 10-20 per person…kitorang naik masa nak pegi Gare Du Nord (utk naik HOHO bus) & masa pegi shopping kat galleries lafayette je..

2. LONDON
london ni kitorang buat day trip je dari paris..
Eurostar: dari paris ke london, kitorang gunakan perkhidmatan eurostar (train)..naik train ni lebih kurang 2 jam rasanya dari paris..RM 1,000 utk 2 org (return), ayish & faiq free…harga eurostar ni berubah2 yer, kalau nasib baik dpt murah…book la awal2 kalau nk murah sbb konsep dia mcm book flight tic je..kalau amik awal pagi & balik lewat ptg mcm kitorg ni, mmg mahal la harga…kalau nk murah amik yg tengah hari sket tp rugi masa la pulak…pilihan di tangan korang la ye; nak rugi masa atau rugi duit sket tp dpt pegi byk tempat…hehe
HOHO Bus: memandangkan sehari je kat london, sekali lagi kitorg pilih utk naik HOHO Bus..utk kat london, sengaja kitorang guna HOHO bus dari syarikat yg berbeza dgn paris..kitorang pilih syarikat The Original Tour…yg ni pon ada sekali pakej utk naik kapal kat thamps river tapi memandangkan masa suntuk, kitorang tak naik pon…naik HOHO Bus ni untung jugak sbb dpt cover london dlm masa sehari je!
Metro: memandangkan eurostar stop kat St.Pancrass Station, kitorang kena naik train ke Victoria Station utk naik HOHO Bus..nak balik pon cmtu..

3. HOLLAND/NETHERLANDS
Taxi: masa mula2 sampai schiphol airport, kitorang amik taxi kat luar airport je…dia charge 45 euro…bila nak balik, kitorang book taxi melalui hotel..dia kira ikut meter tp sbb luggage kitorang byk giler & makan masa nk turunkan luggage dr bilik, meter terusss bergerak…sudahnya sampai airport dgn meter byk banyak! total kena 50 euro sedangkan kalau cepat td, kena 30 euro je…takpe la janji selesa sbb naik merc ko! haha
Cruise: kalau sampai holland, canal cruise adalah wajib! rugi kalau tak naik sbb pemandangan dari canal semua lawa2 & unik! utk canal cruise, kitorg guna holland pass je…kalau korang tak beli holland pass, boleh usha2 sendiri sekitar canal tu..harga ikut boat yg korang pilih…tp bajet2 minimum RM 80-100 sorang
Metro: korang abaikan bajet RM50 i kat atas tu sbb itu bajet asal i..kitoang tak gunakan langsung metro kat amsterdam sbb semuanya walking distance je drp hotel
Basikal: yg ni kitorang ada sewa 24 hours basikal…dlm RM50 sorang…total 2 org RM 150 sbb basikal yg ada baby seat mahal sket..best kot naik basikal kat amsterdam! org amsterdam mmg naik basikal, jarang naik kereta..

4. ISTANBUL
istanbul ni murah kalau nk compare dgn paris, london & holland…senang cerita murah la nk dibandingkan dgn negara eropah lain..
Taxi: kitorang dapat airport transfer return RM 180 je! sehala dlm RM90 je uols…murah kan? tp taxi kat sini standard taxi kuning kat KL tu je la…haha…tak dpt lawan taxi yg kitorg naik masa kat paris & holland..
Cruise: Bosphoros boat tour adalah wajib kat istanbul!! yg ni kitoang ikut pakej, dapat 10 euro (RM50) sorang…budak2 mcm biasa la free lagi…pakej yg kitoang amik ni 2 jam…nanti cari je area hagia sophea tu…sbb borak2 dgn org dlm boat, ada yg beli sampai 20 euro kat area taksim…mahal! nak murah cari org yg jual area blue mosque/aya sofya tu…
Tram: selain jalan kaki, kitorng byk naik tram masa kat istanbul..tram diorg ni share jalanraya dgn kereta…sama mcm tram kat holland…beli istanbulkart, dpt la murah sket…istanbulkart tu boleh beli kat auto mesin je tepi2 jalan…rupa dia mcm kad touch & go tu, boleh topup…selain guna utk tram, boleh je nk guna masuk mana2 muzeum/naik kereta kabel..

*Tips Jimat Pengangkutan:
-takyah guna teksi..kalau korg takde anak kecik/anak sorang je/luggage tak banyak, naik je train/tram utk pegi hotel..jimat banyak woooo
-HOHO Bus tak perlu! kalau korg takde anak/tak kesah susah2, explore je tempat2 menarik dgn naik train/tram..banyak giler jimat kot!
-kalau pegi ramai2 boleh sewa kereta..mula2 hubby nak sewa kereta tapi bila fikir drive pon penat & kang sesat buang masa, maka tak jadilah!
-kalau korang gunakan train/tram semata2, rasanya dah boleh jimat lebih RM 1,000 drp kos pengangakutan

PASS/TRIP/TOUR
1. HOLLAND/NETHERLANDS
Day Tour: masa pegi Zaanse Schans, Volendam, Marken, Delft & The Hague, kitorang book trip melalui viator..kitorang amik tour dari 9am sampai 8pm naik bas…puas hati giler2 follow tour ni! total utk 2 org RM 750.00
Holland Pass (Small): bagi i, holland pass ni is a must kalau korang lama kat holland…i beli yg small je, maksudnya dapat 1 gold ticket, 1 silver ticket, free HOHO Bus/Canal Cruise & macam2 la lagi…kalau medium & large size mahal la sikit…utk yg lebih seminggu elok la beli medium/large tu…mcm i 4 hari ni cukup sgt2 beli small tu…korang boleh tengok apa yg ada dlm holland pass ni kat website dia (click je link i bagi tu)..masa i beli RM 390/2 org tapi hampeh je seminggu sebelum fly, diorg buat autumn sale!! patutnya boleh jimat dlm RM 60..

2. ISTANBUL
Museum Pass: kitorang beli 5 days museum pass dgn harga 85 TL (RM160) utk sorang…sebelum ni i survey ramai tulis harga 75 TL utk 72 hrs (3 hari)..tp masa i pegi ni, diorg dh tak buat 3 hari tu, diorang gantikan 5 days pass…untung sebenarnya! museum pass ni mahal jugak kalau kita tak gunakan sepenuhnya tapi i suka sbb blh dpt fast lane…bagi i la kan, kalau dh sampai istanbul tu silalah masuk museum2 yg ada kat sana sbb banyakkk sgt pasal sejarah2 islam…mengembaralah utk cari ilmu, bkn dtg utk amik gambar semata2…

*Tips Jimat:
-tak perlu beli mana2 pass…korang blh explore sendiri naik train/tram
-tak perlu beli museum pass, korang beratur je utk beli tiket biasa
-kalau ada masa lebih seminggu kat holland, boleh join day trip pegi brussel/bruges/antwerp

FOOD
pasal makanan ni i buat kesimpulan je la ye…utk makan, kitorang akan habis dlm RM 100-200 sehari (3 org makan)…itupon pagi & malam kebanyakannya masak…i bawak rice cooker kecik, beras, sardin & nasi dalam kotak brahim’s tu…telur beli kat sana je…ayish ni hari2 breakfast dia mintak nasi putih & telur rebus 2 biji…kat holland & istanbul paling best makan sbb macam2 ada! nak jimat tang makan mmg kena masak la unless korg tak kesah makan roti…kalau takpe makan roti, jimat kos…kitorang ni semua pesen perut nak nasi hari2…haha…utk 13 hari trip mcm kitorang ni, bajet la makan dlm RM 1,600-2,000 (2 dewasa, sorang kanak2)..

bekalan makanan yg i bawak..tips i: kalau pegi 2 minggu, bajet je ngam2 utk 7-10 hari makan…3in1 tu bajet satu je sehari..korang takkan lalu la makan benda yg sama hari2
SHOPPING
bab shopping ni kalau nak cerita memang boleh buat i pengsan! haha…i rasa shopping je habis 2 kali ganda kos kat atas tu…hahahahaha…paris tu syurga dunia nak beli barang2 branded…taktau la brp byk beg i rembat sebenarnya…utk umi lagi, mak mertua lagi, utk diri sendiri takyah cakap la…haha…bila sampai istanbul i giler shopping pinggan mangkuk iznik lak…OMG boleh buat i giler!
apa2 pon nak cakap ni…shopping ni atas kita sebenarnya…macam i cakap awal2 tu, kalau ada 1k pon boleh je survive…beli fridge magnet je cukup la kan…so tepuk dada, intai poket!
HIDDEN COST
Yg ni i tak masukkan dalam table kat atas.. kalau pegi mana2, confirm kita akan lebih daripada bajet asal kan? mcm i haritu, memang bawak extra RM 2k in case of emergency..surprisingly mmg habis pon guna untuk apa pon tak ingat…wakakaka…ada yg guna sbb tiba2 je nak sewa basikal kat amsterdam, ada yg guna bayar dobi super mahal sampai RM90, ada yg guna beli barang org yg tiba2 wassap kita tgh bercuti tu, eh macam2 la guna yg tak sedar tu…barang org kirim saje lebih 1k i rasa…haha nasib baik ada extra, kalau tak bye2 la tak dpt nak tolong belikan…
Satu lagi i wrap luggage yg berat2.. I dtg dgn 3 beg,  balik 5 beg.. Hahaha.. Kos wrap ni blh tahan gak.. Kat klia wrap big luggage RM 15 rasanya.. Darab la 3..kat paris & holland RM50 satu bag ye.. Darab la 3 beg & darab 2 (satu paris,  satu holland).. Kat istanbul paling mahal rm80 satu luggage darab 3..lg 2 beg tak wrap sbb rasa nk pengsan tengok harga. Total wrap: RM 600 lebih kurang..

TIPS LAIN:
1. kalau nk kencing/berak, bawak botol air mineral…kalau korang jenis tak kesah cuci tanpa air (lap2 dgn tisu je), takde hal! tapi i tak boleh…haha
2. hati2 dengn pick pocket & peminta sedekah esp masa kat paris..kat metro station terutamanya…i tak byk naik train, alhamdulillah tak experience benda yg menakutkan ni..
3. kalau ada org mintak sain/derma apa2 (terutamanya paris), JANGAN buat! jalan je buat2 tak dengar/tak nampak..
4. takde hal nak pakai handbag branded tapi pastikan yg jenis bersilang & letak kat depan…jgn buh belakang bontot pulak..lagi bagus beg tu jenis flap & berzip..
5. kalau mcm kitorang haritu shopping byk kat galeries lafayette & champs elysees, bawak la luggage kecik utk isi barang2…jgn bagi “pencuri” nampak apa yg kita beli…kang dia ragut handbag chanel yg kita beli tu tak ke naya?
6. kalau ada masalah bahasa, cakap je mcm ayam & itik…hihi…tp alhamdulillah trip kitorang kali ni semuanya dipermudahkan…bab komunikasi, senang je jumpa org yg pandai cakap bhs inggeris
7. bab makanan halal bagi i tak susah jumpa pon…taktau la rezeki ke apa, mudah sgt kitorg ni jumpa tempat halal cuma harga la kan? kalau susah sgt2, korg beli je nasi brahim’s tu, panaskan siap2 bawak bekal masa pegi jalan2 tu
8. kebanyakan metro/RER station kat europe tak stroller friendly je…kalau anak sorang tu, better guna carrier je…takpon buat mcm kitorang, naik taxi/HOHO bus je senang…hihi
9. kalau korang ikut tips jimat i tu, korang boleh kurangkan suku drp kos i..kalau nak lagiii jimat, pegi je sorang2 takyah bawak bini/laki/anak2…hahaha…eh satu lagi kalau nak jimat, bajet sehari dua je utk tiap negara tu & fokus kat tempat2 glamor je..kalau travel sorang/tanpa anak kecik, 14 hari tu maybe blh cover 6-7 negara tau uols!
10. pilih bulan yg sesuai utk melancong..kalau i pegi luar negara memang selalu akan pilih musim bunga/luruh sbb dua2 musim tu nyaman..
11. kalau pegi istanbul, tukar matawang euro dulu baru tukar ke lira sbb USD & RM rugii! kalau blh tukar kat sana nanti..
12. simpan duit banyak tempat..kalau kena ragut, sekurang-kurangnya taklah kena ragut semua…i dengar pengalaman org lain yg simpan duit dlm stoking, dlm bra! haha…mcm i hari tu bawak handbag tp barang2 semua sorokkan dalam jacket, i beli travel sling bag yg nipis utk letak dlm baju..

7 Perkara Penting Itinerary Bercuti Eropah

Aku sering terima email atau pertanyaan bertanyakan tentang itinerary bercuti Eropah. Yang biasanya, mahu pergi banyak negara, kos yang paling rendah atau tempat yang paling best. Sebenarnya susah aku nak jawab pertanyaan macam tu sebab setiap orang mempunyai pilihan masing-masing. So aku rasa  mungkin ada baiknya aku senaraikan beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum buat itinerary. Post ini mungkin akan membantu sesiapa yang mahu menyusun trip dan itinerary bercuti Eropah.
1. Jumlah Hari & Tempoh Tidak Produktif
Memandangkan Eropah adalah benua yang jauh, ramai yang mahu pergi sebanyak mungkin negara. Maklumlah, bukan selalu boleh datang. Pun begitu, jangan sesekali membandingkan trip kembara yang baik dengan jumlah negara yang dilawati. Tidak semestinya banyak negara itu memberikan pengalaman kembara yang lebih baik. Jika cuma ada masa yang pendek, cukuplah kembara ke 3 atau semaksimanya 4 sahaja.
Tempoh tidak produktif ini dikira sebagai masa yang tidak  menyeronokkan. Contohnya, jika datang dari K. Lumpur, maka paling sedikit 12 jam sudah habis di atas pesawat. Darabkan dengan dua, masa penerbangan pulang. Itu tidak termasuk masa menunggu di airport dan masa yang dihabiskan pergi dan balik airport. Jangan lupa, kapal terbang akan selalu ada risiko kelewatan. Ambil kira juga masa berehat sebentar sebaik tiba ke destinasi dan tempoh jetlag. Tempoh tidak produktif paling minimum adalah 40 jam. Disitu sahaja sudah habis hampir 2 hari.
Keduanya, perlu diambil kira tempoh tidak produktif ketika bergerak dari satu bandar ke satu bandar. Contohnya, trip London, Paris dan Amsterdam. Dari London ke Paris contohnya menaiki Eurostar train selama 2 jam dan dari Paris ke Amsterdam menaiki bas selama 6 jam. Bergantung kepada jenis pengangkutan, lagi banyak bandar yang ingin dilawati, tempoh tidak produktif juga bertambah.
Berapa hari di Eropah ? Minimum 7 hari. 10-12 hari cukup puas. 14 hari ke atas kalau mahu kembara jauh. Kurang dari 5 hari buat penat badan je. Secara purata, kembara yang selesa bila dapat tidur 2 malam di sesuatu tempat. Itu baik untuk mood dan keseronokan kembara. Jadi satu bandar itu dapat dijelajahi secukupnya.
2. Tema Kembara
Semua orang pergi kembara ada tujuan. Berikut adalah beberapa tempat yang sesuai dengan tema kembara masing-masing.
Shopping : Paris & London. Di Swiss, barang agak mahal.
Naturalist : Swiss, Amsterdam, Salzburg, Scotland Highland. Secara umum, kawasan luar bandar di Eropah semua cantik dan unik.  Kawasan semulajadi yang ada gunung puncak dilitupi salji, lembah dan banjaran gunung.
Culture : Semua negara Eropah ada culture yang berbeza.
Bangunan Sejarah & Tamadun dan Istana : Prague, Budapest, Munich, Rome, Paris, Granada, Cordoba, Athens, Vienna, Istanbul, Edinburgh
Food : Aiseh. Ini aku tak pasti la. Kecuali kebab dan makanan halal. 🙂
Puncak Gunung Salji : Swiss, Austria, Munich. Di London & Paris jarang salji. Mungkin pernah,  tapi aku tak tahu bila.
Pantai dan Pulau : Venice, Porto, Lisbon
Negara yang masih membangun mempunyai kesan sejarah yang masih baru. Contohnya negara pecahan Russia seperti Slovakia dan Slovenia.
3. Bajet dan Kos
Memanglah semua mahu paling murah. Lagi banyak bandar dilawati, lagi mahal kos. Kerana kos pengangkutan tambahan. Bandar seperti London, Zurich dan Paris biasanya menyumbang kos paling tinggi dalam trip. Negara seperti Spain dan Portugal antara yang murah. Italy, Republic Czech dan Hungary sangat menarik dengan kos yang sederhana. Jadi bila merancang itinerary, pertimbangkan kos pengangkutan di setiap tempat.Kalau duit berkepuk, nota ini tidak terpakai sama sekali.
Kalau tanya aku, dengan pertukaran matawang aku rasa kos dalam RM3,500 sesuai untuk 3-5 negara. Paling sesuai dalam RM6,000 untuk beberapa 5-7 negara dan beberapa bandar dalam satu negara.
4. Tempat / Negara Dilawati
Ada beberapa bandar yang aku rasa over rated disebut-sebut orang sebagai tempat yang best. Tapi sebenarnya tidak lah sehebat mana. Nama yang popular seperti Paris memang jadi impian semua orang. Padahal ramai yang tidak tahu Paris itu tidak lagi seromantis dulu. London pun begitu juga. Orang kata tidak sah pergi Eropah kalau tidak ke sana. Sedangkan di London, penginapan antara yang paling mahal.
Ketahui juga tarikan di sesuatu bandar itu. Contohnya, kalau dah tau tidak suka sejarah tak payah la nak pergi ke Athens atau Rome. Tengok saki baki runtuhan bangunan aje adanya. Pergilah ke bandar dimana sesuai dengan jiwa dan minat masing-masing.
5. Solo, Small Group & Family
If you want to go fast and far, you go alone! Semudah itu. Semakin besar kumpulan anda, semakin sukar mengelolakan trip. Penginapan, pengangkutan dan makan. Semua ada perangai masing-masing. Kalau berkeluarga dan ada anak kecil, cukuplah dengan 3 atau 4 negara. Anak kecil ini bukan berminat dengan bangunan sejarah. Disneyland itu satu kemestian.
Pesan awal-awal. Jika bawa anak dan keluarga, maka bersedialah berkorban keseronokan sendiri ketika kembara. Anak perlu perhatian lebih. Makan, penat dan kadang-kadang suka hati berak merata. Bersabarlah wahai ibu bapa!
6. Mode of Transportation
Setiap pengangkutan yang kita naik memberikan pengalaman berbeza. Dalam masa yang sama ia memberi perbezaan terhadap bajet dan tempoh tidak produktif. Secara umum ada setiap kembara akan melibatkan pengangkutan antaranya flight, bot/ferry, train, bas dan kereta sewa. Menaiki flight dapat menjimatkan masa tetapi tidak dapat pemandangan yang cantik. Naik bas 6 jam mungkin lambat tetapi dapat menjimatkan kos penginapan. Menaiki bas persiaran / chartered pula tidak memberi fleksibiliti masa untuk berhenti, tetapi dengan kereta sewa kita boleh berhenti bila masa yang kita suka.
Di Eropah, membandingkan harga antara pengangkutan tidak sukar kerana semua pengangkutan bersaing mendapatkan pelanggan antara satu sama lain. Ada masanya flight lebih murah dari train dan ada ketikanya menyewa kereta lebih ekonomik dari menaiki flight.
7. Tempat Penginapan
Secara mudah, kos terbesar (tetapi tidak memberi manfaat besar kembara) adalah membayar tempat penginapan. Penginapan dari hostel ke bilik hotel bertaraf bintang 
Kerana itu kos orang yang tinggal di khemah jauh lebih murah dari orang yang mahu honeymoon. Ehem..Ehem.. Honeymoon mestilah mahu privacy bilik berdua. Jika berkeluarga tentunya mahu penginapan didalam satu ruang supaya  mudah mengurus anak dan sebagainya. Penginapan yang berhampiran dengan tempat tarikan pelancong tentu lebih mahal. Secara kasar kos penginapan sahaja mengambil 30% – 40% kos kembara. Jika ini dapat dijimatkan, maka lebih rendah kos kembara.

Gadis Kongsi Tips Bercuti Ke Perth, Australia 4D3N Bawah RM2,000

Backpaking ke Perth, Australia, 4 hari 3 malam.
Sebenarnya, jalan-jalan sendiri tanpa menggunakan tour pakej. Bukan kali pertama kita tengok orang buat. Kita belajar pun dari pengalaman orang lain. Sebab utama saya bercuti secara backpacker ialah untuk mengembara dengan meminimakan perbelanjaan.
Berkenaan dengan luggage, percaya tak bahawa kami seramai 6 orang satu keluarga ini (5 dewasa 1 kanak²) ini hanya daftar masuk satu luggage (20kg) saja untuk diletakkan dalam kargo? Yang lain semuanya hand carry. Nak jumat bayaran luggage sebenarnya. Dalam penerbangan yang lain-lain sebelum ini pun kami buat begitu. Alhamdulillah, pergi dan balik tiada sebarang masalah. Cukup satu luggage untuk didaftar masuk. 
Contoh Visa ETA Australia. RM20/person di Agent Wiya Travel & Tour Sdn Bhd. Kalau di website rasmi Imigresen Australia, A$20. Jangan risau, kita memang print benda ini sendiri. 
Visa ini kegunaannya seperti pas pelawat untuk masuk ke Aussie. Aussie memang kena ada visa kalau nak masuk ke dalam negara mereka. 
Kalau tempoh penerbangan korang lebih 4 jam, baik terus beli makanan siap-siap semasa beli tiket penerbangan secara online. Lebih jimat RM10 dari membeli makanan di dalam pesawat. Jangan rasa ‘tak perlu’ sebab di dalam pesawat nanti memang akan rasa lapar kecualilah korang dapat selit bawa roti. LOL. 
Awak boleh dapatkan pack makanan seperti ini di Kilang Brahim’s di Bangi:
Dewina Food Industries Sdn Bhd  (54653-D)
Lot 11, Jalan P/9B, Kawasan Perusahaan Bangi,
43650 Bandar Baru Bangi, 
Selangor
Atau beli saja di mana-mana cawangan Tesco. Air Asia dan Malaysia Arlines (kalau tak silap) beli makanan untuk disajikan dalam flight dari syarikat ini. Beli pack ini dan bawa masuk dalam luggage kargo. Bawa pergi jalan-jalan, kalau nak makan, rendam pack itu dalam air panas. Koyak dan terus boleh makan. 
Boleh rasa makanan Melayu di oversea ye dop? Jimat pun ye juga. 
Kitorang share 3 makanan untuk 6 orang. Boleh tukar-tukar rasa semua. Alhamdulillah kenyang untuk alas perut. 
Simkad ini di beli di airport. Betul-betul terletak di depan pintu balai ketibaan. Tempat orang menunggu tu. Optus nama syarikatnya. 
Harga simkad A$2 sahaja tetapi nanti dia akan reloadkan terus based on berapa hari kita berada di situ. Macam saya, stay 4 hari, jadi dia reloadkan A$10 (termasuk A$2 harga simkad). 
1 hari 500mb Internet (cukup untuk Waze) | A$2
Jadi, A$8 untuk 4 hari ditolak dari akaun. Balik Malaysia, masih ada baki A$2 lagi. Haha! 
Sewa kereta di Aries Car Rental Perth. Boleh cari website mereka. Sewaan dibuat di Malaysia sebelum pergi ke Perth. Lesen memandu Mlayasia boleh digunakan di Aussie ye. 
Di sini saya aktifkan kad debit saya untuk international transaction. Cuma call bank hotline untuk aktifkan sebab saya tak ada kad kredit. (Car rental ini gunakan kad kredit sebenarnya)
Untuk transaksi antarabangsa, sila hubungi hotline Maybank dan proses bayaran boleh dibuat seperti biasa. 
Pick up dan drop off di terminal, senang. Tetapi kena caj sikit untuk drop off di terminal sebab tiket flight saya jam 6.50 pagi. Jadi, pilih drop di terminal. Ada bond (deposit) untuk sewa kereta ini. Tetapi nanti bond akan dipulangkan semula selepas 10 hari maksimum ke akaun kita semula. 
Dijanjikan kereta X-Trail lama (pilih X-Trail sebab 6 orang, so tak lepas 5 seater car) tapi dapat X-Trail baru. Superblah driver dia. 
Kalau nak jalan jauh, baik guna kereta CC tinggi. Kitorang habiskan minyak A$62 untuk Nissan X-Trail 2.0cc dengan total jarak perjalanan 300+km (hampir 400Km. Minyak di sini memang murah jika nak dibandingkan dengan negara kita (tanpa pertukaran matawang). 1 liter A$1.25 (RM3.00+). Kalau jalan beramai-ramai, berapalah sangat tuang-tuang minyak itu terutamanya guna kereta cc besar
Tempat shopping paling murah di Australia sebab dalam gudang. Tetapi kecil sajalah, tak ada sesiapa yang boleh melawan kemurahan dia. Haha! 
Dia kata kalau nak datang, call dulu (Kitorang tak call pun haha). Serbu pun boleh tetapi kalau ada luck, tak ramai orang, jadi tak adalah sempit. 
Kepunyaan orang Singapura dan dia boleh berbahasa Melayu. 
Keychain 12 dapat A$2.00!
Sweater dapat A$9.90!
T-shirt 2 helai A$15
Tolong jangan pergi ke tempat lain. Seriously. Kalau pergi ke Freemantle ke, EShed ke, masih mahal sebab mereka kena bayar sewa. Orang ini, tak perlu bayar sewa sebab tanah dia sendiri. Sebab itulah dia boleh bagi harga murah. Saya dah pergi shopping di tempat lain, kemudian termenung seorang diri tengok harga-harga di sini. Haha!
Lesen memandu Malaysia boleh digunakan di Aussie. Yes, drive right hand side. Jangan risau. Penduduk di sini melintas jalan memang menggunakan lintasan perjalanan kaki dan menunggu lampu hijau untuk melintas jalan. Tiada yang melintas secara tiba-tiba. Tak ada perkara seperti itu di sini. Mereka sangat berdisiplin, tiada potong memotong seperti tak ingat dunia. Senang gila jalan di sini. 
Awak rasa minyak mahal? Kereta sewa mahal? Tak apa. Di sini ada juga bas percuma dalam bandar (pantang nampak benda percuma). Nama bas itu CAT bas dan memang ada gmabar kucing di bas itu. LOL! 
Google Transperth untuk maklumat tentang map di mana bas ini berhenti dan maps. Study betul-betul. Kalau naik tren pun okay, still affordable. Tren kalau rasa nak pergi tempat di luar kawasan Perth, di website Transperth juga. Mereka boleh tolong awak susunkan perjalanan kalau rasa nak naik pengangkutan awam. Mereka akan cari pengangkutan awam yang mana sesuai, siap timing, fees dan sebagainya. Key in start and end point mana nak pergi dan sekali klik saja, dah settle!
empat tidur kami. Yes, guna Booking.com tapi ada lagi tempat-tempat lain. Cuma ini yang paling murah (Last minute). 
Kalau nak book di Booking.com, memang wajib kena guna kad kredit (visa/mastercard). Begitu juga dengan Agoda, AirBnB rasa pun boleh. Kena tengok mana boleh guna debit/kad kredit. 
Tempat ini not bad. 1 rumah besar tetapi banyak bilik yang besar untuk keluarga. Tandas kongsi, dapur kongsi. Bila pergi ke dapur, dapatlah berborak-borak dengan orang France. PErgi toilet, jumpa orang Jepun pula. Dapat pula tuan rumah yang sangat peramah, sangat membantu dan sporting. 
RM150++/per person for 3 nights.
6 orang? RM1050++ untuk this holiday.
TIPS : 
1, Flight Ticket KUL-PER-KUL / Boarding Pass
Yg ni first thing la kite kena beli. sebelum settle benda lain, ni benda pertama kena settlekan. haha. try cari ticket murah. sy beli tiket dari AirAsia.com.my as always. Jangan lupa beli terus makanan dalam flight, boleh jimat RM10 (kalau flight Air Asia) sbb perjalanan sejauh 5 jam mmg lapar.
2. Parking kereta kat TuneHotel KLIA2 
sbb situ lagi murah (RM34/day) berbanding kat dalam KLIA2. jgn risau safety kereta sbb kat situ ade guard jaga dan kereta diletakkan di dalam pagar. oh kalau dah parking tu jgn lupe snap gambar kawasan sekitar kereta, kot terlupe kereta parking kat mane. haha
3. Visa ETA / RM20 per person
Actually boleh apply kat laman web Imigresen Aussie. Tp kat sana $20 / RM60. 
Alhamdulillah sy jumpa agent visa di Malaysia and trusted : Wiya Travel & Tour Sdn Bhd. Whatsapp nombor agent : +6012-584-6242. Kalau dia tak responds, boleh search official website Travel Agent ni utk cari nombor2 yg boleh dihubungi. 
4. Sewa Kereta
Sewa kereta ni sy buat sbb kitorang bercuti 4 hari 3 malam. Utk memaksimumkan pergerakan kami (tak sempat naik public transport), kami memilih utk sewa kereta. License Malaysia valid di Aussie, dan driver pun belah kanan, sama macam kat Malaysia so takde kekok bila drive. 
Setelah banyak research dibuat, sy pilih Aries Car Rental sebagai syarikat sewa kereta yg paling sesuai (boleh google). $65 sewaan sehari utk kereta X-Trail 2.0cc yg sy post kat facebook tu. kalau kereta 5 seater, tak silap sy $25 sehari. 
Bayaran menggunakan debit card dan utk car rental ni ada bond (deposit) sebanyak $600 /RM1.8k. Dia akan pegang duit tu time kite menyewa kereta dia. (macam kita sewa hotel jugak, perlu deposit). Dalam masa paling maksimum 10 hari selepas sewa dia akan pulangkan duit tu semua sekiranya kereta berada dalam keadaan elok. 
Perlu diingatkan, kalau kereta tu rase kotor sangat kat dalam dgn pasir-pasir, hantar vacuum kereta utk mengelakkan kena penalti (takut sendiri sebenarnye haha) 
By the way, Alhamdulillah kami takde masalah dgn bond kereta ni sbb duit tu just diletakkan dlm bank, diambil sebagai deposit dan dipulangkan semula. 
5. Internet
Turun je airport cari booth Optus Simcard. jual simkad murah dgn harga basic $2. so beli jela $10 macam sy ni utk 4 hari. cukup utk waze, insta, facebook sebab sehari die bagi 500MB : $2 yg akan ditolak dari $10 tuuu
6. Hostel
Salah satu cara untuk cari hostel ialah menggunakan AirBnB.com atau Booking.com atau Agoda. 
AirBnB memaparkan carian homestay sekitar Perth. orang tempatan Perth yg jadi tuan rumah. sy pada awalnya nak booking kat AirBnb tapi sebab sy lewat booking (last minute) so carian di Booking.com yg lebih murah. Sy cadangkan kalau niat nak backpacking, usah pikir sangat pasal keselesaan janji boleh tidur, mandi dan solat dgn selesa. hehehe
Sy menginap 4 hari 3 malam di Palmerston Lodge, Northbridge, Perth. By the way awak jugak boleh menginap di Malaysian Hall or mana-mana hostel lain. depends la dengan bajet macam mana. hehe. Booking.com ni sy guna credit card sebab dia tak terima debit card (sistem dia mmg camtu). dan Alhamdulillah takde masalah pun pakai ni. janji jangan hutang naaa :p 
bawak sabun basuh baju, serbuk, sbb kat sane ade dobi. kitorang basuh baju kat hostel. siap dryer. balik Malaysia just masukkan dalam almari je. hahaha
7. Perjalanan di Perth
Perjalanan di Perth hanya menggunakan waze semata-mata. kalau pandai baca peta, boleh cari jalan shortcut. Waze mmg boleh dipercayai. InsyaAllah, asalkan ada orang kat sebelah pemandu yg sudi tolong bacakan peta like “100 m lagi belok kiri…..depan tu ade simpang belok kanan”. dah tau memandu kat tempat orang tu jangan la bawak laju sangat, kot terbabas jalan payah jugak. tp kitorang pun ade terbabas tp x jauh mane la. chill je, name pun backpacking. haha
8. Lokasi Tempat utk Dilawati
Sy buat research tempat utk dilawati ni based on masa yg diperuntukkan (4 hari 3 malam) dan Alhamdulillah kesemua tempat yg sy listkan sy dapat pegi!!! Perghh perasaan puas hati tu takyah cite laaa. mission complete. haha
cara sy susun tempat : google tempat menarik, refer pada peta, dan susun tempat lawatan kite tu mengikut kawasan berhampiran.
for example, Kings Park, Swan River, dan Bell Tower ni bila sy google rupanya kawasan sebelah2 je. so sy masukkan dalam jadual tu dalam hari yg sama. takdela kena patah balik banyak kali utk settlekan tour kitorang. hehe
kitorang tak berape suke choc. so kami skip factory choc. tapi pegi tempat lain. ikut selera hati masing2 😀
9. Makanan
Bg yg Muslim, makanan halal kat Perth senang nak cari, especially kat tengah bandar Perth. Waze je “Halal Restaurant” nanti dia terus listkan senarai restoren halal. Kalau tak jumpa, jangan segan guna google, mmg ada. Kalau boleh dah beli sekali utk makan tengahari tu beli la sekali utk makan malam.
kami share makanan sbb again, makan dia boleh tahan besar portion. kenyang. kami juga bawa maggi / instant bubur nasi / roti dan diletakkan dalam 1 luggage khas. makanan basah tak boleh ehhh. jgn buang tebiat nak bawak ikan fresh dari Malaysia. makanan dalam tin takpe. nanti kat airport Perth ade anjing pengesan dorang yg bau2 beg kite. haha
p.s : da alang alang sebut pasal makanan ni, kalau rasa nak bawak sabun, pencuci muka, gel gamat ke ape ke — masukkan dalam luggage yg dicheck in ke dalam kargo. barangan ni dilarang utk hand carry. kalo tak nanti kena rampas! (sabun baru beli kena rampas kat imigren KLIA2..sobs) 
enjoy your journey, rilek, dan tenangkan fikiran. sesungguhnye pengalaman melawat tempat orang secara backpacking ni akan mengajar kita erti TAWAKAL, USAHA, ILMU dan KESABARAN. nice kan? so ape lagi? Hehe!
Tips backpacking sebenarnye berubah ikut keperluan, ikut kehendak, dan ikut niat masing-masing utk bercuti.
Orang cakap backpacking ni jadi style orang sekarang. Indeed. Sebenarnye ramai orang dah mula sedar yg bercuti secara backpacking lagi puas, lagi murah, lagi jimat dan lagi menarik dari pakai pakej pelancongan. Naik public transport kat tempat orang tu benda common bagi pelancong luar yg datang ke Malaysia. 
Tp bab2 melancong ni depends on individu, ade orang lebih selesa dgn perjalanan yg teratur, yang takde banyak cabaran, dan mudah. Ikut hati masing-masing. 
Bile bercuti kat mana-mana pun, the journey to the destination sangat berbaloi. 
Sy ad softcopy untuk tentatif, senarai barangan, number agent visa (RM20/orang instead of $20 dari website gov Aussie), dan beberapa info lain tentang nak jalan kat sini. Banyak lagi gambar2 menarik dan tips tapi too much to share.
Aussie kalau nak bercuti seharian suntuk pegi hujung tahun, sbb siang lama, tapi panas la sikit. huhu. Bulan 5 start musim winter. bln 9 spring. bln 12 summer. bln 2 luruh. Siape nak tau jgn segan tanye. Sy pun belajar kat orang. Sharing is caring!
4 DAYS 3 NIGHTS (BAJET UNTUK SEORANG)
Flight ticket AirAsiaX KUL-PER-KUL : RM600 (promo)
Hostel utk 3 malam : RM150
Pengangkutan 4 hari : RM90++ sorang (X-Trail kereta besar, so kereta kecik lagi murah)
Makan 4 hari : RM200 bajet sbb minimum harga makanan $10 / RM30
Sandboarding rental : RM40 / $20 per 2 hours
Caversham Wildlife Park : RM50
Minyak : RM30 sorang ($10) utk 400km travel — kereta cc 2.0
Then belanje beli cenderemate sendiri….
Visa : RM20
belanje Johor – KLIA2 : RM60 laa gitu siap parking touch n go minyak
Tak sampai RM2k kot!

5 Alasan Kenapa Backpacker Mesti Travel Ke India

Jika Krabi sinonim sebagai lesen backpackers bagi rakyat Malaysia, tidak keterlaluan kami mengatakan India adalah lesen backpackers sedunia. Setelah beberapa kali ber-backpacking ke India dan beberapa negara lain, berikut sebab mengapa kami meletakkan India sebagai lesen backpackers sedunia.
1. 3 lokasi menarik di India hampir sama dengan di 3 negara lain
Anda ingin mengembara ke seluruh pelosok dunia tetapi tidak bersedia membelanjakan wang yang banyak? Anda ingin bermain ski hari ini, kemudian keesokan hari mengembara di padang pasir, dan seterusnya mendaki gunung hijau tetapi tidak bersedia terbang ke negara berlainan?
Anda hanya perlu ke India.
Anda tidak perlu ke Switzerland untuk melihat pergunungan Alps. India menawarkan pergunungan Himalaya yang indah di Kashmir. Anda tidak perlu ke Dubai untuk desert safari, padang pasir di Rajasthan juga tidak kurang hebatnya. Niagara Falls di Canada atau USA? Chitrakote Waterfalls di Chhattisgarh sudah cukup memukau mata.
Persediaan pertama untuk mengelilingi dunia adalah dengan melawat India.
2. Murah dan jimat
Antara ciri para backpackers adalah ingin mengembara jimat dan semurah mungkin. Kita mencari jalan dan menyusun strategi kreatif bagi mengurangkan kos ringgit yang dikeluarkan. Dan semua itu boleh kita dapati di India.
Hotel penginapannya murah, makanannya murah, pengangkutannya murah, tiket keretapi, pakaian, fabrik, cenderahati; segalanya murah di India. Anda seakan menjadi jutawan dalam sekelip mata.
Murah dan berbaloi itu dua perkataan yang berbeza makna. Boleh jadi sesuatu itu murah, tetapi tidak berbaloi. Dan boleh jadi sesuatu itu berbaloi, tetapi harganya tidaklah murah. Ini membawa kepada hujah ketiga kami tentang mengapa India adalah ‘lesen’ backpackers sedunia.
3. Syurga para Foodpackers
Siapa itu foodpackers?
Foodpackers adalah gabungan perkataan ‘food’ dan ‘backpackers’. Ianya sebuah konsep mengembara yang baru diperkenalkan dan semakin mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia.
Secara umumnya mereka ini adalah golongan yang mengembara untuk merasa makanan tempatan sesebuah negara. Mereka sentiasa percaya bahawa salah satu cara yang paling berkesan untuk mendalami budaya sesebuah negara adalah melalui makanannya.
Sebagai negara besar yang mempunyai 28 buah negeri, India menyimpan 1001 jenis makanan untuk dirasa. Setiap negeri menawarkan makanan yang berbeza, rasa yang tersendiri dan kaedah masakan yang pelbagai.
Makanan India juga turut berevolusi hasil pengaruh jajahan kuasa-kuasa besar. India pernah dijajah hampir 7 kuasa besar dunia; Portugis, Belanda, British, France, Dano-Norwegian, Sepanyol dan Jepun. Setiap kuasa besar ini meninggalkan pengaruh tersendiri terhadap makanan India.
4. Indian Hospitality
Pepatah India ada mengatakan ‘ Athithi Devo Bhava’ yang membawa maksud ‘ tetamu adalah tuhan’.
Memang benar di bandar-bandar pelancongan, hospitality sering kali disalah anggap dan dieksploitasi. Kebanyakan penduduk tempatan mengambil kesempatan dengan menawarkan bantuan ‘percuma’, tetapi meminta upah yang tinggi selepas itu. Perkara itu tidak dapat kita nafikan. Tetapi sangat tidak adil kita memukul rata semua penduduk tempatan begitu. Masih ada jiwa-jiwa yang ikhlas memberi bantuan.
Ketika di Srinagar Kashmir, saya pernah mengikut kenalan India tempatan ke sebuah kuil hindu di atas bukit. Walaupun berlainan agama, mereka tetap memberi layanan yang sangat baik.
Kami dijamu hidangan nasi putih dan kuah kacang hijau yang dipanggil ‘Langgar’. Kemudian kami ke sebuah masjid berdekatan dan dijamu pula teh susu panas dan kuih-muih. Kami juga pernah menumpang lori penduduk tempatan secara percuma ketika susah mendapatkan teksi.
5. Kepelbagaian budaya
Secara umum, India menerima pengaruh dari 2 tamadun tertua dunia. Pertamanya tamadun Indus yang merupakan tamadun kedua tertua di dunia. Dan yang kedua ialah tamadun parsi.
Hujah ini sahaja sudah cukup menggambarkan betapa India memiliki kebudayaan yang pelbagai. Kebudayaan dari segi spritual agama, makanan, pakaian, seni dan reka bentuk bangunan. Kebudayaan ini bukannya sekadar ratusan tahun, malah ribuan tahun.
Populasi penduduk yang padat juga mempengaruhi kepelbagaian budaya dan bahasa. Di Malaysia kita memiliki kurang lebih dari 100 dialek bahasa. Manakala di India sahaja terdapat lebih dari 700 dialek bahasa yang dipertuturkan.