Gadis Di Tendang Abang Kandung Hinga Berdarah Jadi Viral

BATU GAJAH – Seorang pengawal keselamatan ditahan polis selepas menumbuk adik kandungnya sendiri dalam kejadian di Rancangan Perumahan Tersusun Sentang, di sini, Ahad lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, gadis berusia 21 tahun itu baharu selesai berbual dengan teman lelakinya di hadapan rumah keluarga itu.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Mohd Nasri Omar berkata, kejadian itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan dipercayai patah tulang hidung.
“Berdasarkan laporan, mangsa masuk ke rumah selepas selesai berbual dengan teman lelakinya sebelum ditahan suspek.
“Suspek bertindak menendang kaki adik perempuannya menyebabkan mangsa melawan sebelum ditumbuk di bahagian muka,” katanya.
Menurutnya, suspek berusia 31 tahun itu turut memukul teman lelaki adiknya dengan menggunakan sebatang kayu sebelum keluar rumah dengan menaiki motosikal.
“Hasil keterangan ahli keluarga mendapati suspek merupakan seorang panas baran selain tidak rapat dengan ahli keluarga lain.
“Suspek ditahan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) ketika dipanggil untuk hadir ke balai kira-kira jam 7 pagi,” katanya.
Mohd Nasri berkata, suspek direman dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah.

(VIDEO&GAMBAR) Mak Ayah Tak Puas Hati Kerana Denda Anak Lewat Ke Sekolah Duduk Atas Jalan Tar

Kuala Lumpur: Sejak semalam tersebar bebrapa keping gambar dan video menunjukkan sekumpulan pelajar telah didenda duduk atas jalan tar kerana datang sekolah lambat menyebabkan ada ibu bapa melahirkan rasa tidak puas hati.
Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Datuk Dr Mohd Ali Hassan, tindakan yang dilakukan berkenaan adalah tidak wajar.
“Sepatutnya beliau (pengetua) guna budi bicara yang tinggi dalam usaha mendisiplinkan pelajar.
“Aspek psikologi dan emosi pelajar perlu diambil kira dan jangan terlalu fokus untuk mengenakan denda dan sebagainya,” katanya dipetik laporan Harian Metro.
Tambahan beliau lagi, beliau menyatakan tindakan itu adalah agak keras dan tidak wajar dilakukan di mana beliau menyatakan seharusnya pelajar diberi amaran terlebih dahulu dan bukan terus diperlakukan sedemikian.

Seorang waris pelajar yang meminta tidak disiarkan namanya berkata: “Saya lihat kejadian itu ketika hendak hantar anak untuk menduduki hari pertama SPM.
“Apabila saya tanya kenapa buat begitu kepada pelajar, pengetua itu menyatakan bahawa pelajar yang lewat terpaksa diasingkan daripada pelajar lain.
“Kata pengetua ini, memandangkan sekolah tidak cukup ruang ketika perhimpunan, mereka tidak mempunyai pilihan lain selain duduk di atas jalan.
“Pengetua itu kata, mereka (pelajar) juga diarahkan supaya membawa plastik alas sekiranya lambat ke sekolah.
“Bila saya tanya tidakkah ada cara lain selain duduk atas jalan kerana pelajar memakai pakaian yang sama untuk bersolat, dikhuatiri terduduk atas najis dan sebagainya.
“Tapi, pengetua itu seolah-olah menyindir pula dan menjawab agar ibu bapa boleh menderma lebih 1,000 bangku untuk memastikan anak-anak dapat duduk atas bangku ketika perhimpunan,” katanya.

Timbalan Menteri Pendidikan 1, Datuk P Kamalanathan yang dihubungi oleh pihak Harian Metro berkata, pihaknya sudah mengarahkan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menyiasat segera perkara itu.
Katanya, kementerian memandang serius berhubung kejadian segelintir pelajar SMK Taman Tun Dr Ismail yang diarahkan duduk di atas jalan kerana lewat sampai ketika perhimpunan sekolah.
“Saya juga melihat pengetua sekolah ini tidak sewajarnya memberikan kenyataan mengikut perasaan. Perkara ini perlu diperhalusi,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, malam tadi.
Menurutnya, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) seharusnya mengadakan perbincangan berhubung perkara ini.
“Soal duduk di atas jalan tar perlu dilihat secara jelas bersama unit disiplin pihak sekolah terbabit,” katanya. – Kaki Share

Gambar Wanita Bersama Bahulu Menyerupai Kemaluan Lelaki Tersebar

Miri: Wanita berusia 47 tahun membuat laporan polis di Balai Polis Pusat Miri berhubung penyebaran gambarnya bersama bahulu berbentuk kemaluan lelaki semalam.
Wanita berkenaan yang juga ahli perniagaan membuat laporan polis apabila mendapati gambarnya mula tersebar di laman sosial.
Wanita itu yang enggan dikenali berkata, gambar berkenaan diambil sebelum perayaan Tahun Baru Cina baru-baru ini di kedai runcit di Miri dan tidak menyangka ia akan tersebar.
Ibu kepada tiga anak ini berkata, dia kesal apabila dilemparkan kata-kata kesat oleh orang ramai berhubung perkara itu.
“Saya hanya bergambar dengan kuih berkenaan apabila terdengar terdapat kedai menjual kuih berbentuk sedemikian,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
“Kedai yang menjual kuih berkenaan juga sudah menghentikan penjualannya. Saya diberitahu, pembekal kuih berkenaan sudah tidak lagi menghantar kuih berkenaan ke kedai itu selepas perkara ini mula tersebar,” katanya.
Gambar bahulu itu mengcetuskan kontroversi berikutan dianggap tidak menghormati sensiviti masyarakat di negara ini.
Pada 14 Februari lalu, gerai menjual roti sosej berbentuk kemaluan lelaki di Melaka turut diperkatakan orang ramai dan kedai itu diarahkan menghentikan penjualan roti berkenaan.

‘Petugas SAJ Dipukul Kerana Potong Bekalan Air Tertunggak’

RAKAMAN video memaparkan dua lelaki ‘gempal’ tidak berbaju memukul seorang individu dipercayai kontraktor Syarikat Air Johor Holdings Bhd (SAJ) kini tersebar secara meluas di laman sosial.

Laman Facebook JB Traffic, Road Block & Potholes Report yang memuat naik video berkenaan menyatakan, insiden itu berlaku di Kampung Melayu, Kulai, Johor.

Insiden difahamkan berpunca apabila kedua individu terbabit tidak berpuas hati dengan tindakan kakitangan SAJ itu memotong bekalan air di kawasan Kampung Melayu di sini.

“Aku cakap engkau pasang, aku cakap kau pasang je la kan senang,” ujar suspek di dalam video.

Kedua-dua pemuda itu kemudian bertindak ganas memukul mangsa yang tidak melawan dan salah seorangnya menendang ke arahnya.

Suspek kemudian menuju kearah seorang lagi kakitangan SAJ bertugas, memintanya untuk tidak merekodkan kejadian sebelum rakaman berdurasi 15 saat itu ditamatkan.

Difahamkan, suspek turut menggunakan cangkul sebagai senjata untuk menggugut mangsa namun video kejadian tidak sempat dirakam.

Laman FB JB Traffic, Road Block & Potholes Report turut mendakwa kontraktor berkenaan sebelum ini telah banyak memberi muka kepada suspek.

Mangsa difahamkan sudah tiga kali mengelak daripada menanggalkan meter air rumah suspek dan turut mengingatkan mereka agar menjelaskan bil yang tertunggak, sebelum pihak SAJ mengambil tindakan.

Namun kali ini, lain pula ‘hadiah’ yang diterimanya diatas jasa baik yang dilakukan.

Seorang pengguna Facebook, Nazi Syah menyatakan: “Kesian mereka, nama pun tugas, memang tu la tugasnya, ditengah-tengah hari panas demi sesuap rezeki yang halal untuk dibawa pulang ke anak bini..😔apapun tahniah selamat ke dalam.”

Sementara itu, Mariana berkata: “Pasal meter pun nak bertumbuk terajang bagai…dah sedap guna air tak bayar…memang patut pun kene potong! Macam manusia tak bertamadun…kesian abang yang jadi mangsa keadaan tu.”

Dalam pada itu Khairul Anuar Alias turut memuat naik komen:” Buat malu bil air tak bayar.. lagi ko blasah orang tengah jalankn tugas. Gengster mane tu tak pakai baju kalau kene rotan badan tu sakit tak. Yang lain pulak tunjuk hebat daa.. buat malu la melayu.”

Sumber polis memberitahu Mynewshub, aduan mengenai insiden tersebut telah dilakukan dan Polis kini sudah membuka kertas siasatan

‘Elly Cemburu Melampau Punca Kami Bercerai’ – Azmi

KUALA LUMPUR – Setelah lama mendiamkan diri dengan pelbagai tuduhan yang dilemparkan oleh bekas isteri, pengarah drama, Azmi Hatta, tampil mendedahkan punca sebenar penceraian dia dengan Elly Mazlein, lapor mStar.

Azmi berkata, sikap cemburu bekas isterinya yang melampau batas itu membuatkan dia berubah hati sehingga dia membuat keputusan untuk berpisah.

“Dia (Elly) seorang yang terlalu kuat cemburu. Awal hubungan kami bercinta lagi sudah timbul konflik cemburu kerana dia menuduh saya berlaku curang dengan pelakon yang menjayakan drama saya.

“Hampir semua projek drama yang saya arahkan, menjadi isu pertengkaran kami. Selagi ada watak perempuan lebih cantik dan seksi, pasti saya akan dituduhnya curang.

“Sehingga sampai satu tahap, dia menyerang saya di lokasi gara-gara cemburu dengan Nelydia Senrose yang ketika itu menjadi pelakon utama,” katanya dalam sidang media khas bagi menjelaskan beberapa isu berbangkit mengenai perceraiannya itu.

Dalam sidang media itu, Azmi turut menunjukkan akuan bersumpah mengenai masalah rumah tangganya dengan Elly.

Jelas Azmi, pertengkaran demi pertengkaran berlaku sehinggalah pelakon itu melemparkan kata-kata kesat termasuk melakukan kekerasan terhadapnya dalam tempoh mereka berkahwin.

“Kami tidak berhenti bertengkar, dia melemparkan kata-kata kesat walaupun saya sudah bersumpah dengan nama Allah terhadap sesuatu perkara. Baju saya ditarik sehingga koyak selain ditumbuk dan dipukul. Malah saya disepak terajang dalam kereta ketika dia datang menyerang saya di lokasi semata-mata cemburukan Nelydia.

“Bapa Elly sendiri yang mencadangkan kami berpisah dan Elly bersetuju kami berpisah secepat mungkin. Selesai perbincangan itu, Elly pantas mengambil pakaian saya lalu diletakkan di luar pintu rumah,” katanya dan sejak dari itu dia jarang berhubung dengan peserta Gegar Vaganza 3 berkenaan.

Azmi juga berharap, Elly berubah dan tidak lagi melakukan sebarang provokasi atau menyindirnya sehingga menimbulkan rasa kurang senangnya ketika melawat anak perempuannya yang kini dibawah jagaan Elly.

Bahkan, Azmi mahu berdamai dengan Elly dan menegaskan bahawa Faye Kusairi bukan punca perpisahan mereka.

Terdahulu, Elly mengeluarkan kenyataan bahawa beliau telah memaafkan bekas suami dan Faye Kusairi. Malah, dia mahu melupakan peristiwa lalu dan mencari hidup baru.

Azmi dan Elly berkahwin pada November 2014 dan berpisah pada Oktober 2015 ketika Elly sedang hamil empat bulan.

‘Puasa Isteri Demi Mencukupkan Keperluan Orang Lain’

Isteri saya meminta keizinan untuk membeli kasut. Saya kata, okaylah. Bajet tak ada masalah sangat dan dia boleh memilih mana-mana kasut yang dia sukai. Dan dia bawa pulang kasut ini yang berharga RM9.90, pilihan dia sendiri walaupun saya tak menetapkan berapa bajet yang dia mahu belanja. Walaupun dia tidak bekerja sejak dua tahun, Alhamdulillah saya tidaklah sengkek, cuma boros sahaja. Jenama apa? Tidak popular langsung jenamanya.

Saya ada isteri yang belajar tinggi sampai Ph.D (dalam Chemical Engineering dari Cambridge UK), tetapi dia lebih selesa mengikut cara saya dari dulu sampai sekarang. Saya tetap happy dengan jeans bundle, selipar Amporlo RM12 sepasang (bukan jenama Itali kerana orang Itali pun tak tahu sandal apa tu) yang diejek staf-staf saya yang memakai Crocs original.

Kami pernah berjalan di Kota Paris bersama dengan persalinan tak sampai RM50 dan melalui butik Louis Vutton di Champ Elysess tanpa menjeling atau memandangnya.

Kami bukan orang branded walaupun kami mampu membelinya. Saya bersyukur ada isteri yang sanggup berpuasa kemahuan untuk mencukupkan keperluan orang lain. Kami hidup senang, cuma tidak mewah sahaja. Senang itu dalam hati, jadi senang hati.

Ramai orang sukar percaya, pada hari ini kami hidup di Lembah Klang dengan bajet belanja bulanan tidak sampai RM600 sebulan. Tiada hutang tetapi masih tinggal berbumbung dan masih berkereta dan masih berniaga.

Semasa saya bertemu dengan isteri saya di Cambridge University kira-kira 10 tahun yang lalu, dia seorang yang simple. Dia okay sahaja temankan saya makan nasi goreng bekal yang saya tapau dari Walthamstow ke Cambridge. Pada mata orang biasa, akan nampak saya orang yang sengkek pada ketika itu. Tetapi dia melihat saya dengan pandangan yang berbeza.

Saya cuma pernah kata, “Dari makan sampai 10 pound (RM70 ketika itu), baik saya jimatkan kerana ada lagi orang yang kurang makan perlu dibantu”.

Atau mungkin kerana itu, degree holder melamar Ph.D holder terus diterima tanpa bertangguh.

Ketika saya tanyakan dia, “Sudikah awak menikahi saya?” Dia langsung jawab, “Ya” tanpa jual mahal.

Saya dan 20 orang sahabat saya menubuhkan Rumah Pengasih Warga PRihatin pada tahun 2005 dan saya berjumpa Intan juga pada tahun yagn sama. Bukan senang anak orang senang nak hidup macam orang susah walaupun sebenarnya bukannya tidak mampu. Cuma berpuasa untuk diri sendiri agar dapat dijimatkan untuk memenuhi keperluan orang lain.

Saya dan isteri belajar satu perkara besar. Orang yang kaya itu dia berpuasa dan dengan puasa itu sebenarnya dia jadi kaya. Dan orang yang kaya itu, dia kecukupan maka dengan berpuasa kami kecukupan dan tidak berlebih-lebihan. Paling saya hargai, ini kali kelima isteri saya hamil dan dia sedikit pun tidak pernah mengeluh. Malah tidak pula merancang-rancang selain rancangan itu diserahkan seluruhnya kepada saya.

Mungkin ada lagi orang yang pakai sandal atau kasut lebih murah dari isteri saya tetapi saya bukan nak buat pertandingan kasut siapa lagi murah. Cuma pada status sosial dia sebagai seorang ‘Dr’ dan suaminya seorang usahawan pelbagai perniagaan. Bila diberi pilihan, “belilah mana-mana yang disukai” dan dia memilih untuk kasut berharga RM10 ini. Pada saya, dia telah berpuasa.

Sebab itu, sekalipun mampu, saya hanya cukup dan bersyukur dengan seorang isteri. Saya tidak yakin ada yang sanggup berkorban serupa yang ini.

Kita tidak perlukan duit yang banyak untuk rasa kaya. Kita cuma perlu puasakan kemahuan kita. The world is enough for everybody but not enough for one man greed”.

Doktor Wanita CAntik Ini Nak Cari Jodoh, Sanggup Jadi Isteri Kedua Tapi Ada Syaratnya……

Doktor Wanita Ini Cari Jodoh, Sanggup Jadi Isteri Kedua Tapi Ada Syaratnya
Bagi sesiapa yang sedang mencari jodoh atau mencari jodoh lain mungkin ini dapat membantu anda. Khas untuk lelaki berumur tidak lebih 60 tahun sahaja.
Satu biodata seorang doktor menjadi viral di laman sosial dan group-group WhatsApp kini. Doktor yang dimaksudkan adalah Doktor Nur Wahida Latif.
Katanya sedang mencari jodoh dan mahu berkahwin secepat mungkin dan sanggup jadi isteri kedua. Entah betul atau tidak biodata ini. Jom kita baca biodata penuh doktor wanita yang masih muda ini.
Ada kawan perempuan minta dicarikan jodoh, sedia untuk di poligami.. SubhanaAllah….
Ini biodatanya:
■ Nama: Nur Wahida Latif
■ Anak bongsu dari tiga adik beradik
■ Daerah Asal: Bentong
■ Menetap: Temerloh
■ Pekerjaan: Doktor
■ Status: Gadis
■ Usia: 25 Tahun
■ Pendidikan: USM
■ Tinggi Dan BB : 171 & 57
■ Ciri Fizik: Kulit Putih Bersih, Hidung Mancung
■ Ahli Sunnah
■ Berhijab
■ Hafalan sudah 5 Juz Al-Quran
■ Hobi: Membaca dan mendengar kajian tentang agama
■ Sedia jadi isteri kedua
■ Target Menikah: Secepat mungkin
■ Kriteria suami: Soleh, solat lima waktu berjamaah di masjid, sudah bekerja. Gaji tidak begitu penting (nafkah dari gaji doktor insyaAllah mencukupi) yang penting berkomitmen mencari nafkah yang halal tidak malas-malasan. Amanah sebagai Imam dalam keluarga. Bertanggungjawab, membawa semakin dekat ke syurga Allah. Yang pasti harus penyayang. Umur calon suami tidak lebih 60 tahun.
Cepat: fb Dr. Wahida Latif
Hanya untuk yang serius sahaja. Jika ada yang berminat silakan inbox.
Tulisan di atas hanya contoh penulisan biodata untuk web carian jodoh.
Terima kasih kerana serius baca sehingga habis.
P/s: I wasted a few minutes going through the above biodata…so I figured if I wasted a few minutes on it…why not you too! Smile, you are on candid camera. Hehehehe…
Sumber : Blog Ammar

Mertua Minta Hantaran Rm 20K

Aku berusia 27 tahun,berkelulusan master,bekerja di selatan dan telah berkahwin dengan hantaran 20k, barang kemas sepersalinan beserta mas kahwin 3k. Sabar…jangan judge apa2 dulu.
Aku asal dari utara. Yang orang dok kata “perempuan utara ni mahal2..yes aku sangat terkejut bila makabah aku kata duit kahwin aku 20k (17k+3k). So bermulalah episode ak direject oleh ramai lelaki yang ingin jadikan aku suri hati. Name it…dari kerja pejabat tanah..offshore..cikgu..semua tarik diri bila dengar jumlah duit kawin.

Bila dah cinta sesangat,ak siap pujuk makabah,kurangkan duit hantaran. Jawapan dorang
“kalau kahwin pun nak minta kurang,macam mana nak bela anak mak”
“nak dapat sesuatu kena la usaha”
“senang dapat senang kena buang”

Sampaikan ada sorang mamat tu pernah kata..ermm baik sy beli kereta kalau hantaran dah mcm tu.
Hadehh…

Umur 25,akhirnya berjumpa seorang mekanik berkelulusan SPM yang juga mempunyai niat yang murni untuk jadikan aku suri hati dia. Dengar je 20k,dia diam dan cakap akan cuba kumpul duit.
Wahh ni lelaki pertama yang sanggup sahut syarat makabah aku. So malam tu jugak aku call tanya dan minta restu.
”adik boleh terima dia,mak setuju tak?..dia kerja mekanik je..”

Alhamdulillah mak aku setuju. Mula-mula takut jugak,sebab abg ipar 1st kije offshore kat Vietnam,2nd lecturer ,3rd PTD. Yang bakal suami aku mekanik cabuk je.
Si dia masa tu gaji dalam 1k je tanpa kwsp,ada motor ex5 je.. Aku pulak 3k masa tu. So aku tersangat2 tak sangka yang mak aku approve si dia sebagai menantu. Bila dah dapat restu,bermulalah episode kami buat persediaan untuk masa depan.
Apa kami buat?

Ak punya part sediakan barang rumah siap2. Dari sekecil2 benda hingalah sebesar2 benda..tv,sofa,dining table,microwave,oven,washing machine..boleh kata rumah aku tu dah lengkap la. Semua tu ak beli sikit2 masa belum kawin. Rumah tu memang aku yang beli. Tak de sewa2.
Dia? Dia kumpul duit..memang ikat perut habis. Makan bercatu, kadang2 apa yang aku masak..aku bekalkan untuk dia. Sampaikan makcik-makcik.kawan-kawan dia pernah kata
“apsal mahal sngat..ada emas ke kat dia punya *** tu?”
“kita ni pipit dia tu enggang,mana nak sama..cari la perempuan lain,yang muda..yang hantaran murah2..muda2 ni senang nak beranak”
“takpayah la kawin dengan orang jauh,kawin yang sama negeri,tak de la kena bayar mahal2”
“hantaran ko ni include GST sekali ke smpai mahal mcm tu sekali?”
Siang kerja bengkel. Malam part time jual burger+baiki kereta sesapa yang rosak tengah2 malam.
Aku memang tak bantu lansung dia kumpul duit. Dia amik masa 24 bulan untuk kumpul duit kahwin. Tempoh 2 tahun tu, nak jumpa/gayut tepon dengan si dia memang susah. Padahal kami tinggal di taman yang sama. Cuma lain2 fasa je. Rumah sewa dia kat fasa lama,rumah aku fasa baru.
Ni ada sikit pesanan untuk kaum hawa. Masa lelaki tengah kumpul duit,kita yang perempuan ni jangan la buat perangai,merajuk,paksa2 nak jumpa,nak hadiah,nak romantik macam drama kul 7 tu and so on. Kena faham,diaorang menggunakan 200% kudrat yang ada semata2 nak halalkan hubungan dengan kita. Perempuan masa ni kena betul2 sabar,jangan bayangkan yang bukan-bukan,jangan pikir dia tak contact sebab ada perempuan lain ke apa.
Awal tahun 2016,dia datang merisik. Raya haji kami kawin.
Jenis makayah aku,total duit hantaran hanya akan diambil pada hari akad nikah. So apa2 persiapan awal utk majlis pihak perempuan memang kena dahulukan duit pihak perempuan dulu la.
Dah habis majlis, makabah cuma ambil 2k sahaja dari amount sebenar. Aku pun pelik. Rupa2nya selebihnya tu diaorang pulangkan semula pada suami suruh guna untuk buat modal bukak bengkel sendiri.
“behind every successful man there is a woman”
Alhamdulillah dengan duit hantaran+loan PUNB, sekarang suami dah bekerja sendiri, hire pulak 2 pekerja lagi. Ada plan jugak nak bukak pusat servis sendiri. Kami berdua memang terkejut sangat. mak mertua cakap dengan aku, dia tak sangka anak dia yang mcm tak de masa depan tu boleh jadi tauke..aku gelak2 je..kalau nak kenangkan tempoh 2 tahun si dia usaha kumpul duit tu..allahu tak sanggup nak kenang.
Tak semua makabah kejam. Ak dulu2 pun pikir makabah nak jual aku ke apa mintak smpai 20k. Rupa2nya permintaan diaorang tu bersebab.
Untuk korang yang rasa marah sebab makabah minta hantaran tinggi2 tu. Aku doakan supaya makabah korang ada plan special untuk korang. Insya’allah dipermudahkan urusan perkahwinan semua orang.

Tikus Bersarang Dalam Bekas Cili Kering, Giant

KUALA TERENGGANU – Seorang wanita memuat naik beberapa gambar dan mendakwa sebuah pasar raya terkemuka di negeri itu tidak bersih dan dicemari tikus. 
Winnie Tan, memuat naik beberapa gambar tersebut di laman Facebook, mencetuskan pelbagai reaksi netizen. 
“Walao eh! Tikus dalam bekas cili kering. Agak-agak ada 10 ekor ke atas di dalam bekas. Nak makan mati orang ke ni? (Nak bagi orang mati ke ni?),” katanya yang mendakwa gambar itu dirakam di pasar raya Giant. 
Berdasarkan gambar, hanya dua ekor tikus sahaja yang kelihatan di bahagian bawah kiri bekas tersebut. Apa yang menimbulkan persoalan ialah, bagaimana boleh wujudnya ruang kosong di tengah-tengah bekas itu? Bukankah tikus tidak tahan dengan bau pedas? Bagaimana ia boleh menjadikan tempat itu sebagai sarang? 
Difahamkan, ekoran viral itu, Winnie Tan telah pun menutup akaun Facebooknya, dipercayai bimbang dikenakan tindakan. 
Ekoran viralnya gambar-gambar tersebut, pihak pasar raya berkenaan telah mengambil tindakan memeriksa bekas cili kering yang didakwa mempunyai sarang tikus. 
Sementara itu di media sosial, netizen menyatakan kebimbangan mereka terhadap tahap kebersihan pasar raya Giant. Ini kerana, jika makanan yang dijual dicemari oleh kencing tikus, ia boleh menyebabkan pengguna dijangkiti penyakit kencing tikus. 

‘Puasa Seorang Isteri’

Oleh Saiful Nang
Isteri saya meminta keizinan untuk membeli kasut. Saya kata, okaylah. Bajet tak ada masalah sangat dan dia boleh memilih mana-mana kasut yang dia sukai. Dan dia bawa pulang kasut ini yang berharga RM9.90, pilihan dia sendiri walaupun saya tak menetapkan berapa bajet yang dia mahu belanja. Walaupun dia tidak bekerja sejak dua tahun, Alhamdulillah saya tidaklah sengkek, cuma boros sahaja. Jenama apa? Tidak popular langsung jenamanya. 
Saya ada isteri yang belajar tinggi sampai Ph.D (dalam Chemical Engineering dari Cambridge UK), tetapi dia lebih selesa mengikut cara saya dari dulu sampai sekarang. Saya tetap happy dengan jeans bundle, selipar Amporlo RM12 sepasang (bukan jenama Itali kerana orang Itali pun tak tahu sandal apa tu) yang diejek staf-staf saya yang memakai Crocs original. 
Kami pernah berjalan di Kota Paris bersama dengan persalinan tak sampai RM50 dan melalui butik Louis Vutton di Champ Elysess tanpa menjeling atau memandangnya. 
Kami bukan orang branded walaupun kami mampu membelinya. Saya bersyukur ada isteri yang sanggup berpuasa kemahuan untuk mencukupkan keperluan orang lain. Kami hidup senang, cuma tidak mewah sahaja. Senang itu dalam hati, jadi senang hati. 
Ramai orang sukar percaya, pada hari ini kami hidup di Lembah Klang dengan bajet belanja bulanan tidak sampai RM600 sebulan. Tiada hutang tetapi masih tinggal berbumbung dan masih berkereta dan masih berniaga. 
Semasa saya bertemu dengan isteri saya di Cambridge University kira-kira 10 tahun yang lalu, dia seorang yang simple. Dia okay sahaja temankan saya makan nasi goreng bekal yang saya tapau dari Walthamstow ke Cambridge. Pada mata orang biasa, akan nampak saya orang yang sengkek pada ketika itu. Tetapi dia melihat saya dengan pandangan yang berbeza. 
Saya cuma pernah kata, “Dari makan sampai 10 pound (RM70 ketika itu), baik saya jimatkan kerana ada lagi orang yang kurang makan perlu dibantu”. 
Atau mungkin kerana itu, degree holder melamar Ph.D holder terus diterima tanpa bertangguh. 
Ketika saya tanyakan dia, “Sudikah awak menikahi saya?” Dia langsung jawab, “Ya” tanpa jual mahal. 
Saya dan 20 orang sahabat saya menubuhkan Rumah Pengasih Warga PRihatin pada tahun 2005 dan saya berjumpa Intan juga pada tahun yagn sama. Bukan senang anak orang senang nak hidup macam orang susah walaupun sebenarnya bukannya tidak mampu. Cuma berpuasa untuk diri sendiri agar dapat dijimatkan untuk memenuhi keperluan orang lain. 
Saya dan isteri belajar satu perkara besar. Orang yang kaya itu dia berpuasa dan dengan puasa itu sebenarnya dia jadi kaya. Dan orang yang kaya itu, dia kecukupan maka dengan berpuasa kami kecukupan dan tidak berlebih-lebihan. Paling saya hargai, ini kali kelima isteri saya hamil dan dia sedikit pun tidak pernah mengeluh. Malah tidak pula merancang-rancang selain rancangan itu diserahkan seluruhnya kepada saya. 
Mungkin ada lagi orang yang pakai sandal atau kasut lebih murah dari isteri saya tetapi saya bukan nak buat pertandingan kasut siapa lagi murah. Cuma pada status sosial dia sebagai seorang ‘Dr’ dan suaminya seorang usahawan pelbagai perniagaan. Bila diberi pilihan, “belilah mana-mana yang disukai” dan dia memilih untuk kasut berharga RM10 ini. Pada saya, dia telah berpuasa. 
Sebab itu, sekalipun mampu, saya hanya cukup dan bersyukur dengan seorang isteri. Saya tidak yakin ada yang sanggup berkorban serupa yang ini. 
Kita tidak perlukan duit yang banyak untuk rasa kaya. Kita cuma perlu puasakan kemahuan kita. The world is enough for everybody but not enough for one man greed”.